Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, March 02, 2017

Suami Saya Pun Sweet Macam Shuib Sepahtu ^_^

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

26 Februari lepas, Shuib Sepahtu tunaikan janji pada isterinya, Siti Sarah untuk adakan majlis perkahwinan besar-besaran. Majlis itu disambut pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6. Alhamdulillah, tahniah Shuib dan Siti Sarah. Memang sweetkan?

Tapikan saya rasa sesweet-sweet Shuib, pasti sweet lagi suami kita semuakan? Betul tak Okje? Saya tengok Okje dengan Pak Jilap pun sweet. Encik hubby saya pun sweet juga tau! 😍😍😍 

Bila dikenang-kenang balik, banyak yang saya dan encik hubby lalui sepanjang hampir 11 tahun perkahwinan kami. Susah senang dalam mengurus rumahtangga tu sendiri.  

Dari duduk berjauhan (PJJ - perkahwinan jarak jauh), kesempitan duit, membesarkan Faris dan Alisya, dari dua-dua bekerja sampailah saya jadi surirumah dan macam-macam lagi onak dan duri yang orang tak nampak, tapi kami harung je semua. Maklumlah, perkahwinan mana yang tak de ujiankan?

Alhamdulillah hampir 11 tahun dia menjadi cinta hati saya. (Eh, rasa pelik pula buat entri sweet-sweet macam ni. 😂) Dia sangat sweet bila tahun lepas pada perkahwinan kami yang ke-10, dia bawa saya dan anak-anak bercuti di Ancasa Royale Pekan, Pahang. Mulanya saya rasa hanyalah percutian biasa. Tapi bila tengok bilik... wah... bukan main lagi deko bilik hotel. Macam tengok rancangan Romantika rasanya. 😂😂😂

Dengan tuala angsa lovenya... kelopak-kelopak bunga di katil dan bath tubnya... serta candle light dinnernya. Wow! (Walaupun candle light dinner dengan Faris dan Alisya, tetap berbunga-bunga hati saya masa tu... tersengih je sepanjang hari). Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10 tu terasa sangat perfect! Saya tak tahu bila encik hubby rancang semuanya... 

Saya memang tak jangkakan semua tu. Plus saya ni bukanlah jenis yang ingat tarikh-tarikh penting macam encik hubby saya. Yang saya ingat, tarikh lahir kami anak beranak je. Nak kata ingat bila kenal, tarikh couple, tu semua bukan saya.


Ni first time tengok depan mata...
Bilik ni sangat besar dan dekonya cantik... tema "Love is in the air" 😍
Bath tub pun ada kelopak bunga... 😍

Inilah main course "candle light dinner" kami.
Salah satu dari menu ni sangat-sangat masin... tak ingat dah yang mana satu.
Tak kisah dah masin pun, yang penting cinta hati depan mata... 😂😂😂
Faris dan Alisya makan pizza dan chicken chop
Ni menu selingan-selingan tu... Semua sedap!
Nak balik bilik tu dapat coklat dalam bekas love ni...

Punyalah lama makan untuk candle light dinner ni... Seingat saya 2 jam setengah tau! 😄😄😄 Sebab nak tunggu pertukaran setiap lima menu tu... Sampai Faris dan Alisya mengeluh kata lambatnya lagi nak balik bilik... Sebab diorang dah mengantuk... penat mandi kolam sebelah petangnya tu.

Anak-anak, kalau dapat mandi kolam,
maka sempurnalah cuti mereka 😜

Bukan sebab percutian dan candle light dinner ni je yang sweet encik hubby buat, malah banyak lagi moment yang pada saya, "alahai sweetnya..." Pendek katakan, sebenarnya... suami kita ni special dan sweet mengikut karakter mereka masing-masing. Tak perlu pun kita nak suami kita jadi seperti Shuib Sepahtu. Saya percaya, bukan satu malah mungkin banyak situasi sweet suami pada pandangan mata kita sebagai isteri. Tapi orang tak nampak sebab kita bukan artis, untuk diwar-warkan kepada umum.

Serabai saya masa ni... tah kenapa
tudung tu...
boleh la... 😂
Bukan senang encik hubby nak "wefie"macam ni...
Saya lihat ramai isteri yang komen seumpama ini dan tag suami masing-masing di Facebook, "how I wish my husband, like Shuib... sweet kan B?", "Abang, bila turn kita nak buat majlis macam Shuib?, "Sayang, cuba jadi sweet macam Shuib, pleaseeeee....."

Berlapang dadalah dengan pasangan yang Allah dah tentukan untuk kita. Terima seadanya... Dia tak buat majlis besar-besaran macam Shuib bukan bermakna dia tak sweet.

Awak... suami kalau tolong lipat baju, kemas katil, sidai kain, jaga masa awak dalam pantang atau masak masa awak sakit dah lebih dari sweet dah awak... Seriously!

So tak perlulah komen dan tag suami masing-masing untuk jadi seperti apa yang anda lihat di Facebook. Dia mungkin terguris hati, stress dan down. Orang lain yang baca komen sedemikian mungkin fikir... "ooo suami dia tak sweet rupanya...", "eeeiii boringnya suami dia ni... tak reti nak sweet-sweet ke?", atau "kesian dia dapat suami tak sweet..." Bukan ke secara tidak langsung menjatuhkan air muka suami?

