Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, January 24, 2014

Zikir Sebelum Tidur

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam penghulu hari (Jumaat),

 Ayuh berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:


Apabila Rasulullah SAW mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu dibacakan:

a) Surah al-Ikhlas
b) Surah al-Alaq
c) Surah al-Nas

Ditiup pada kedua tapak tangan, dan Baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (Riwayat al-Bukhari no.5017, Muslim no. 2192)

DOA TIDUR:
 Maksudnya: "Dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan mati".


DOA BANGUN TIDUR:

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkan--Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan".


DOA APABILA KETAKUTAN DALAM TIDUR

Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksa-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku).



Nota kaki: Berzikirlah Subnanallah (33x), Alhamdulillah (33x)dan Allahuakbar (33x). Dan teruskan beristighfar sehingga terlelap...

7 comments:

  1. semoga zikir-zikir ni menjadi amalan sebelum terlena..insyaallah..:)
    thanks nora for this info :)

    ReplyDelete
  2. Thanks kak share..niesa sll kalau xleh tdo mmg akan dnga zikir smpai tertdo..sambil dnga tu la berzikir sekali...hehe...salam jumaat... :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi ilmu... insyaAllah akan di amalkan..:)

    ReplyDelete
  4. trm kasih kongsi ilmu yg bmanfaat ni...
    boleh dijadikn amalan rutin sebelum tidur..:)

    ReplyDelete
  5. moga jadi amalan kite setiap hari tanpa culas...in sha Allah....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...