Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, January 16, 2014

Faris Kena Pau?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak tau la ni cerita kelakar ke apa (atau lain-lain perasaan seperti marah, geram, tekejut atau sewaktu dengannya..) Tapi yang penting saya tergelak... Sebaliknya encik hubby macam frust + sedikit marah (bukan la marah ke budak tu... tapi lebih kepada Faris yang tak pandai pertahankan milik dia... ye la budak-budakkan mana tau dia kena pau... :p )

Setiap hari saya memang akan buatkan bekal untuk Faris ke sekolah kebangsaan. Di samping tu, encik hubby bagi juga duit sebanyak RM2, in case ada apa-apa yang dia teringin nak beli. Tapi seperti biasa, Faris akan bawa semula duit tu ke rumah, dengan nilai yang sama... Atau paling kurang pun RM1 dibelanjakan untuk beli air milo ais di sekolahnya.

Isnin lepas seperti biasa, Faris tanggalkan baju sekolah dan serahkan baki duit pada hari tu... Dia bagi saya RM1... 

Nama ni la penyebab Faris kena pau :p
Saya: Ooo... Faris beli air milo ya hari ni kat sekolah?

Faris: Tak la... Faris tak beli pun...

Saya: Aik?! Ni ada RM1 je... Mana lagi RM1? Beli roti hotdog?

Faris: Tak la... Dia ambil...

Saya: Siapa ambil? (terkejut!!!)

Faris: Kawan tu... dia kata kalau tak bagi duit, dia tak nak bagi nama kita? (tengok, walaupun budak tu ambil duit dia, dia still bahasakan "kawan" dia tak la cakap "orang jahat" :p )

Saya: Nama? Nama apa?

Faris: Nama la... Nama kita yang warna hijau tu...

Saya: Kenapa Faris bagi dia duit?

Faris: Ye la... Sebab kita nak nama kita balik!

Saya: Tu cikgu bagi free je... kenapa nak kena bayar kat dia?

Faris: Tah tak tau... dia ambil nama kita... lepas tu dia cakap kalau kita tak bagi duit, dia tak nak bagi nama kita... nanti cam mana kalau kita sorang je tak de nama?!

Ni la budak yang kena pau tu :p
Saya?!?!?!? Confuse + terkejut... Oh no, Faris kena pau!!! Ye la... Badan Faris besar dan sedap gitu ada juga orang nak pau dia.... Lepas tu saya tergelak... terus Whatsapp encik hubby.

Encik hubby balik kerja tu, macam-macam dia tanya Faris... Terpaksa la Faris cerita A-Z balik... Tapi lepas tu, encik hubby ajar cara nak cakap kalau lepas-lepas ni ada lagi budak nak pau Faris... Tapi saya tetap gelak...!!!  (>_<)


Nota kaki: Saya rasa benda ni kelakar, tapi sebenarnya... kalau budaya macam ni berterusan akan jadi tak baik pula nanti pada kawan-kawan yang lain... atau junior akan datang... Kesian juga kat Faris... dia masih belum serasi dengan environment sekolah, sekali kena pau pulak!! Alahai, anak omak!

* * * 
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


17 comments:

  1. Haha! Kesian Faris.. Hmm teringat pulak masa saya kena pau darjah satu dulu.. =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada pengalaman yang sama juga yea... hehehe

      Delete
  2. Ada juga yang berani pau Faris… tapi mesti dia tak tahu yg sebenarnya dia kena pau, kan?
    Bagus papa beri nasihat… harapnya lepas ni dia lebih pandai handle the situation :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la nur... first time dia kena pau... and dia xtau pun dia kena pau... siap ckp kat saya... "pau tu apa? macam kuih yang abah beli warna putih tu ke?" hehehehe

      Delete
  3. Adoiii...hahaha...kesian pulak niesa baca...kecik2 dh kena pau..tp xboleh dibiarkan jgak tu kan kak...

    ReplyDelete
  4. sian faris...x pe..pengajaran pertama.. lps ni kena berhati2 ya

    ReplyDelete
  5. kesian faris... baru kenal skolah dh kena camtu..hehe..sy stuju pendapat nora,kelakar tp budaya ni mmg tk elok....kesian budak2 yg kena...

    ReplyDelete
  6. laa biar betoi.. ada jugak budak yg pau.. padahal baru je sekolah kan kak.. kira muda lagi la dia.. tapi dah tahu pasal pau mengepau ni... risau kan zaman sekrang.. camne lah nanti anak2 saya.. belum sekolah lagi pun saya dah risau.. hehhe

    ReplyDelete
  7. Faris diajarkan beladiri aja kak
    biar faris bisa hajar tu budak
    hehehe

    ReplyDelete
  8. tak kelakar bg saya, kalau saya.. pegi balik skolah jumpa budak yg katanya kawan tu.hahaha

    ReplyDelete
  9. another side risau klu terjadi yang lebih lagi... ni baru skit..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Harap situasi ini tk berterusanlahkan...nmpk mcm kelakar tp kalau bkn faris sorg yg kena,macamana ye...?hrp selepas ini faris blh mempertahankan dirinya....

    ReplyDelete
  11. Siannya Faris. So far kimi tak der plak mengadu.

    ReplyDelete
  12. hahaha....lucu plak crta ni... ni cara lain nak phow.... lpsni ajar faris jdi gengster skit...bru tak kna phow...

    ReplyDelete
  13. laaa kena paw pulak..lepas ni kena garang cikit la..biar kawan takut nak paw..heheheh

    ReplyDelete
  14. saya teringat zaman saya sekolah dulu pula
    ada budak senior tunggu dalam toilet
    lepas tu diorang siap cubit kalau tak bagi duit
    cai faris ye, tak apa memula tu
    nanti dia berjay mengharungi juga =)

    ReplyDelete
  15. Kecik² dah pandai mengepau orang. Apa la kan. Kesian Faris.

    ZH Blogger

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...