Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Alhamdulillah
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya, usia
perkahwinan kami kini telah mencapai 7 tahun (11.3.2006).
Lain
sikit perasaannya berbanding masa saya sibuk bekerja dulu... Serious, dulu saya
sering terlupa tarikh-tarikh penting ini... Tapi Encik hubby tak pernah lupa...
Selalunya Encik hubby yang akan ingatkan saya tentang tarikh-tarikh penting
kami... Teruknya saya! :-(
Hati
saya sangat-sangat tersentuh... Bila memikirkan usia perkahwinan kami yang
telah menjangkau 7 tahun... Lebih sayu lagi bila memikirkan perkahwinan orang
lain yang kecundang di tengah jalan...
Tertanya
juga, apa sebenarnya yang kita inginkan dalam perkahwinan? Adakah atas dasar
cinta semata? Harta? Agama? Suka-suka? Mengisi kesunyian? Mengambil kesempatan?
Perbaiki diri? Zuriat? Atau... (ada banyak lagi kemungkinan kita berkahwin,
terpulang kepada individu)
Namun
pada saya... Perkahwinan sama keadaannya seperti kita menjaga baby... Yang pada
usia kecilnya kita sangat sayang dan bertolak ansur... Tak kisah apa yang
dilakukan pasangan kita, kita mudah menerima dan memaafkan...
Pada usia 1-2 tahun kita dah boleh
nampak apa yang positif dan negatif tentang dirinya... (dan biasanya kita akan
attack apa jua peribadi negatifnya... atau dalam kata lain menjadikan kelemahan pasangan sebagai alasan untuk berpisah: barangkali!)
Meningkat
usia 3-4 tahun, masing-masing akan cuba bersifat dominan... Ini menyebabkan
perkahwinan sedikit goyah... Jika kita mampu mengawalnya, kita akan berusaha
mencari jalan untuk mengekalkan perkahwinan tersebut... Jika tidak... Maka putuslah ia... Begitulah seterusnya... Anda lihat perkembangan anak-anak
anda... Mungkin anda akan faham...
Yang pasti, mengenali dan memahami pasangan kita bukanlah pada setahun, dua tahun, tiga tahun pertama usia perkahwinan... tetapi HINGGA HUJUNG NYAWA... Sebenarnya, semakin lama kita bersamanya, kita akan dapat kenal pasti apa yang boleh diperbaiki demi memastikan relationship itu berkekalan. Sama-samalah kita perbaiki diri sendiri, dan berdoa agar pasangan kita juga akan menjadi sekurang-kurangnya seperti apa yang kita harapkan...
Apapun,
semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang cinta dan sayang kami; suami
isteri... sentiasa segar dan makin mekar... Semoga Allah kurniakan kesabaran dan
kekuatan kepada kami untuk lebih memahami dan menyayangi antara satu sama lain,
moga Allah juga limpahkan rezeki kepada kami sekeluarga, serta doa saya agar
cinta kami sampai ke syurga... Begitu juga doa saya ini buat rakan-rakan blogger
yang sudah berumahtangga... Amin...
Nota kaki: 4 hari sebelum hari pernikahan kami adalah hari pulangnya ibu saya ke rahmatullah... (7.3.2006) juga tahun yang ke-7 pemergiannya... Moga allahyarhamah ibu saya tergolong bersama orang-orang yang beriman... Amin... Al-Fatihah...
al-fatihah buat arwah mak...
ReplyDeletesemoga ikatan perkahwinan nora berkekalan hendaknya yer.. amin...
Tq masya... amin...
Deleteselamat ulangtahun perkahwinan kak... moga kekal hgga ke syurga...
ReplyDeletexdpt sy bayangkan perasaan akak time nk kawen tu... mesti sedih yg amat kan.. yela, ibu tersayang dh xda... pe2 pun, moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman
Hepy Anniversary NK.... moga kekal hingga ke Syurga..
ReplyDeletetahniah nora & suami.. Happy 8th Anniversary!. Semoga Allah terus merahmati perkahwinan kita semua.
ReplyDeletep/s- akak memang suka baca blog nora. mesti ada jer tips dan ilmu yang dikongsikan. akak juga dapat tau perkembangan nora n AF selalu kut blog ni.. teruskan bloging ye..
Juga Al-fatihah untuk arwah mak nora. ingat lagi cerita sedih nora tu menjelang hari perkahwinan. Semoga terus tabah dengan ujian Allah.
Salam,
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwinan, semoga berkekalan hingga ke syurga.
p/s: Terima kasih diatas kunjungan ke Relaks Minda. Amat2 saya hargai, teruskan bersama RM :)
Tahniah nora dan suami.. Berjaya harungi susah senang sepanjang tujuh tahun... Semoga kekaal bahagia...
ReplyDeleteselamat ulang tahun perkahwinan kak..semoga kekal hingga ke syurga..amin
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan.usia perkahwinan kita sebaya..sy dis coming june 7tahun juga..:)
ReplyDeleteAl-fatihah utk aruah ibu
selamat ulang tahun perkahwinan.. moga dipanjangkan jodoh ini sehingga akhir hayatnyer...
ReplyDeletetang nota kakitu terkedu sekejap membacanyer.. tak boleh bayangkan perasaan nora masatu...
Salam nora, tahniah, moga kebahagian dalam mengharungi alam rumahtangga ni kekal hingga ke syurga.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwinan.. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah ibu. Semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin
Selamat ulang tahun...Semoga berbahagia selalu
ReplyDeleteselamat ulang thn yg ke 7 akak dan suami...smoga kekal bahagia hingga hujung nyawa...smoga murah rezeki, mndpt ank2 yg soleh dan solehah...hehehe
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah ibu..smoga arwah d tempatkn bsama org2 yg beriman..Amin.
Semoga arwah ibu akak di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-7 kak. Semoga terus bahagia sehingga ke hujung nyawa dan hingga ke jannah.. Sentiasa di murahkan rezeki dan di kurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun ke-7..hehe..moga terus kekal bahagia hingga jannah ya..inshaAllah..dan smoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..amin.. :)
ReplyDeleteselamat ulangtahun!
ReplyDeleteHappy anniversary kak nora..
ReplyDeletehappy anniversary.... semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa
ReplyDeleteassalamualaikum ... aaamin , in shaa Allah . Tqvm bagi tips ni . mmg sesuai utk saya yg bujang nih .
ReplyDeleteselamat ulangtahun kak.
ReplyDeletesemoga arwah ibu ditempatkan di kalangan orang yg beriman.amin
happy anniversary kak...moga ikatan perkahwinan berkekalan till jannah
ReplyDeleteAl Fatihah buat arwah emak Nora dan Tahniah atas kejayaan mengecapi kebahagian berumahtangga selama 7 tahun ini..
ReplyDeleteSelamat ulangtahun akak n suami, rindu akak hihi,semoga bahagia ke akhir hayat, aminnn
ReplyDelete