Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, May 19, 2014

Sekitar Hari Sukan Alisya

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Rumah biru...
Sabtu lalu, Tadika-tadika Swasta (Melaka) telah mengadakan Hari Sukan... Hm, macam mana nak cerita yea? Saya rasakan Hari Sukan Adam Faris dulu lebih meriah berbanding Hari Sukan Alisya ni...

Tak banyak gambar yang saya dapat ambil memandangkan ibu bapa yang terlalu ghairah melihat anak masing-masing dalam jarak yang sangat dekat! (nak bersukan sekali gamaknya!!) Walaupun pihak pengurusan dah cakap banyak kali, yang ibu bapa perlu memerhati dari koridor di sebelah kiri dan kanan, namun tiada siapa yang endah! Geram tau!

Kesian anak-anak yang menunggu giliran di sebelah kiri dan kanan trek... Pandangan mereka ditutupi dengan b****t ibu bapa. Bila mereka nak bersorak mereka terpaksa meninjau-ninjau dari peha dan kaki ibu bapa... Kesian... Mereka yang nak berseronok bersukan, sebaliknya kena duduk belakang b****t ibu bapa pula...

Saya sendiri tak dapat melihat Alisya bersukan... Frust sangat!!! Melihat dari kejauhan membuatkan saya dan encik hubby bosan. Cukup dua games yang Alisya main, kami pun terus bawa Alisya balik... (dah diberitahu setiap pelajar akan bermain 2 games) Alisya main “pecahkan belon” dan “cari barang”.

Oh kenapa Hari Sukan Alisya tak semeriah Hari Sukan Faris dulu...?
1. Sukan diadakan di siarkaki antara bangunan, berbumbung (kebetulan hari hujan, so selamat la tak basah... itu pun hujan lepas kami beredar) tetapi tempatnya sempit, tidak cukup udara dan tidak sesuai untuk acara sukan.

2. Ibu bapa tidak menonton dari luar trek... sebaliknya turut sama berada di trek bersama anak masing-masing ketika mereka bersukan!

Mana Alisya?!
Ni je la satu-satunya gambar Alisya yang nampak! Ini pun saya angkat
kamera tinggi-tinggi, siap jingkit lagi!

3. Tiada gambar yang menarik sekitar Hari Sukan Alisya... Setiap kali saya snap picture, hanya nampak kepala ibu bapa dan cikgu-cikgu... Saya berharap agar pihak Tadika Alisya ada gambar-gambar yang menarik yang boleh saya tengok...

4. Tak happening seperti mana Hari Sukan Faris dulu... Walaupun Hari Sukan Faris dulu, kita berpanas dan tandas yang jauh, tapi suasana sukan tu memang terasa... Trek untuk anak-anak bersukan “dikepung” agar anak-anak boleh bersukan dengan selesa (sebab ibu bapa hanya boleh berdiri di belakang kawasan yang “dikepung”. So, setiap ibu bapa dapat lihat dan bersorak untuk anak masing-masing juga dapat ambil gambar!)

5. Anak-anak yang menunggu giliran untuk bersukan berpeluh-peluh kerana kipas dihadang oleh segelintir ibu bapa. Kesian budak-budak tu... dah la dikerumun, kipas pula kena hadang... Bak kata, encik hubby tempat ibu bapa pun tak convinient... Kalau ada kipas di tempat ibu bapa, mungkin kita boleh elak ibu bapa untuk berkumpul di trek anak-anak. (sebab di area tu ada kipas... yang sebenarnya disediakan untuk anak-anak yang bersukan... Maklumlah kawasan tu tak berangin sangat... so agak panas juga... lagi-lagi bila semuanya berkumpul setempat...)

Apa yang saya boleh kata... Hari Sukan Alisya ni kurang penelitian... Sepanjang event berlangsung, tersangatlah kucar-kacirnya... Dengan pengurusan anak-anak yang tidak teratur (nama anak yang telah disenarai untuk bermain permainan tertentu ditukar di saat akhir, sebab tak jumpa budak tu kat mana la... apa la... Alisya pun sepatutnya main cantum puzzle, tapi tengok-tengok dia main cari barang pula!!) juga sikap segelintir ibu bapa yang tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri.

Saya sempat juga berbual dengan dua-tiga orang ibu yang turut kesal dengan pengurusan dan suasana sukan yang muram pada hari tersebut...

Kebetulan Adam Faris sekolah ganti Sabtu tu, maka sebaik Alisya selesai bermain dua games, kami pun beredar... membawa perasaan yang sangat frust!


Nota kaki: Kesian Alisya asyik dok tanya saya... “Mama nampak tak Alisya pecahkan belon tadi?! Mama nampak tak Alisya cari barang dalam kotak tadi?!” Jujurnya saya tak nampak langsung!! Tapi tak nak hilangkan mood Alisya bercerita, saya cuma jawab, “Pandainya Alisya!” Bila dia tanya, “Mama sorak untuk Alisya tak?!” Adeh... Saya tak jawab pun... Lagi tragis bila dia tanya, mana gambar dia bersukan!! Adeh... memang tak de sayang oiii.... Kesian Alisya...(╥_╥)

Dulu masa Hari Sukan Faris, kamera saya siap tak cukup memory... sampai habis bateri... Tapi time Alisya ni... hm...  

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


9 comments:

  1. maybe pihak tadika tidak melakukan perancangan program sukan dengan baik or last minutes event mungkin

    ReplyDelete
  2. Ala, kesian kat Alisya… harapnya tahun depan sambutannya lebih meriah….
    Kat sini lagi la, langsung xde hari sukan…. hihihi

    ReplyDelete
  3. nampak mcm tempat tu sgt crowded..mcm mna nak bersukan tempat cm gitu..adoi...

    ReplyDelete
  4. LAHHHH X SUKANYA KALAU KUCAR KACIR CAMNI KAN.. NAK SUKAN NAK ENJOY KESIAN ALISYA ... BDK² SELALU TERUJA BAB SUKAN NI .. ENTRY SUKAN AMIR BARU NI SY X DRAFT LG BIZI HIHIIHIHI

    ReplyDelete
  5. afif punya sukan tahun ni pun tak habis
    tak macam tahun lepas happening
    sama juga tak betul cara pengurusan
    kesian alisya...dapat hadiah tak?

    ReplyDelete
  6. mesti dorng rncng dlm mse yg singkat ni...
    tu yg mcm kelam kbut...pengurusan pon xbpe nak jadi..
    lame dah yaya xde p hari sukan ni..bukan ade ank or adik kecil pon..hehe ;p

    ReplyDelete
  7. kesiannya alisya.. mesti nk main pun rasa terganggu dengan tmpat sempit. tunggu sukan skolah rendah pula nanti.

    ReplyDelete
  8. kesianya alisyaa.. :(

    jmput singgah kalau sudi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/05/perghh-terbaik-karipap-telur-ah-wani.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...