Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, December 15, 2016

Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ha... siapa lagi yang belum tukar kad ATM/debit Maybank yang lama kepada yang baru? Tinggal tiga hari je lagi tau! Kalau tukar selepas 18 Disember ni nanti, kena bayar pula. So, sementara masih ada masa, bolehlah tukar segera.


Nak tahu cara paling mudah untuk tukar kad debit Maybank ni? Anda boleh tukarkan kad lama anda dengan yang baru sepantas 1 minit! Iye... betul, seminit je! Anda hanya perlu cari kiosk layan diri di cawangan-cawangan berikut:

1. Cawangan utama Kuala Lumpur
2. Cawangan TTDI
3. Cawangan USJ Subang Jaya
4. Cawangan KLCC
5. Cawangan Jalan Gombak
6. Cawangan The Reef, Rawang
7. Cawangan Klang
8. Cawangan Bandar Baru Ampang
9. Cawangan Pandan Indah
10. Cawangan Jalan Kelang Lama
11. Cawangan Puchong Jaya
12. Cawangan MID Bandar Baru Bangi
13. Cawangan Kajang
14. Cawangan Seremban
15. Cawangan Port Dickson
16. Cawangan Nilai
17. Cawangan Muar
18. Cawangan utama Melaka
19. Cawangan Taiping
20. Cawangan Alor Setar
21. Cawangan utama Pulau Pinang
22. Cawangan Kangar
23. Cawangan Kuala Terengganu
24. Cawangan Bukit Ubi
25. Cawangan Kota Bharu
26. Cawangan Batu Pahat
27. Cawangan utama Johor Bahru
28. Cawangan Mid Valley
29. Cawangan KL Sentral
30. Cawangan Aeon Mall Shah Alam

Dah jumpa kiosk ni apa yang anda perlu buat?

1. Masukkan kad ATM/debit lama anda, pilih bahasa dan tekan no PIN.

2. Masukkan MyKad, dan anda akan diminta untuk melakukan pengesahan cap jari (thumbprint verification). Untuk mendapatkan kad baru, anda perlu lulus pengesahan cap jari.

3. Sebaik sahaja lulus pengesahan cap jari, kad debit baru versi chip & PIN dan resit transaksi akan keluar. Anda boleh terus menggunakan kad debit baru tersebut di mana-mana mesin ATM dengan no PIN kad lama anda. 

Resit transaksi penukaran kad
Mudahkan?! Semudah ABC!

Alhamdulillah saya sendiri dah buat dengan hanya menggunakan kiosk layan diri tersebut. Tak perlu ambil nombor, tunggu berjam-jam... Hanya cari kiosk, cepat dan mudah. Jangan tangguh lagi tau!

Nota kaki: Encik hubby saya hari tu tukar kad dekat kaunter, gagah dia tunggu dua jam lebih. 😂😂😂 Leceh pula tu, bila dah dapat kad baru dia kena beratur pula di mesin ATM untuk tukar no PIN, sebab di kaunter hanya diberikan PIN sementara. Kesian... 😜😜😜


* * * * *

https://goo.gl/zvQ1qr


21 comments:

  1. Wah nape sekarang baru ade kiosk?? Nasiblah mase tukar debit card hari tu x ramai org..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Dah hujung-hujung baru ada kiosk ni...

      Delete
  2. Tulah...org cakap pun tukar kat kiosk je cepat dpd kat bank kena beratur panjang. Biasalh rakyat Malaysia ni, dah nak dateline baru sebok nak tukar. Nasiblah mak dah tukar online awal awal hari tu....Bolehlah kerek sikit hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe biasalah tu okje... ceee mentang-mentang dia dah buat... eksen yea.. hehehe

      Delete
  3. mujur saya dah awal2 lagi tukar..hehe.kalau ada kiosk cepat.tempat takde kiosk, sampai petang beratur tunggu giliran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la buat awal-awal... tapi ada je yang sanggup tunggu sampai dua tiga jam... saya idok la...

      Delete
  4. Saya tukar online jer..
    Tup2 kad dah sampai kat pejabat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Online pun senang... tapi hujung2 haritu ada kes kad tak sampaikan.... siap ada orang lain keluarkan duit dengan kad baru tu...

      Delete
  5. saya haritu pergi hari sabtu..memang sekejap je..cuma kredit kad dia tak nak bagi tukaar...hmmm

    ReplyDelete
  6. dh ada kiosk kt penang.ok nk kena p tukar

    ReplyDelete
  7. alamak.. busyra belum tukar kad lg.. hehe

    ReplyDelete
  8. sy x tkr sbb br je bua akaun tempohari ;-)

    ReplyDelete
  9. wah menariknye....xperlu tunggu lama lama kan....

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya kalau nak guna debit kad je kena tukar, kalau guna untuk 'cucuk' duit je tak payah. Dan untuk orang yang selalu travel sebab satu dunia nak selaraskan mesin debit dan kredit kat kaunter cashier.

    ReplyDelete
  11. Asben aida jumaat ari tu br tuko.
    Puas aida remind dia tiap ari.
    Konon nak gi maybank yg dekat. Ramai!!!
    Terus aida suh dia ke kiosk kat jln hang tuah.
    Lama la jugak beratur kat kiosk ~ 1 jam jugak.

    ReplyDelete
  12. saya guna yang suruh pos tu. Guna online banking. Tapi bila dengar diorang kata kalau tak tukar pn xpe. Masih boleh guna. Pastu nanti kad tu boleh swipe je tanpa guna pin jadi takut. Betul ke semudah itu dia deduce. saya tak pernah guna debit card.

    ReplyDelete
  13. tak tukar lagi. tak sanggup tunggu berjam jam. :(

    ReplyDelete
  14. itu hari noe buat online jer...di online kata dalam 21 hari kad akan sampai rumah...tapi x sampai pun 2 minggu...kad dah sampai...tak payah nk beratur...kat kiosk yg nora cakap ni pun cepat juga...

    ReplyDelete
  15. Saya tak tukar lagi, asyik lupa aje :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...