Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, May 09, 2014

Resipi Mudah: Rendang Ayam

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sebelum ni saya dah buat entri resipi pulut kuning... So, inilah 'lawan' pulut kuning saya tu... Rendang Ayam! (^_^) Mula-mula nak buat sambal ikan bilis... tapi lepas tu terfikir yang Faris mesti tak nak makan kalau sambal ikan bilis (dia memang tak berapa suka ikan bilis). Makanya tukar la plan, buatlah rendang ayam. 

Biasanya saya masak rendang ayam Asian Meals (produk Tupperware) tu... Tapi sebab pes tu tak de stok di rumah saya, maka kena la buat sendiri... 


Bahan-bahan:
8 ketul ayam - dibersihkan (saiz kecil; biasa kalau saya beli ayam memang saya akan suruh orang tu potong kecil)
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
10-15 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing) - dikisar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik
Daun kunyit - dihiris
Daun limau purut - dihiris
1 cawan susu cair/santan 

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair/santan dan kacau perlahan.
4. Bila kuah agak kering sikit, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
5. Agak-agak dah puas hati dengan kuah yang tinggal, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sekejap. SIAP! (^_^) 

Inilah pes rendang versi Tupperware Brands... Lagi senang, tambah daun kunyit,
santan, air dan garam je :p
  Oh ya, baca komen yang ditinggalkan Luqman ni... terus terasa-rasa nak makan pulut kuning dengan sambal ayam... sedapnya...! Kena buat semula la gamaknya pulut kuning tu... 


http://www.arepnakbebel.com/

 Selamat mencuba kawan-kawan... d=(´▽`)=b


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


11 comments:

  1. selamat pagi jumaat
    anum singgah pagi jap lagi bz day
    keep in touch

    ReplyDelete
  2. boleh try ni.. dh lama cari resepi simple.. thanks kak

    ReplyDelete
  3. hu3 pernah wat sekali rendang, rasa dia semacam... till now x berani da wat rendang ha3

    ReplyDelete
  4. biasanya buat bila sambut raya . hari lain kurang rajin . mmg sedap mkn dgn pulut .

    ReplyDelete
  5. saya dah lama nak cuba buat rendang
    lain kali nak cuba buatlah
    thanks for the recipe ye =)

    ReplyDelete
  6. alamak sedapnya kakak...boleh buat jugak ni...egat nak buat la balik keje ni...kena beli barang ni..ada yg tak da barang ni

    ReplyDelete
  7. Resepi raya ni....

    Nora di tag "http://cikna136.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...