Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, May 09, 2014

Ibu... Rakan Paling Akrab!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tersentuh hati menonton video ini... Saya tersangat rindukan Allahyarhamah mak saya... Moga dia tenang di sana... Serius, jasanya sampai ke akhir hayatnya saya tak mampu balas... Hanya mampu saya panjangkan doa agar mak saya tenang dan berada bersama para solihin... Amin...



Bukan semua orang sanggup,
Bukan semua orang mampu,
Tapi setiap detik dan ketika,
Bila kita susah, bila kita sedih,
Dia sentiasa ada...

Mengeluh?!
Tak pernah sekali...
Jika ada pun keluhan di bibirnya,
Semuanya (anak-anak) buat tak reti,
Masing-masing tuding jari,
Tengok siapa yang ikhlas berbakti...

Bila usia makin tua,
Dia tiada lagi upaya,
Namun bukan semua anaknya nak bertanya,
Khabar tentang sakit peningnya,
Malah ditambah pula dengan pelbagai kerja (memasak, mengemas)
Bila di tanya... Kenapa tak rehat saja?
"Biarlah, ibu menumpang di sini saja..."
Kenapa jadi begitu agaknya?!

Bersyukurlah jika kamu masih punya ibu,
Tatanglah dia,
Kerana doanya sangat makbul,
Tataplah wajahnya,
Kerana kamu akan peroleh pahala,
Kasihani dan jagailah dia,
Kerana padanya ada lubuk syurgamu...
Ingatlah!!!
Masa ni pun mak tak berapa
sihat
... Kami bawa jalan...
Pada tubuh badannya masih ada tanda,
Tanda kamu dilahirkan ke dunia...

Jangan nanti bila sampai ajalnya,
Baru kamu nak tangsi hiba,
Berbaktilah selagi mereka ada,
Kerana saat bersama merekalah yang akan kamu rindui setiap masa...
Sungguh ini bukan cakap kosong,
Kerana aku sudah tidak ada peluang berbakti buat ibuku...  
Dan aku cemburu, pada kamu, kamu, dan kamu yang masih punya ibu...  

Nukilan seorang anak yang telah kehilangan ibunya... Ya, aku!


 .・゜゜・(/。\)・゜゜・.


Nota kaki: Selamat Hari Ibu buat para bloggers yang telahpun bergelar ibu... Moga kita sentiasa tabah dan sabar menjalani rutin, sebagaimana yang dilalui oleh ibu-ibu kita... Amin, InsyaAllah...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


16 comments:

  1. Selamat hari ibu jgk buat sis nora

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah Nora..

    Semoga roh arwah mak nora damai disana bersama-sama orang yang beriman ..
    Allahummarfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.. amin.

    Akak follow #1099 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu sedunia...
    http://adna2029.blogspot.com/2014/05/mini-giveaway-kcolly-by-syiera-firdaus.html

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu jugak buat empunya blog ;)

    ReplyDelete
  5. Setuju ibu rakan paling akrab kalau nak kuar jenjalan selalunya Cikna akan bawa mummy sebab kitaorg mmg kaki jalan...... SELAMAT HARI IBU

    ReplyDelete
  6. Alfatihah, untung ada anak yang soleh dan solehah yang akan terus menerus menjadi saham kepada ibu bapa yang sudah tiada. Mungkin ramai orang tak sedar akan kehebatan seorang ibu, tetapi hakikatnya, setelah kita menjadi ibu bapa sendiri barulah kita akan menyedarinya sedikit sebanyak. Doakan saya juga menjadi seorang anak yang soleh.

    ReplyDelete
  7. saya pun masih terkenangkan detik akhir bersama arwah ma saya, sungguh benar, berbaktilah kepada ibu sementara masih berpeluang, bila dia sudah tiada, kita sudah tiada peluang kecuali menghadiahkan pahala bacaan surah2 sahaja.

    ReplyDelete
  8. al fatihah tuk arwah
    betul tu selagi ibu kita masih ada berbakti dan berilah kasih sayang kepadanya
    selepas dia tiada..tiada sapa yg boleh ganti huhu

    ReplyDelete
  9. Sayangi ibu kita....ibu sahabat terbaik

    ReplyDelete
  10. sayang Mak kita... selamat Hari Ibu buat semua teman2 blogger... jasa Ibu mmg takkan terbalas...

    ReplyDelete
  11. tersentuh baca puisi tu
    akak tulis ye? terkesan pula
    saya doakan semoga arwah ibu akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman
    selamat hari ibu untuk akak juga =)

    ReplyDelete
  12. Sy pun pernah tengok video . Ye, emak lah orang yang buat kerja tak pernah mintak gaji . Semua nya for free . Demi kasih pada anak2 . Saya sayang mak saya . =')

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...