Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, December 16, 2016

Kisah Di Kedai Buku Sekolah...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ketika saya berada di kedai buku sekolah anak-anak saya;

Pembeli: Dik, akak nak beli buku-buku yang akak tanda ni je yea... (sambil hulur list buku yang dah siap bertanda)

Staf kedai buku: Yang ni kena beli kak.

Pembeli: Betul ke kena beli? Sebab akak tak cukup duit ni... Nak beli keperluan sekolah yang lain-lain lagi.

Staf kedai buku: Betul kak, ni buku tulis... memang pakai dalam kelas. Sekejap saya tunjuk contoh... (lalu diberikan contoh buku yang perlu dibeli tu...)

Pembeli: Oo kena pakai yea... oklah akak beli... tapi yang tak perlu beli akak tak nak ye dik... Tolong ye dik... (beberapa kali akak tu ingatkan staf kedai buku yang dia tak nak benda yang dia tak perlu)

Staf kedai buku: Buku kerja nanti dah masuk kelas, kalau cikgu nak pakai akak baru suruh anak beli yea.

Pembeli: Ha ah... Sebab yang tahun-tahun lepas cikgu tak pakai pun... anak dok bawa la hari-hari pergi sekolah. (Sambil pandang saya dan senyum) Ni pun, berapa kali dah kira-kira ni. Beli mana yang MEMANG PERLU BELI JE. Anak ramai... baju sekolah, kasut semua pun belum beli lagi. Paling-paling tidak pun kena beli sepasang yang baru. Baju-baju tahun lepas insyaAllah boleh pakai lagi...

Sedih saya dengar...

*** Kalau ikutkan, memang banyak yang kita boleh jimat dalam list buku sekolah ni. Macam buku tulis tu memang kita perlu beli. Tapi kedai buku ni pandai, ada 3 bahagian ditandakan (WAJIB BELI) dan 2 bahagian lagi ditandakan sebagai pilihan. Sedangkan perkara-perkara yang WAJIB BELI tu dah ada perkara yang memang TIDAK PERLU pun. Tetapi ia telah dibungkuskan sekali. Dan ibu bapa WAJIB BELI bungkusan tersebut. 
 
Contoh: Dalam ruangan buku tulis, telah dibungkuskan sekali pembalut buku tulis, buku sifir, kertas lukisan, pensil khat, fail dan lain-lain. Buku-buku tulis dah diikat sekali dengan book band (berharga RM5.50). Sedangkan book band tu kita tak perlu pun... 
 
Sebenarnya ibu bapa BERHAK untuk tidak membeli perkara yang tidak perlu. Pihak kedai buku sekolah pun TAK BOLEH PAKSA ibu bapa untuk beli. Macam contoh kamus dwibahasa dah tentu-tentu masa Faris dulu kita dah beli. Takkan nak beli setiap tahunkan? Timbang rasalah sikit, sebab kita memang tak perlukannya pun.

Macam gambar untuk buku Alisya tu, sepatutnya saya boleh jimat RM65. Sebab book band, pembalut buku tulis, fail, buku lukisan, pencil khat, buku sifir, buku kerja... Alisya tak perlu pun... Itu belum masuk perkara yang tidak perlu untuk Faris... LAGIII BANYAK YANG TAK PERLU... Buku latihan kerja sampai 3 set dia suruh beli (berlainan terbitan). Tapi sebab saya suka stationary dan buku saya bayar je... walaupun duit tak berapa nak ada juga... (sebab kes dah bungkus sekali dengan yang wajib beli)

 
Saja diikat buku tulis dengan book band harga RM5.50,.
beserta lain-lain benda yang tak perlu. Kena bayarlah...
sebab dah siap bungkus...
Faris punya lagilah banyak benda tak perlu....
Buku kerja tambahan pun sampai 3 set!

Tapi saya respect staf kedai buku sekolah anak saya ni, dia jujur bila akak tu kata dia cuma nak beli buku-buku yang perlu saja... Tolak ansur, sebab bukan semua ibu bapa mampu nak beli perkara-perkara tambahan yang kedai buku tuliskan sebagai WAJIB BELI...

Jadi ibu bapa jangan takut untuk cakap pada staf kedai buku yang anda tidak perlukan perkara-perkara yang anda tidak perlu... 

Saya berikan sedikit tips membeli di kedai buku sekolah:

1. Ambil dulu list buku dari kedai buku. 

2. Kemudian tanda buku mana yang anda nak beli, jumlahlah dan hanya bawa duit secukupnya sahaja.

3. Masa di kedai buku, jika diminta jumlah lebih dari yang anda dah kira di rumah, minta dia keluarkan barang yang anda tak perlu tu. 

