Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Saturday, May 31, 2014

Raikan Cinta: Aziman & Mariani

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Alhamdulillah, dapat juga tengok Man naik pelamin... Tarikh keramat ni 31 Mei 2014, di Hotel Roof Garden Bukit Jelutong, Shah Alam. Tahniah buat Aziman dan pasangannya, Mariani. Moga jodoh kalian sampai ke Jannah... Amin...

Selalunya bila majlis kahwin kawan-kawan macam ni lah baru dapat jumpakan...?! macam small reunion gitu. Maklumlah, masing-masing dah berkerjaya dan berkeluarga, bukan senang nak berkumpul.

Oh ya, ini adalah first time saya tengok orang kahwin jalan bawah pedang!!! Excited tak ingat! Haha... Selalu tengok gambar je, ni tengok live depan mata, mau tak excited...?! Kawan sendiri pula tu kan... ^_^


Memang sweet sangat wife Man tu beruniform... Man pun smart!

Sebaik meninggalkan majlis (setelah sakan bergambar :p) kami ke Seksyen 2, saja nak mengamit kenangan ketika belajar di UiTM lebih 10 tahun lalu...! Memang pesat membangun betul Shah Alam sekarang... Tak sangka begitu cepat masa berlalu...!

Buat Aziman dan Mariani, juga Sanariah dan pasangannya (saya tak dapat pergi ke kenduri Sana, sebab lebih dulu terima jemputan Man)... Moga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah serta jodoh kalian berpanjangan sampai ke syurga... 


Nak tempek juga gambar Sana di blog ini buat kenangan. Gambar kredit kepada Kak Mazlina Mohd Salleh... ^_^


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


21 comments:

  1. gambar encik iwan wat LOVE tu, mmg rare. hahaha

    ReplyDelete
  2. wah...selalu nampak lelaki aje yang beruniform
    perempuan pun ada ye =)
    tahniah pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Saya pun ingat laki je :p rupanya perempuan pun ada... sweet pulak tu... hihi

      Delete
  3. kalau p majlis kahwin kawan, dah boleh jadi reunion kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... sbb masing2 pun dah ada kerjaya n anak2... :)

      Delete
  4. Selamat pengantin baru kepada mempelai...semoga kekal hingga ke Jannah...aamiin

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah NK...memang tengah musim org kawen tambah lagi dah nak puasa....nak beraya bersama pasanganlah tu hehe

    ReplyDelete
  6. saya pun pertama kali tgk tau.. org perempuan pulak tu yg beruniform .. cantik sgt...

    ReplyDelete
  7. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.. lawa pelamin.. betul tu, memang masa kenduri2 mcm ni lah dapt bersua dgn kawan2 lama..:)

    ReplyDelete
  8. Madam! saya mcm kenal je dengan pegantin lelaki.. tp x boleh recall.. maybe salah org boleh jd betol saye penah jumpe.. :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Pengantin Baru... hai bila la turn kita pulak hahahahaaa.. :P

    ReplyDelete
  10. smoga kekal akhr hyt..
    amin.. =)

    ReplyDelete
  11. mesti excited kan tgk perkahwinan ala2 tentera.. semoga kekal hingga akhir hayat. tahniah buat pengantin

    ReplyDelete
  12. slmt pngantin baru..moga kekal bahagia slmanya..time kenduri mcm nila bru jumpa blik member2 lama kn...

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru buat mereka.

    ReplyDelete
  14. Selamat pengantin baru buat kedua pasangan mempelai. Wah, kalau saya pun tentu excited tak ingat dunia bila tengok pengantin jalan bawah pedang apatah lagi perempuan pulak tu. Yang lelaki pernah gak tengok ler :)

    ReplyDelete
  15. saya tgk kawan baik saya
    inspektor polis perempuan.. tapi dia x pakai uniform.just lalu bawah pedang je.sbb dia pakai gaun.

    selamat pengantinn baru buat mereka

    ReplyDelete
  16. Salam, TQ Nora n Iwang sbb datang majlis saya.. Dah lama nak singgah blog ni, baru hari ini sempat singgah.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...