Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Sunday, May 11, 2014

Alisya Farha Kini 4 Tahun...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah... Hari ni genaplah usia Alisya Farha 4 tahun... Sekejap betul masa berlalu... Rasanya baru je saya buat entri kelahirannya... Tak sedar, Alisya dah pun besar... Namun di mata saya, saya rasakan dia masih kecil (walaupun saiznya memang kecil :P )

Awal-awal kelahirannya...
Kali pertama Alisya meniarap pada usia 3 bulan!

Sekarang dah susah nak pakaikan apa-apa di kepalanya...
kecuali tudung... nak ikat rambut pun susah!
Gambar ni kawan abah, Zul ambilkan... Masa saya ada majlis bersama pelajar di kolej dulu...


Inilah sahabat a.k.a 'cikgu' saya sekarang... Jika saya bersedih, dia akan turut merasainya... Jika saya menangis, dia mengesat air mata saya... Jika saya merajuk, dia akan segera pujuk... Jika saya sakit, dia akan cuba rawat... Dia sangat pandai mengambil hati saya. Sangat perihatin... Dia akan sentiasa di sisi saya, walau dalam apa jua keadaan... Tak pernah jauh walau saya memarahinya, atas kesalahan yang dilakukan...

Tak sangka cepat sungguh masa berlalu... Moment saya bersamanya makin singkat...! Saya perlu create lebih banyak kenangan indah bersamanya... Moga Allah beri kesempatan untuk itu...

Moga Alisya Farha sentiasa dalam lindungan Allah SWT, menjadi anak yang solehah. Membesar dengan sihat. Menjadi anak yang baik. Sentiasa dimurahkan rezeki. Beroleh kejayaan di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Amin... 


"Mama sayang Alisya!" 
d=(´▽)=b

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


16 comments:

  1. Happy birthday to Alisya….
    Betul kan NK… Dotter is our best friend… Tempat kita boleh berkongsi rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nur... itu la pasal... cepat pulak best fren kita ni besar eh nur...

      Delete
  2. comel nye dia bertudung . hehe . =) .

    in shaa Allah mampu menjadi muslimah sejati suatu hari nanti . Happy birthday to her.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... insyaAllah... tq Ai Syah :D

      Delete
  3. ala comel nya dia...masa mmg pantas nora...sedar2 nanti alisya dah nak masuk sekolah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la noe... sedih pula rasanya...

      Delete
  4. alhamdulillah... comelnyer! nk gigit2 je pipi dia.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Alisya... wah! dah besor anak dara ni... tak sedar masa berlalu..moga terus membesar dlam lindungan Allah dan jadi anak solehah..amin! :)

    ReplyDelete
  6. comelnya gambar dia time baby!
    cepat ye besarnya kak, tau-tau nanti nak kawin dah =)
    happy birthday alisya sayang
    moga jadi anak yang solehah, jaga hati mama dan abah ye
    rajin-rajin belajar =)

    ReplyDelete
  7. hb alisya...
    comel sgt bertudung :)

    ReplyDelete
  8. Sannah Helwah Alisya...Alhamdulilah...anugerah Allah..comelnya..salam singgah.

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Alisya.. dah besar dia.. sangat comel nampaknya Alisya ni. semoga sihat sentiasa dan ceria

    ReplyDelete
  10. urmm... sweet sangat! in shaa Allah.. membesar sebagai anak yg menjadi kebanggaan keluarga.. Aamiin

    ReplyDelete
  11. Comelnya. Happy belated birthday alisya. Smoga membesar sebagai anak yg solehah.

    ReplyDelete
  12. kejap je dh 4 tahun.. semoga alisya menjadi anak yg solehah. syg betol dia dgn mamanya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...