4. Atau jika anak anda dah besar (darjah 3 ke atas) dan boleh beli sendiri di kedai buku, anda tandakan buku yang perlu dan sertakan duit secukupnya dalam sampul duit. Kepilkan sekali dan biarkan anak anda beli sendiri di kedai buku pada hari pertama persekolahan bermula. 😛
 

Nota kaki: Teringat dulu jiran saya di Melaka, bila diberitahu pada kedai buku sekolah anaknya yang dia tak nak beli buku Kamus J-Qaf dan beberapa perkara lain, dia dimarahi oleh staf kedai buku tu. Haih, bukan semua orang mampu nak beli benda-benda yang sememangnya kita tak perlu pun... Janganlah paksa... kan?!

https://goo.gl/m8OeJp


24 comments:

  1. Betullah Nora....Yalah bukan semua orang berkemampuan apatah lagi jika ramai anak yang sekolah.Apa yang akak tak suka tu buku aktiviti yang kena beli tu jarang digunakan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... buku kerja/aktiviti tu memang cikgu tak pakai di sekolah... saya terpaksalah kerah anak-anak buat latihan kat rumah... memang membazir...

      Delete
  2. Sib baik la before this kedai buku skola anak2 aida xde plak wajib kan stationaries.
    Dlm list book hanya buku aje.
    So memang mostly aida ok je dgn list tu.
    Memang diakui few buku kerja x perlu.
    Cikgu2 da pesan. Jgn beli semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya bila kita cakap tak nak kan, orang tu mula la marah.. katanya memang kena beli and barang-barang tu dah siap bungkus sebelum kita datang...

      Delete
    2. Iye?
      Ada ke marah kita?!
      Aduhai!!

      Delete
  3. anak saya dari sekolah lain kemudian tukar sek lain kena beli buku baru. Buku tulis setiap sekolah rupanya berbeza garisan. Fail peribadi nak seragam. Buku aktiviti tak sama. Rugi beli. Last2 saya beli buku tulis itu selepas anak mengadu cikgu dah tanya dua tiga kali. Tahun ni tengokla macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... sebab tu buku tulis cikgu tak kasi beli di luar atau tempat lain. Sebab setiap sekolah lain...

      Delete
  4. saya gak belum gi beli buku lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh plan atau tandakan apa yang perlu saja...

      Delete
  5. dah siap bungkus dengan book band dan sebagainya...rietta xde pengalaman beli buku di kedai buku sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye... dah siap bungkus... so ibu bapa wajib beli bungkusan tu. Kalau cakap tak nak pun mereka takkan keluarkan barang tu... kira kena paksa beli la...

      Delete
    2. Yg ni aida rasa x patut.
      Mcm anak2 aida, beg besar.
      Aida x benarkan mereka bwk buku di tgn.
      Tak perlu book band tu.

      Delete
  6. Kalau ramai yg masih sekolah memang kena budget betul2.. benda x perlu baik x payah beli. Makchaq masa beli buku nafisah penjual siap tanda apa yg perlu beli je.. tak sampai rm20 semuanya.. agaknya dia tengok orang pun tau bleh beli semua dlm list atau tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😭 untung kalau staf kedai buku tu jujur ek makchaq...

      Delete
  7. pelik kadang dgn sekolah ni....yuran sekolah dah takda tapi still kena bayar beratus2...Macam MV buku tulis mmg beli kat sekolah..kalau buku kerja...cikgu cakap nak guna baru beli..sebab pernah beli tapi buku tue x diguna langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MV... even cikgu pun tak tau yang mak ayah kena beli buku kerja tu... saya tahun lepas tanya sendiri kat cikgu, memang tak pakai buku kerja yg kita beli dari book shop tu...

      Delete
  8. ade buku wajib beli , cikgu tak guna pon , membazir jew ,

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Kan?! Saya yang dengar pun sedih... tapi akak tu tak lekang dengan senyuman...

      Delete
  10. Yelah...mmg berlaku pun, beli beli lepas tu bukannya guna. Rupanya buku tu untuk buat latihan sendiri.

    Mmg kesian tengok yang anak ramai tu. Sakitlah sikit awal awal bulan gini. Kalau ada yg tadika lagilah sakit NK. Yuran aje dah kalah masuk U

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... betul tu okje... yang ada anak ramai memang kesian...

      Delete
  11. ada yg jenis x reti nk melawan / bls blk kak...dia turut je ckp org... sudahnya poket dia jg yg kering... zaman skrg...susah nk ckp...yg pasti semuanya kena BERDUIT

    ReplyDelete
  12. mmg ada buku latihan yang dibeli tapi gunanya sikit jer...tak habis...nak habis mak ayah kena suruh je anak tu buat...jangan tunggu arahan dari cikgu..kalau tak membazir je beli...

    tak semua org mampu nak beli...tambah kalau anak ramai

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...