Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Thursday, June 22, 2017

Resipi Raya: Biskut Sarang Semut (Tak Perlu Sagat)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 27 Ramadan,

Berapa banyak dah buat kuih raya tu?! Saya, ni je lah kot. Mood raya tak muncul-muncul... Kalau bukan sebab Faris dan Alisya, tak terbuatnya kuih raya ni. Anak-anak suka makan sarang semut ni saya sendiri tak la berapa suka... Biskut sarang semut versi arwah Mak saya ni, dohnya tak perlu disagat, cuma bulat-bulatkan je dan masuk paper cup.


Syahdu buat kuih ni sebab arwah Mak tak pernah tak buat setiap kali nak raya. Arwah Mak samalah macam saya... tak berapa suka, tapi buat sebab anak-anak suka makan.

Biasanya memang sayalah yang akan tolong mak buat kuih ni. Kalau dengan arwah Mak, tak de nya satu adunan, mesti lima adunan atau lebih. Memang sampai awal pagilah masih lagi tabur chocolate rice.

Faris dengan Alisya dari sebelum puasa lagi dah ingatkan pasal sarang semut ni. Bila dah buat semalam, bukan main senyum sampai ke telinga. Bukan mereka je, Busu mereka, Bob Ashkarl pun senyum sampai telinga. 😛

Adam Faris shift pagi... :p
Alisya, shift petang... hehe
Alisya puasa setengah hari dapatlah makan beberapa biji yang kosong sebelum letak choclate rice. Sambil banyak kali cakap, "terima kasih Mama sebab buat kuih ni..."

Yang Faris pun cakap, "sedapnya bau kuih ni Mama... tak sabar nak buka puasa, nak makan kuih ni banyak-banyak..."

Mamanya haruslah sorok dan diberi makan bercatu... sebab Mama buat satu adunan saja dapat dalam 250 biji je. Nampak kejam di situ. 😂 Kalau dengan arwah Mak dulu kalau sekali buat 1500 biji atau lebih.

Moga banyak pahala yang arwah Mak saya dapat, sebab ajarkan saya buat kuih ni... sampai cucu-cucu arwah Mak pun suka.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa Mak saya dan tempatkannya di kalangan para solihin.

Bahan-bahan untuk doh:
500g buttercup
1 cawan gula Caster
4 biji telur
1 penutup esen vanilla
2 cawan tepung gandum
4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk koko (optional)

Bahan-bahan untuk krim:
10 sudu besar planta
5 sudu besar gula caster
1/2 biji perahan jus limau nipis
Coklat urai (chocolate rice) secukupnya.

Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri dalam satu bekas. Ketepikan.
2. Pukul buttercup dan gula dengan mixer hingga agak pucat warnanya.
3. Masukkan telur satu persatu, dan esen vanila. Pukul sehingga adunan agak ringan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh (tidak melekat di tangan).
4. Bulat-bulatkan doh dan letakkan dalam paper cup. Tekan sikit.
5. Bakar dalam oven 180 darjah selama 15 minit (ikut oven masing-masing)

Untuk krimnya:
1. Pukul planta dan gula menggunakan mixer.
2. Perahkan jus limau nipis. Pukul lagi hingga rata.
3. Sapukan krim di atas biskut yang telah dibakar dan taburkan chocolate rice.
4. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba semua... 🤗


Menjadi ibu, biasanya bukan buat apa yang kita suka, tapi buat sebab nak gembirakan hati dan tunaikan permintaan anak-anak.

9 comments:

  1. Hati seorang ibu.. Sentiasa mengingati anaknya..
    Mudah juga kalau buat gini.. Tak payah nak sagat-sagat..

    ReplyDelete
  2. lama xsinggah sini slmt hari raya bt akak sekeluarga 😬 betul lah jd ibu ni kalau raya mesti nk bt biskut yg anak2 suka. lama xmkn biskut ni

    ReplyDelete
  3. dah lama tak makan biskut sarang semut ni...

    ReplyDelete
  4. Ohhh lain pulak gaya Biskut Sarang Semut resepi awak ni NK siapa ada krim bagai. Tapi nampak menarik jugak ni. Tak payah letak tepung jagung ek NK?...

    Hihi.... Faris ngan adik nak makan tunggu Raya ek. Makan masa mama tak nampak!

    ReplyDelete
  5. Laaaa, saya baca entry 27 ramadhan. Tak apa, janji baca.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh sukanya dorang dengan biskut ni...hihihi

    ReplyDelete
  7. suka sukaa hehe suka makan ja.. buat malas =P

    ReplyDelete
  8. ada lg x kak? sy nk dtg raya..raya hj hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...