Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, June 10, 2017

Shea Rasol Dalam Kenangan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sepatutnya kita tidak cemburu pada mereka yang punya rumah banglo, yang punya kereta mewah, yang punya harta yang banyak, yang punya nama dan pangkat, yang punya perniagaan yang berjaya dan lain-lain kemewahan dunia.

Tapi sebenarnya, kita perlu cemburu pada mereka yang dijemput Ilahi ketika mengerjakan Haji atau Umrah di Mekah, ketika sujud dalam solat, ketika sedang membacakan Kalamullah (membaca Al-Quran), ketika membuat amal kebaikan, ketika dalam mempertahankan Islam (peperangan), ketika sedang bermusafir...

Apa lagi yang meninggal dunia pada hari Jumaat (penghulu segala hari) dan dalam bulan yang paling mulia, iaitu Ramadan. Shea Rasol sungguh saya cemburu!

Usianya baru 29 tahun, meninggal dunia kerana urachal cancer, pada 9 Jun 2017 (Jumaat) bersamaan 14 Ramadan 1438H.


Innalillahi wa innailaihorojiun... ? Moga Allah juga mengambil nyawa kita dalam keadaan yang baik... Amin.

Ini adalah blog Shea, mana tahu ada ilmu yang bermanfaat buat anda jika membacanya, maka akan jadi pahala berterusan buat Shea di sana.

Salam takziah buat Farah Farzana Rasol dan keluarga, atas pemergian adik tersayang. Moga Allah ampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan bersama para solihin.


Juga impikan kematian yang baik, walau tahu diri banyak dosa.

4 comments:

  1. cemburu. diambil roh saat bulan ramadhan..hari jumaat pula tu..
    MasyaAllah..
    semoga dtempatkan bersama org beriman..Aminn

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wa ina ilaihi rojiun...

    Pengakhiran kita entah mcm mana agaknya. Moga ditempat, dihari yg baik baik juga. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. alfatihah...

    sy dpt tau psl kematian dia melalui ig heliza...husnul khatimah...bertuah sggh arwah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...