Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Setiap tahun kita meraikan hari ulangtahun kelahiran... namun adakah kita menyambutnya dengan rasa syukur?! Umur semakin bertambah setiap tahun... namun adakah kita sedar bahawa perjuangan hidup kita semakin singkat?! Begitu juga dengan masa untuk kita bersama orang yang tersayang juga semakin singkat.
Selain daripada menerima ucapan Selamat Hari Jadi dan mungkin hadiah dari orang di sekeliling kita... Apa pula 'hadiah' kita kepada Allah?! Bagaimana cara kita bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan olehNya buat kita, terutamanya pada hari kelahiran kita?!
Untuk mendapatkan keberkatan apabila menyambut ulangtahun kelahiran kita, maka bolehlah kita renung dan amal 8 perkara ini...
1) Mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat kehidupan kepada kita untuk bersama dengan mereka yang kita sayangi; ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga...
2) Mengucapkan terima kasih dan hargai ibu yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita - jika masih mempunyai ibu, berikanlah pelukan dan hadiah penghargaan kepadanya... dan jika ibu telah tiada, doa dan sedekahkanlah Al-Fatihah dan Yasin buatnya.
3) Berpuasalah pada hari kelahiran kita, sepertimana Rasulullah SAW yang berpuasa setiap Isnin bagi memperingati hari kelahiran Baginda.
4) Jika berkemampuan, adakanlah kenduri kesyukuran dengan menjamu ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.
5) Hadiahkan diri sendiri dengan khatam Quran (seperti komen yang ditinggalkan oleh ANIM di bawah entri ini) - baca Quran setiap hari dengan matlamat untuk khatam Quran pada hari kelahiran kita.
6) Perbanyakkan bersedekah - sedekah bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi boleh juga dalam bentuk barang... mungkin boleh sedekahkan barangan dapur kepada rumah-rumah kebajikan, atau sedekahkan telekung, Al-Quran, sejadah ke mana-mana R&R, surau atau masjid.
7) Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik - muhasabah diri sendiri. Nilai sejauhmana amalan kita sepanjang hidup ini.
8) Perbanyakkan amalan dan sentiasa merasakan bahawa tahun ini mungkin tahun yang terakhir kita menyambut hari kelahiran kita.
Saya sering juga terfikir, apa yang saya telah lakukan sepanjang usia saya ini. Setiap tahun Allah berikan nikmat kehidupan kepada saya... Dengan adanya suami yang baik, anak-anak yang comel dan bijak, ahli keluarga dan sanak saudara yang sangat membantu, rakan-rakan yang menghiburkan, pendidikan dan pekerjaan yang baik... Adakah saya benar-benar bersyukur?! Adakah saya menghargai nikmat ini dengan sebaiknya?!
Semoga dengan ingatan kita kepada Allah, maka Allah juga akan ingat kepada kita... Oh ya sebelum terlupa... Tukarkanlah ucapan 'Selamat Hari Jadi' atau 'Happy Birthday' kepada BARAKALLAHUFIQ (semoga Allah memberkati kamu). Ucapan itu merupakan DOA yang lebih bermakna buat orang yang menyambut hari kelahirannya.
Nota kaki: Selain anak-anak, UMUR juga merupakan AMANAH Allah kepada kita, yang mana akan ditanya di Akhirat kelak...
*** Barakallahufiq buat rakan maya MF aka Maimun Abdullah yang menyambut hari lahirnya pada hari ini... Moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin...
*** Innalillahiwa innailaihirojiun... Al-Fatihah buat Allahyarham Azhar Ramli aka Jejai (blogger TeratakArmo), yang telah kembali ke rahmatullah kerana kanser. Untuk bacaan lanjut klik sini. Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

tak pernah menyambut pun..huhu .. bt surprise utk kawan ja..sedih betul.. :).. sejak dah masuk alam 20-an ni..rasa macam kekurang sesuatu..huhu
ReplyDeleteMenghiburkan hati kawan pd birthdaynya pun bagus...
DeleteSpnjg hidup mmg x pnh wat mjlis brthday... Sekadar ingat dan org lain wish... Muhasabah diri dan perbnykn amal...
ReplyDeleteBetul tu... muhasabah diri...
Deleteal-fatihah buat arwah... berpuasa mmg digalakkan terutama bila hari ulang tahun sediri.. tp tu lah.. jrg buat...
ReplyDeleteTu la... Tapi time birthday la kawan2 nak belanja mkn...
Deletemoga kita mendapat keberkatan dalam hidup.. janganlah hendaknya di hari lahir kita melakukan sesuatu yang bertentangan.. umpamanya pembazirankan...
ReplyDeletebetul tu.. bak kata org biar bersederhana...
Deleteal-fatihah buat yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi, bila pula giliran kita hanya Dia yang maha mengetahui.
