Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, March 12, 2013

Tips: Elak Air Sampah Menitik

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Pernah tak anda hadapi masalah air yang menitik dari plastik sampah, ketika ingin membawanya keluar dari rumah? Dulu masa saya bekerja, saya akan bawa sampah keluar dari dapur rumah saya pada waktu pagi, iaitu... setiap kali saya nak ke office. Dan ketika itu jugalah saya terpaksa mencapai mop apabila air dari sampah menitik di sepanjang perjalanan dari dapur ke luar rumah. (takkan nak biar pulakan? Nanti bau sampah pula satu rumah...)

Rupanya ada tip mudah bagi memastikan air dari sampah yang hendak di bawa keluar itu dari menitik. Apa yang saya lakukan adalah:

Masukkan plastik sampah ke dalam tong sampah.
Simpul dan selitkan lebihan plastik bagi mengelakkan
plastik termasuk ke dalam tong sampah ketika mebuang sampah...
Masukkan beberapa helai suratkhabar lama, sebelum
anda membuang sampah. Suratkhabar, berfungsi untuk menyerap
lebihan air seperti dari sisa makanan.

Dengan itu, saya tidak lagi berdepan dengan masalah air sampah yang menitik sepanjang perjalanan dari dapur ke luar rumah... Cubalah!

Selain itu, anda boleh juga praktikkan beberapa perkara sebelum membuang sampah:

1. Gunakan tong sampah yang besar, agar anda tidak perlu berkali-kali membawa sampah keluar dari rumah.

2. Gunakan satu plastik sampah sehingga penuh bagi memelihara bumi. (Seperti kita sedia maklum plastik mengambil masa yang lama untuk lupus...)

3. Jika sampah belum penuh (dan punyai sisa makanan), pastikan anda mengikatnya pada waktu malam bagi mengelakkan lipas, cicak dan tikus bermaharajalela di dapur anda.

4. Asingkan barang-barang yang boleh di recycle seperti botol, kotak, kertas, tin dan lain-lain. (tunggu lori 'paper lama' datang dan jual...)

Fikir dulu sebelum buang! (^_^)Y

35 comments:

  1. Oo...camtu..thanks kasi tips..sgt berguna ^^.

    ReplyDelete
  2. morning sis.owh sy mmg buat mcm tu sllu,sbb dh pernah terkena ms nk gi kje klm kbt buang smph,air lak menitik kt lantai perghh mmg terbaiklah di pagi hari trs hlg mood he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu... mmg habis la mood bekerja hari tu...

      Delete
  3. Alhamdulillah, rupanya ramai yang buat amalan yang serupa yek. Saya pun alas suratkhabar dalam beg plastik yang hendak diisi sampah.
    Nic sharing Nora. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (^_^) menda simple ni saya tak pernah terfikir dulu... sejak dok rumah ni baru la macam2 yang saya experiment... hai... teruk betul...!

      Delete
  4. great
    anum pun buat benda yg sama

    ReplyDelete
  5. kakak pun guna cara ini juga. kalau ada lapis telur pun kakak gunakan juga...

    ReplyDelete
  6. menarik gak tips nie..dulu sy sebalu doublekan plastik sebelum buang sampah ke luar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugakan... tapi yg ni lagi jimat plastik.. heheh

      Delete
  7. aah baru terpikir...bolah la buat lepasni...

    ReplyDelete
  8. bagus tips ni..... munna plastik sampah tu selalunya doublekan lepas ni bolehlah kurangkan penggunaan plastik

    ReplyDelete
  9. Saya pun guna cara yg sama cuma x asingkan brg2 plastik ke apa smua msk skali jerk.. :D

    ReplyDelete
  10. akakni kalau sampai yang basahni buang dalam plastik kecil lain dulu... kalau mak akak pulak dia tapis dulu sampahtu.. nanti baru dia buang dalam plastik...

    ReplyDelete
  11. SA selalu hadapi masalah ni...thanks dear sudi sharing..

    ReplyDelete
  12. saya tak ada tong sampah/ bakul sampah.semua sampah saya masukkan dalam plastik barang.kemdian terus buang..

    takut lipas

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ... betullah , suratkhabar pun banyak melambak nih ...

    ReplyDelete
  14. berkesan ya tips nie? huhu..masalah ni mmg masalah yg paling rumit ..huhu..kalau menitik2 sampai ke luar..mmg haru la nak mops..hhu

    ReplyDelete
  15. ya ya...sampah pun ada cara penyelenggaraannya kan...bagus tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...