Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, March 21, 2013

"Mama, Faris Nak Jumpa Mak..."


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dua hari lepas Faris ada tanya pada saya, "Mama, Faris nak jumpa mak boleh?!" (mak adalah panggilan untuk pengasuh Faris di Kuantan dulu... 4 tahun juga Mak Chu menjaga Faris... Faris rindu barangkali...)

Saya cuma jawab... "Nak jumpa mak? Nanti kita pergi ya..." 

Mak (Mak Chu) dan Abah (Pak Chu) - Pengasuh AF
di Kuantan...
Ada juga beberapa kali balik Tadika Faris cakap benda yang sama... Lebih-lebih lagi bila dia tengok gambar ni, dalam phone... 

Gambar ni diambil pada malam akhir, sebelum kami berpindah ke Melaka. Masa tu Mak Chu memang rasa sedih, Faris dan Alisya nak berpindah... Maklum la... Lama juga Mak Chu menjaga mereka...

Last kami jumpa Mak Chu rasanya pada raya tahun lepas (2012), bukan main banyak lauk yang Mak Chu masak untuk kami... Sampai saya dan suami bertambah-tambah makan... AF pula seronok disuapkan makan oleh Mak Chu... 

Tadi saya ternampak status dipost oleh anaknya di FB, mengatakan yang Mak Chu warded di HTAA... dari status yang saya baca macam serius... Tapi saya nak bercakap sendiri dengan Uda (anak Mak Chu). Saya try call kedua-dua nombornya tapi tak dapat... Terus saya tinggalkan komen pada statusnya... Saya harap Uda akan SMS or call nombor saya.... Sedih pula saya...

Saya doakan moga Mak Chu tak apa-apa dan segera sembuh... Dalam keadaan sekarang saya harap dapat ziarah Mak Chu di HTAA... :-(

Nota kaki: Sebelum ni Faris tak ada pula kata nak jumpa Mak... tiba-tiba je... Adakah Faris dapat rasa? Sebab hari yang Faris cakap nak jumpa Mak tu, adalah hari Mak Chu masuk HTAA... Atau, kebetulan?



28 comments:

  1. oh...semoga faris dapat jumpa mak ya....

    ReplyDelete
  2. naluri kanak2 selalu kuat
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... harap sgt dpt pegi ziarah mak chu... mudah2an Allah izinkan...

      Delete
  3. Faris dapat instinct mak tak sihat kot. Smoga mak cpt sembuh.

    ReplyDelete
  4. Semoga mak chu segera sembuh

    ReplyDelete
  5. betapa rapatnya dan kasih sayang nya Faris kepada MakChu,anak2 ini boleh rasa agaknya...semoga makchu sembuh sakitnya...

    ReplyDelete
  6. tulah kan budak2 ni biasanya klu org terdekat yg sakit or nak meninggal kadang2 derang dpt rasa..harap2 maksu tak pape..nti mama bawak pergi jumpa mak.agaknya dh rindu sgt la tu..:)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ... mungkin Faris ada deria ke-6 atau mungkin dia bermimpi sesuatu ttg maknya ...

    ReplyDelete
  8. naluri knk2 sgt kuat kan.. dia rindu, rupanya maknya kurang sihat,

    ReplyDelete
  9. Anak2 kan bersih hatinya, cubalah cari ruang masa untuk bawa anak2 berjumpa Mak diaorang. Mesti Mak dia pun rindu kat anak2 Nora tu. Sebab mak saya pun pernah jaga anak2 orang dahulu, dan alhamdulillah sampai sekaarang masing2 ada datang menjenguk. Dibibir Mak pun tak henti2 menyebut nama2 anak2 yang dia pernah jaga.

    ReplyDelete
  10. baiknyer mak chu...susah nak cari pengasuh macam tu..baik anak2 kita pun kasih kan...moga mak chu cpt sembuh...

    ReplyDelete
  11. mereka pernah rapat nora. so, nalurinya kuat begitu . mudah2an mak chu sihat dan faris dapat bertemu dengannya secepat mungkin

    ReplyDelete
  12. Saya tengok gambar tu..saya pula yang terasa rapat,,hehe..Semoga Mak Chu sentiasa sihat.

    ReplyDelete
  13. ada pertalian antara merekakan... mungkin adalahtu... semoga cpt sembuh hendaknya...

    ReplyDelete
  14. maybe faris ada instinct...harap faris dapat jumpa mak dia...

    ReplyDelete
  15. Mesti Faris dah rindu sangat kan....hop hope mak chu tu cpt sembuh

    ReplyDelete
  16. ya la..kalau kita dah rapat sngt dengan seseorang kta akan dapat feel sesuatu..harapnya mak chu sihat segera..amin.. :)

    ReplyDelete
  17. Mungkin mak Chu tu pun teringat kat Faris jugak...tp betul jugak tau Nk...kadang tu bila okje teringat says at bloggers nanti tak lama org tu pun duk singgah blog kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...