Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, June 14, 2017

Doa Malam Lailatulqadar

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 19 Ramadan,

Allahuakbar, sekejapan je dah 19 Ramadan. Sedih rasa bulan Ramadan dah nak melabuhkan tirai. Sedih, entah jumpa entah tidak Ramadan tahun depan.

Hajat di hati nak khatam Quran dalam bulan Ramadan ni. Kalau ikutkan tinggal 4 juzuk lagi. Saya baca Quran dari sebelum puasa, memang dengan harapan dapat Khatam masa bulan Ramadan ni. Tapi sekarang Allah bagi cuti. Harap ada hari-hari berbaki ni nanti dapat saya Khatam Quran. Insya-Allah.

Seperti yang kita sedia maklum, 10 hari pertama bulan Ramadan adalah rahmat terbesar daripada Allah kepada kita. Diberikan olehNya sebesar-besar rahmat kepada hamba-hambaNya, agar kita sentiasa bersyukur.

10 malam kedua Ramadan, dibukakan seluas-luasnya pintu keampunan buat hamba-hambaNya. Kita disarankan perbanyakan doa memohon ampun dan beristighfar.

20 malam itu telahpun berlalu. Kini berbaki 10 malam terakhir yang dikatakan pecutan akhir atau peluang besar-besaran yang perlu kita rebut sebaiknya. 10 malam terakhir Ramadan inilah dikatakan malam yang membebaskan kita dari seksa api neraka.

Apa peluang yang perlu kita rebut pada 10 malam terakhir?

Perbanyakan zikir, membaca Al-Quran, bangun solat malam, mohon pengampunan, tangisi dosa-dosa yang lalu, perbanyakan sedekah dan pelbagai amalan baik yang boleh kita lakukan.  Perbetulkan niat, insya-Allah moga Allah terima amalan yang kita. Amin.

"Malam Lailatuladar" juga dikatakan berlaku pada salah satu dari 10 malam terakhir ini.

Saidatina Aisyah r.anha berkata, "Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya, sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?"

Baginda SAW bersabda, "katakanlah":


Perbanyakanlah membaca doa ini sepanjang 10 malam terakhir, kerana ini adalah doa yang sangat lengkap agar Allah SWT dengan kemurahan dan belas kasihanNya mengampuni kita daripada segala tuntutan akhirat.
(Rujukan kitab Fadhilat Amal)

Salam 10 malam terakhir sahabat... Masih belum terlewat kita sama-sama membuat pecutan akhir. Maafkan saya jika ada sakiti hati sahabat semua.

Moga Allah izinkan kita semua untuk bertemu dengan Malam Lailatulqadar. Insya-Allah, Amin...

10 comments:

  1. Amin... moga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar...

    ReplyDelete
  2. salam..
    yaya singgh sini..dah 20 ramadhan hari ni
    mlm ni msuk 21..SubhanaAllah..pantas masa berlalu

    ReplyDelete
  3. moga kita dpt bertemu dgn malam lailatul qadr tu
    Aminnn

    ReplyDelete
  4. Sama le kita NK ....tgh cuti jugak. Awal awal dah Raya haha...

    Tulah kan.... Sale besar besaran yg Allah bagi tp tahap itu jugak ibadatnya huhu...
    Moga Allah terima ibadat yg sedikit ini.

    ReplyDelete
  5. semoga amalan kita diterima Allah dan dpt jumpa ramadhan thn dpn 😃

    ReplyDelete
  6. moga2 ada rezeki kita lg utk ketemu lailatulqadar thn hadapan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...