Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, May 08, 2014

Respon Faris Makan Pulut Kuning... :p

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisah, Faris balik sekolah semalam tersangatlah excited bila saya tunjuk pulut kuning dan rendang ayam bawah tudung saji.

Faris: Wah sedapnya... Mama beli kat balai polis ke? (kedai di Ujong Pasir berdekatan dengan balai polis..)

Saya: Tak la... ni mama masak la... nak makan? (biasa Faris balik sekolah memang akan makan... Alisya je selalu tak makan...)

Faris: Nak... Nak... Emmm sedapnya... Faris suka nasi kuning macam ni... (sambil usap perutnya dan sesekali cuba bau makanan tu...)

Sambil tu saya ambil sikit pulut kuning dan rendang ayam tu masuk dalam pinggan. Faris mula makan lepas baca doa...

Saya: Macam mana? Sedap tak? (sebenarnya saya puasa masa buat pulut kuning dan rendang ayam tu... So, saya tak tahu rasanya... saya tawakal je agar semuanya cukup rasa...)

Faris: Emmm... emmm... emmm... Sedap!! Faris suka la mama... Sedap betul! Mama kita tak payah makan kat kedai tu lagi la... Mama masak je...

Saya: Sedap eh? Macam kat kedai ke lagi sedap dari kedai...??(kalau tanya abah dia soalan macam ni... dia buat diam sampai ke sudah... terkebil-kebil la kita ni tunggu jawapan. Tapi "ai" dah biasa... :p)

Faris: Mama masak lagi sedap! (wah kemain tau pujian anak bujang sorang ni...!) Tapi, pedas sikit la mama... tapi sedap!

Saya: Pedas sangat ke? (padahal memang saya nampak Faris dok makan menyulam air je...)

Faris: Ha ah... pedas sikit je... Nanti, mama jual ni... nasi kuning dengan ayam... Faris cukup duit nanti Faris beli kat mama...

Saya: Hah? Nak buat apa jual? Faris nak makan ni Faris cakap je... nanti mama masak la... tak payah bayar pun...

Faris: Ala... kalau mama jual, Faris beli... lepas tu mama ada la duit... kalau tak kesian mama masak...

Saya: Tak payah, abah dah kasi mama duit... Mama memang la kena masak... kalau mama tak masak... Macam mana Faris nak makan? Nanti Faris lapar nanti! Tengok ni... badan Faris... (sambil picit-picit lengan dan peha dia... terkekek-kekek dia ketawa) sebab Faris makan yang mama masak la... 

Tak sedar... Borak punya borak dua kali Faris tambah... Dia nak tambah lagi kali ketiga, tapi saya kata ada yang mengantuk kat sekolah agama kejap lagi! Saya cadangkan kat dia makan malam pula dengan saya dan abah. Nasib baik dia ok...! 


Nota kaki: Alahai tak de pula saya ambil gambar dia ketika menikmati pulut kuning dan rendang ayam tu... Kalau tak boleh tempek kat blog! * Masa saya buka puasa... Alhamdulillah, pulut kuning dan rendang ayam saya semuanya cukup rasa! * (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


5 comments:

  1. Mcm biasa, seronok saya baca perbualan NK dan Faris… Bukan main pandai lagi faris ni ambil hati mama :)
    Sama la kita NK… Kalau nak dengar pujian, dari mulut anak2 aje la… Jangan harap nak dapat pujian dari mulut hubby sendiri… huhuhu… Perangai Faris ni nak sama dgn Irfan, pandai ambil hati kita :)

    ReplyDelete
  2. Alamak terus terbayang pulutkuning rendang ayam.sedapnya!faris pandai amik hati mama..sbb memang sedap pun mama masak!

    ReplyDelete
  3. he3 comey nyer.... nak beli nasi kuning dari mama.... touching lak rasa baca conversation anak beranak ni...

    ReplyDelete
  4. hehe...kelakarlah adam faris ni
    buat saya teringat afif
    afif pun kalau saya masak, sedap pada tekak dia
    dia suruh saya meniaga...hehe

    ReplyDelete
  5. comey....ank borak cm tu ngan mama nya.tp mmg budak ni kadang faham kita.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...