Maka jomlah guna internet dengan berhemah... #fikirsebelumkomen agar tiada hati sesiapa yang terguris, lebih-lebih lagi pasangan kita...


https://bookcafe.com.my/en/promosi-bookcafe/wakaf/

27 comments:

  1. amboi sweetnya..jeles cik nor..hihi

    ReplyDelete
  2. wah...sweetnya suami nora...betul cakap nora...jgn ikut sweet org lain...kena fikir balik..apa yg pernah suami kita buat...cuma kdg2 kita tak perasan byk benda yg mereka buat sebenarnya...mmg sweet...

    ReplyDelete
  3. Alahai, sweet nyer NK.. Moga terus berbahagia hingga ke syurga :)

    Sweet apa celebrate enniversary dgn anak2... Mereka la yg menceriakan keluarga, kan?

    setuju sgt dgn ayat yg di"blod"kan tu... lebih dari sweet dah hubby kita ni.. sweet dgn cara mereka tersndiri, kan? Nak cerita semuanya kat blog, nanti kan ada yg muntah hijau... kikiki

    ReplyDelete
  4. wow weeee tak romatik mcm shuib pun kak, meremang juga bila sy bc ni...terasa sweet nyer tempias ke sini ;-)

    ReplyDelete
  5. betul sangat tu..tak elok nak komen macam tu dekat ruangan sosial yang boleh dibaca oleh orang ramai. suami kita dah cukup sweet dengan caranya yang tersendiri

    ReplyDelete
  6. akak pun pernah ke ancasa royale ni nora.. memang best sangat! anyway husband kita memang suwit dgn cara masing-masing kan.. betullah tu. Tak perlu lah nak samakan husband kita dengan sesape cara suwit diorang ni ..setuju sangat nora :)

    ReplyDelete
  7. pertama kali tgk towel angsa anak 4....kiut n sweet...

    ReplyDelete
  8. Betul2 sweet lah nora , cantek betul bilek yang dihias tu.
    Walau apa jua sikap suami terima lah seadanya...

    ReplyDelete
  9. Dah lebih dari sweet tu..

    Makchaq x pernah pun meraikan anibeseri, tak besa rasa janggal pulak kalau nak rai2 ni...😝😝

    ReplyDelete
  10. Wow! Teringin nyer...
    Akan dikenang ke akhir hayat la tu kan.
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Kalau cenggini punya surprise anniversary mmg sweet sangat tau NK....Aduh ingat senang ke nak buat angsa tgh dating tu hihi.....

    Setuju dgn awak NK, husband kita adalah satu anugerah yg terbaik dari Allah. Sweet ke tak tu rezeki memasing hihi.... kalau dah sweetnya cuma lipat kain nak buat mcm mana. Hadam ajelah hihi....

    Happy Anniversary ye NK. Moga korang berdua kekal bahagia hingga ke syurga.

    pss...Lama betul yeh simpan gambar semua tu...

    ReplyDelete
  12. Hihi.. Betul kan sis.. Setiap suami tu sweet.. 😍😍😍 cume cara berbeza.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  13. Memang sweet gambar encik suami kat osaka castle.
    Bulan lepas saya melawat situ.

    ReplyDelete
  14. Wow, mmg suwit tu.
    Ya setuju, setiap suami kita mmg sweet dgn caranya tersendiri, so tk perlulah ikut org lain.

    ReplyDelete
  15. haha.. saya tak mampu nak ceritakan sweetnya suami saya... takut ada kencing manis nanti.. haha... apa2 pun semoga kemanisan rumahtangga itu jadi rahsia antara kita shaja kan.. tak pernah nak heboh... bukan apa.. kang org kacau daun rmhtgga kita.. siapa yg kita nak persalahkan... ye dak.. romantik dan sweet itu bnyak tafsirannya yg tersenidr..

    ReplyDelete
  16. Hai nora lama x singgah sini....waduh mmg sgt sweet la kalau mcm tu..ingat tarikh2 special tu

    ReplyDelete
  17. Kan... Suami kt ada cara sweet tersendiri.. Semestinya husb kt y terbaik kan..

    Alhamdulillah dikurniakan psangan y pndai mgambil hati..

    Sama mcm husb lya.. Suka buat kjutan x jangka.. Tp y paling sweet n xleh lupa tiap kali husb jaga time sakit.. Tiap kali husb dukung time lumpuh dlu..mndikan n suap mkn..walau sedih..tp amat manis bila dikenangkan smula.

    Smoga kt trs bhagia hingga k syurga bersama pasangan kt..aamin

    ReplyDelete
  18. Saya tak ada suami, so tak tau sweet nya.

    ReplyDelete
  19. Wah sweetnya... kalau dah 11 tahun, macam-macam dugaan dah dilalu... betul tu, orang lain tak nampak apa yang pasangan lain lalui... berkat kesabaran Alhamdulillah sis dikurniakan seorang lelaki yang sentiasa menyayangi... semoga terus kekal bersama hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  20. betl, suami kita pun sweet juga. takmo tunjuk je. hihi

    ReplyDelete
  21. brtmbh sweet bila dgn anak anak tu kan kak..hihih

    ReplyDelete
  22. Hehehehe. Lain orang lain cara sweetnya kan?

    ReplyDelete
  23. betul tu, suami kita pun sweet dgn caranya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...