ReplyDeletebuat sahabat Nora, terima kasih di atas ingatan untuk kita berfikir sejenak tentang peranan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Ianya ada permulaan dan akan ada juga pengakhirannya, tapi di antara permulaan dan pengakhiran itu apa yang kita kutip sebagai bekalan untuk suatu kehidupan yang kekal abadi nanti.
betul tu MF... moga kita akan terus istiqamah dalam melakukan amal soleh...
Deleteberusaha mnjd yg lebih baik dr smlm. insyaallah....
ReplyDeleteslm kenal dr sy juga....
insyaAllah... (^_^)
DeleteNora...dah berusia ni saya selalu hadiahkan diri saya dengan khatam quran sempena hari kelahiran sendiri. Nampak macam mudah...tapi dalam masa setahun nak khatam pun kadang2 macam2 halangan. Apalagi kalau bukan atas nama sibuk. Namun alhamdulillah, dah 2 tahun dapat saya laksanakannya...
ReplyDeleteAlhamdulillah seronoknya... saya selalu buat khatam quran dlm bulan ramadhan.. lepas ni nak buat khatam quran utk birthday jugak la... thanks share info... (^_^)
Deleteassalamualaikum ... selalunya kita lupa ...
ReplyDeletewa'alaikumsalam... tu la... selalu la kita ingat mengingatkan...
Deletenora...tq atasperingatan yg baik...kdgkala manusia sering alpa
ReplyDeletesalam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
sama-samalah kita ingat mengingatkan...
Deletesalam kenal (^_^)
KY pun tak adalah sambut tiap tahun, cuma adalah ucapan dr keluarga, yang penting selagi diberi peluang bernafas cuba mencari yg terbaik buat diri, apa2 pun terima kasih atas penerangan di atas
ReplyDeletemoga ada ruang dan waktu untuk kita perbaiki diri...
Deletelast sambut hari lahir masa umur 21. itu pon mak yang beria-ia nak buat. buat biasa2 je macam open house tu. hehe. sekarang ni cuma dapat ucapan je. tu dah memadai. saya setuju dengan entri ni. kita patut muhasabah diri dan renung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat ini :)
ReplyDeletebetul tu... makin usia kita meningkat.. maka ucapan la yang kita dpt... kalau masa muda remaja mmg byk jugakan dpt hadiah... heheh
DeleteBetul tu kak.. hari lahir sbnrnya merupakan kesyukuran bg kita kerana diberi peluang oleh Allah S.W.T utk kita terus bernafas dan melakukan amal kebaikan di dunia ini... :)
ReplyDeleteAl-Fatihah juga buat arwah blogger Teratak Armo.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin...
moga bermanfaat buat semua...
Deletekita biasanya seronok smbut hari lahir tp lupa benda2 ni semua.tq atas peringatan..
ReplyDeletesama-sama...
DeleteNice sharing Sis ^_^
ReplyDeleteWilma akan cuba lakukan nasihat2 yang Sis Nora bagi nie dan berusaha memperbaiki diri Wilma...
P/S: Maaf...Dah lama Wilma tak pergi sini bah...
moga bermanfaat wilma... :D eh tak pe... tak kecil hati pun... ada kesempatan singgah la... (^_^)
DeleteOk ^_^ Wilma akan singgah kalau berkesempatan ya :-)
Deletethanks kak.... entry ni buat saya terpikir... terima kasih g sekali ats ingatan ni...
ReplyDeleteal fatihah utk arwah
sama-sama ina... moga bermanfaat buat kita semua...
Deletestp kali sambut hari lahir, cikgu teringat mati pun makin dekat, tapi amalan tak sebanyak angka hari lahir huhu cam no nak masuk syurga ni
ReplyDeletehuhuhu sama la kita... moga kita lebih bersungguh melakukan kebaikan... Amin...
DeleteInsyaallah.... semoga kita semua tak pernah kufur dengan nikmat Allah
ReplyDeletemudah-mudahan... InsyaAllah..
DeleteSaya biasa ucapkan 'happy bday' dan lps tu ucap doa smoga org tu sntiasa dlm rahmat Allah.
ReplyDeleteTapi saya tak penah puasa time bday sendiri. Maybe boleh buat utk bday thn ni..insya Allah.
bagus doakan org yg menyambut besday... tu la... tapi biasanya time besday kita la org ni.. org tu.. nak belanja makan... hehe
DeleteSaya tak pernah sambut hari jadi..hehe..betul kak, selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat umur yang Allah berikan..terima kasih berkongsi kak..semoga ianya memberi ingatan buat diri.
ReplyDeleteTu la... akak pun selalu lalai....
DeleteTQ sharing kak, info bermanfaat :)
ReplyDeletesama-sama... (^_^)
Deletetima kasih kak atas peringatan ni..kdg2 seronok sambut besday bagai sampai lupa semua tu kan
ReplyDeleteBetul... sama2lah kita ingat mengingatkan..
DeleteGood info kak.
ReplyDeletethanks fiza...
Delete:) yg pasti dlm bergembira kena beringt...kan?
ReplyDeletebetul tu ayut.. :D
Delete