Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Saya berdepan dengan dua situasi berikut... dan kedua-duanya membuatkan saya terkedu... Sukarnya mendidik anak-anak, apabila apa yang kita larang dia buat, tapi ia terjadi di kelilingnya (seperti situasi kedua...).
Situasi 1: Kejadian berlaku di sebuah kedai makan.
Ketika saya dan keluarga sedang menikmati sarapan pagi, tiba-tiba seorang budak lelaki (lebih kurang berusia 9-10 tahun) dengan tidak sengaja menumpahkan air minumannya di atas meja. Serta merta si ibu merenung tajam ke arahnya. Dan tidak lama kemudian si ibu mula memarahinya.
"Kau ni memang tak boleh bawa berjalan la... Baik duduk rumah je... tak payah keluar..." (bla... bla... bla... bla... ada ayat yang saya dengar, ada yang tidak...)
Si ibu mula membebel, manakala si anak terdiam seribu kata. Sekali sekala si anak cuba untuk menyatakan yang dia tak sengaja dan meminta maaf. Namun si ibu menjerit:
Tersentap saya mendengarnya... Beberapa orang pelanggan yang juga sedang menikmati makanan memandang dan menggeleng kepala...
Situasi 2: Kejadian berlaku di gerai menjual buku-buku Agama, Pasar Minggu (Greenwood)
Seorang kanak-kanak perempuan (lebih kurang berusia 7-8 tahun) menarik ibunya ke gerai buku Agama tersebut. Dengan excitednya dia menunjukkan Muqaddam dan meminta ibu membelinya. Si ibu membelek Muqaddam tersebut beberapa kali, lalu bertanyakan harganya.
Ibu: Nak beli ke ni?
Anak: Beli la ibu... nanti boleh baca...
Ibu: Cuba baca. (dengan nada sedikit marah, sambil membuka ke satu helaian dengan kasar dan meminta anaknya baca... Si anak hanya tersengih malu apabila terpandang saya dan Faris yang tidak jauh dari mereka...)
Ibu: Cepatlah baca!! Kalau BODOH nak beli... kalau tak BODOH tak payah beli...
Astaghfirullahala'zim... terkejut saya mendengar respon si ibu... Dalam hati saya terdetik, "tiadakah perkataan yang lebih molek untuk anak kecil itu?"
Bila Faris dengar terus dia tanya saya, "Mama... Mama dia cakap bodoh boleh ke?" Saya terus bawa Faris jauh dari mereka dan explain yang Faris tak boleh guna perkataan bodoh tu pada sesiapa pun... Dari kejauhan saya lihat si ibu beli juga Muqaddam tu... Mungkin kerana dia dengar soalan Faris pada saya tu... Alahai...
Semoga saya dan ibu-ibu di luar sana akan lebih berlembut dengan anak-anak. Semoga Allah berikan saya dan ibu-ibu kesabaran yang tinggi dalam membentuk peribadi anak-anak... Amin...
Nota kaki: Sesungguhnya membentuk dan mendidik amanah Allah ini memang mencabar... Sabarlah duhai ibu... sesungguhnya anak-anak itulah tiket kita untuk ke SYURGA...

"Kau, kalau AKU cakap... KAU DIAM!!"

Tanpa kesabaran, memang tidak mudah menjaga amanah Allah...
ReplyDeletebetul tu kakcik...
DeleteKesian budak2 tu...benda tak sengaja pun nk kena marah...nak beli muqaddam pun siap ada word2 bodoh...adeh...camne la nak lahirkan generasi cemerlang...mak ayah pun tak cemerlang...sedih.. :(
ReplyDeletekan... sedih... saya yg dengar pun terkedu...
Deleteterkedu kejap baca entry ni... saya plg x suka nak marah anak² depan org ramai.. sbb pada sy anak² pun ada maruah juga... mereka kenalah ditegur dgn cara lembut..
ReplyDeletebetul tu masya... kita sbg ibu ni selalu la tersilap... kita rasa marah anak depan anak tu salah satu cara nak mengajar... hm...
DeleteSampai gitu sekali memarahi anak sampai ckp perkataan yg sepatutnyer..minta dijauhkan...
ReplyDeletetu la... kesian budak tu... niatnya nak beli muqaddam kan... haih...
DeleteYa Allah kesian anak2 tu....mcm mn lah boleh marah anak sampai mcm tu
ReplyDeleteSeorang ibu perlu bnyk bersabar, tp mengajar dgn kelembutan tu perlu kan..
ReplyDeleteTerkejut saya baca..Susahnya nak jadi ibu bapa ye kak. Kalau saya ada anak nanti..macam mana lah ye. Dah besar ni barulah boleh faham kesusahan ibu bapa.
ReplyDeleteKak...sedih saya baca situasi tu kak. Semarah² saya kat anak, tak pernah pon terkeluar perkataan yg tak elok. Klo saya marah, saya suka guna perkataan yg berlawanan. Contohnya klo anak2 dah main dorang tak nak kemas. Saya tak cakap dorang pemalas, tapi saya akan cakap 'rajinnya' ☺☺
ReplyDeleteSaya pun marah anak, bukan tak marah tapi alhamdulillah setakat ini tak de lagi saya menggunakan perkataan yang jika dilontarkan kepada kita akan membuatkan kita rasa tak selesa.
ReplyDeleteEven perkataan seperti "degil", "keras kepala", pun saya tak suka jika ia dilontar pada anak2.
Biasa ayat merajuk "Ummi tak fahamlah, kenapa anak2 Ummi tak nak dengar cakap Ummi?"...
anak-anak memang mempunyai bermacam kerenah...hanya kesabaran yang tinggi mampu mengatasi kerenah anak-anak...bila dah marah anak waktu tahap sabar menurun cepat-cepat beristighfar..
ReplyDelete