Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, May 15, 2014

Kena Sound Baik Punya!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tadi lepas ambil anak-anak balik dari sekolah, saya pegang la telefon... Nak mesej encik hubby... Nak bagi tau saya nak singgah kedai sekejap. Sambil pandu dan taip mesej tau! Tapi bukan la nak tulis panjang-panjang pun, just nak taip “nak singgah kedai jap”.

Sekali co-pilot saya marah saya:

Faris: Mama ni... nanti langgar nanti... nampak lori tu... kalau mama mesej nanti langgar lori... Nak mesej ke nak bawa kereta? Kalau nak mesej berenti tepi ni!!!

Hah kan dah kena sound?! Tersentap ai tau...!! Terus letak phone dan pandu kereta... sambil terkebil-kebil pandang depan... (tapi mesej dah sempat send ke encik hubby)

Saya: Mama nak bagitau abah je... kita nak pegi kedai kejap...

Faris: Berenti tepi! Kalau tak, bagi Faris bawa kereta... Mama mesej abah...

Kemain tau! Sabar je la... Ye la memang bahaya pun kan... so, janganlah memandu sambil mesej ya!

Nota kaki: Anak-anak kita ni, memang akan ingatkan kita banyak perkara... kadang-kadang sampai rasa "terpukul" dengan apa yang mereka ingatkan...

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


13 comments:

  1. bagus juga ada ank mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. bagus tu anak mengingatkan tu... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. Ingat pesan Faris tu mama… Yang tak tahan tu, dia yg nak take over driving… kelakar pun ada :)

    ReplyDelete
  4. hahaha..betul pe farish tegur tu.mama kena beringt lepas ni

    ReplyDelete
  5. hahah.. betul2, kita yang dewasa ni kadang-kadang nampak macam remeh dan kelakar je kalau ditegur oleh kanak-kanak, tapi sebenarnya ada betul juga apa yg ditegurkan tu xD

    ReplyDelete
  6. Cuba try bagi Faris bawa kereta... Hehehe...

    ReplyDelete
  7. betul da tu... sound tepet kekdahnyer he3...

    ReplyDelete
  8. betul faris tu cakap mama nora...walaupun msg tu pendek...berhenti dulu...hehehe

    ReplyDelete
  9. wah, dia nak bawa keta tu...hehe
    tulah kan kak, anak-anak ni mengingatkan ketika kita alpa =)
    bagus faris! =)

    ReplyDelete
  10. alololo..omey faris ni..concern kt mama dia..tp betul la..bahaya tau!heee

    ReplyDelete
  11. itu tandanya faris syg mamanya... hehee.. kena bawa bdak2 kalau nk drive.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...