Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, March 21, 2013

Buat Sendiri: Cili Padi Kisar


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti surirumah lain, saya pasti ramai di antara kita telah menyediakan bahan-bahan kisar lebih awal bagi memudahkan kerja-kerja di dapur. Tak kiralah beli yang sudah siap di pasaran atau dibuat sendiri. 

Bagi saya, saya lebih prefer untuk mengisar/membuat sendiri pes cili api dan cili kering bagi kegunaan harian dalam masakan saya. Kali ni saya nak kongsi bagaimana saya membuat sendiri cili api kisar.

Bahan yang diperlukan:

Cili api / cili padi - buang tangkainya dan bersihkan
Kunyit hidup - kikis kulitnya dan bersihkan
Garam kasar
Air 
 
Cara-caranya:

1. Bersihkan cili api/cili padi dan kunyit.

2. Masukkan ke dalam blender, tambahkan garam kasar dan air (jangan terlalu banyak, cukup sekadar membolehkan pengisar berputar

3. Pastikan segalanya telah dikisar dengan sempurna. 

4. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Tip: Jika pes terlalu berair, ia akan mudah rosak. Memadai masukkan air sekadar untuk pengisar berputar.

Dengan pes cili padi ini anda boleh masak:

Gulai lemak sardin
Rendang kacang panjang bersama udang
Sambal ayam cili padi
Sambal Tempoyak Goreng
Gulai lemak telur
Gulai lemak cili padi ayam
Ayam masak kicap + cili padi
Gulai lemak sotong
Sambal ikan goreng cili padi
Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Dengan tersedianya cili kisar ini, anda boleh jimatkan masa di dapur dan dapatkan rehat yang cukup! Mungkin tips ini sangat berguna bagi surirumah yang bekerja. Good luck... (^_^)  


* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

16 comments:

  1. kat umah pun mmg ready siap2 ..blend siap2 cili..so that senang nak buat ape2 lauk..cepat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah mmg jimat masa... bila nak pakai... cedok je terus... heheh

      Delete
  2. setuju sgt.. saya selalu buat cili kering, cili padi ikut mood selalu sikit jer blender buat stokkk... mmg membantu kalau blk kerja msk...

    ReplyDelete
  3. Biasa kat rumah buat stok dari cili kering, tak pernah guna cili padi, lagi pun tak pernah lagi masak guna cili padi tumbuk cuma guna 2, 3 biji aje sebagai rasa tambahan gitu. (lagi pun memeang tak terer masak pun). Hehe

    ReplyDelete
  4. Jimat masa bila kita kisar cili siap2 kan Kak..
    baru plak tau letak kunyit..pasni boleh cuba.. sllu sy kisar cili je tak campur apa2.. TQ share:)

    ReplyDelete
  5. tq share kak..boleh try lps ni. :)

    ReplyDelete
  6. Salam...wanita bekerjaya tak de alasan x sempat masak kalau kreatif dan bijak mcm kamu... soalnya malas dan rajin je.

    Sy siap2 kisar bawang, cili kering , dan cili api mcm kamu jgak... nk masak cedok je pakai sudu. :))

    ReplyDelete
  7. wah tgok makanan nie semua perut yg tak berapa selera nk makan terus berselera..sy tak biasa buat cili padi kisar biasanya cili kering je blander siap2 boh dlm peti ais.pagi2 sng terus campak je sbb sy mmg msk sebelum pegi kerja..:)

    ReplyDelete
  8. hehe..tengok makanan tertelan air liur..perut buat bunyi dondang sayang.

    ReplyDelete
  9. masak cili padi semua memang sedap..ehehe..kecur air liur tngk..ehehe

    ReplyDelete
  10. sy selalu kisar cili kering ngan bawang je, cili padi ni jrg buat sbb xkuat makan pedas, hehe..

    ReplyDelete
  11. sy suke sgt mkn pedas2..
    disni sy ade soalan.. biasenye bile kite nk blend cili padi. kite akn tuang air kedalam. tapi kalau sy nk tuang minyak untuk gantikan air? boleh ke? mksudnye, sy x gune air.. sy gune miyak utk blend cili padi ni...boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fungsi kita masukkan air tu adalah utk memudahkan blender berputar... memadai kalau letakkan sedikit... Minyak berfungsi utk memecahkan/menghancurkan biji2 cili padi tu... Rasanya kalau masukkan minyak je tanpa air, agak sukar juga untuk blender berputarkan? Letak air sedikit pun memadai... ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...