Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Sunday, March 19, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kelihatan ramai blogger yang update entri tentang Lazada Birthday Blogger Contest. Seronok pula baca barangan impian masing-masing. 😊. Sesiapa yang pernah membeli di Lazada mesti takkan lepaskan peluang untuk join contest. So, jomlah kita cuba nasib.

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
Apa yang saya suka sangat pasal Lazada ni, dah tentulah harganya yang tidak masuk akal. Teringat dulu masa saya kenalkan Lazada pada kakak ipar saya, dia tanya, "betul ke harga Lazada tu?! Macam tak logik!" 😃 Betul... kalau hari-hari track harga barangan yang kita nak, untung nasib dapat 90% diskaun tau!

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
Kalau ikutkan semuanya nak beli di Lazada ni... 😂 Ok, jom tengok senarai wishlist saya.


Pressure cooker ni dah lama ada dalam wishlist. Tapi belum ada rezeki nak beli. Bila tengok kawan-kawan update masakan dengan hanya gunakan pressure cooker ni, rasa alahai, senang jadinya kerja-kerja memasak. Harga item ini masih dalam 'pantauan' saya... tunggu masa nak terkam! 😂


Item kedua yang menjadi idaman adalah set ni. Saya dan encik hubby selalu berangan ada set ni di rumah. Kalau ada kiosk Nescafe ni buat promosi di mall, kami akan singgah dan tengok macam mana cara menggunakannya. Saya pun selalu berangan ada set ni di sebelah sambil layan baca buku... 😂 Agak-agak nak latte, buat latte. Agak-agak nak cappuccino, buat cappuccino. Eh, syok pula berangan eh? 


Ha... jangan tak tahu, katil dan tilam pun ada jual tau di Lazada! Pendek kata taip je apa jua hajat di hati, confirm ada di Lazada. Spinalhealth mattress ni kalau nak beli dekat luar, memanglah mahal... Tilam ni penting juga sebenarnya dalam memberikan kerehatan pada tubuh badan. Bila tidur lena, maka lebih cergaslah keesokkannya...

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
Rasanya Lazada perlu pertingkatkan pantauan selepas pembayaran dibuat oleh pembeli. Maksudnya, sebaik pembeli membuat bayaran, usahakan untuk buat follow up dengan pembeli; pastikan barang dah sampai atau sebaliknya. Disebabkan penghantaran barang-barang tersebut dilakukan sendiri oleh penjual... maka ada penjual yang lewat menghantar dan tidak memaklumkan kepada pembeli. Ini secara tidak langsung akan memberikan tanggapan negatif kepada Lazada. Sedangkan Lazada hanya pengantara antara pembeli dan penjual.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 
Semoga Lazada Malaysia terus berkembang maju dan menjadi online one-stop center yang dikenali ramai. Terima kasih kerana memberikan kemudahan online shopping kepada kami. Moga terus berdaya saing dan kekal teguh, Lazada Malaysia! 😄

* * *  

Ok, that's it! Jom kawan-kawan blogger untuk sama-sama join contest ni. Mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah yang ditawarkan. Eh, apa hadiahnya?

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners:

1. Less than 50 Participants (10 winners)

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners)

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250
3rd Prize: 12 x RM125

3. More than 100 Participants (30 winners)

1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150 

Menarikkan?! Klik sini untuk turut sertai, sempat lagi ni... tarikh tutup penyertaan 23 Mac 2017, jam 11.59 malam. Good luck semua... 😄

14 comments:

  1. Pressure cooker tu memang menarik kak! Hehehe senang sikit la nak masak lepasni. Btw saya pun join juga contest ni. Good luck ya untuk kita berdua. Hehe.

    ReplyDelete
  2. ramai kan yang join contest nih..tak sabar nak tunggu dorang umum pemenang. apa pon good luck untuk contest nih.

    ReplyDelete
  3. 3 item yg terbaik ni...
    good luck.

    ReplyDelete
  4. Coffee lovers memang nak machine tu.. good luck madam!!!

    ReplyDelete
  5. Ramai pulak yang join contest ni .. CCL masih teragak agak nak join

    ReplyDelete
  6. gud luck.....rietta pown ada join...sebab teruja tengok ramai join...

    ReplyDelete
  7. Gut luck sis nora... moga ada rezeki kita dalam contest ni.. :)

    ReplyDelete
  8. Mmg best contest ni.. all the best ye! :)

    ReplyDelete
  9. NK, saya ada "beberapa" mesin kopi dolce gusto tu...
    Sebabnya, kadang2 website dolce gusto buat sale.. beli pod kopi dan dapat mesin kopi..

    ReplyDelete
  10. nak ucap good luck pun dah dapat pemenang..hehehe

    ReplyDelete
  11. kak jgn laa terkam periuk tu...sy pun nk terkam juga ni hahahaha

    ReplyDelete
  12. Ramai yg masuk contest ni. Nampaknya mereka yg menang mmg rezeki sungguhlah.
    Tak masuk pun. Tak de experience beli online

    ReplyDelete
  13. Wow menarik betul..tak tahu..klu tahu cuba2 jugalah bg ada masa join walaupun dh tahu takkan menang.haahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...