Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, January 12, 2014

Seminggu Kelelahan...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seminggu yang cukup mencabar buat saya... Kelelahan melayan karenah anak-anak yang baru memulakan persekolahan... Darjah 1 buat Adam Faris... dan Tadika buat Alisya Farha yang berusia 4 tahun... dan sifat yang sangat berbeza antara keduanya... 

Saya masih belum ada masa yang tetap untuk jadual terbaru saya... Sana sini masih lagi kelam kabut... Lagaknya masih belum boleh mengatur jadual dengan sempurna... 

Secara ringkasnya ini adalah waktu saya perlu menghantar dan mengambil kedua AF saya dari/ke sekolah:

7.10 pagi - Faris masuk sekolah (biasanya encik hubby yang akan hantar, sementara saya siapkan Alisya...)

8.00 pagi - Alisya masuk tadika (untuk seminggu yang lepas saya kena ikut atas permintaan Alisya)

12.00 tengah hari - Alisya habis tadika.

12.35 tengah hari - Faris keluar sekolah (untuk seminggu yang lepas... bermula minggu depan Faris habis sekolah 1.05 petang)

2.15 petang - hantar Faris ke sekolah agama.

6.00 petang - Faris balik sekolah agama hari Isnin - Rabu (Khamis dan Jumaat Faris mengaji di Tadika lamanya bermula jam 2.30 - 4.30 petang...)

Dapat bayangkan tak macam mana jadual saya untuk mengemas, memasak dan membasuh/sidai/angkat/lipat kain serta lain-lain kerja rumah?!?! 

Blog memang saya tak sempat jenguk minggu lepas... Tengok kejap-kejap je dari skrin kecil handphone saya... Mudah-mudahan saya dapat aturkan segalanya dengan baik by next week.

Kisah seminggu yang lepas... 

Adam Faris: Setiap pagi akan 'sakit perut', muntah dan cuba mengelak untuk ke sekolah... (baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama) sampai sekolah menangis... 

Aduhai... macam-macam yang saya dan encik hubby buat..Terpaksa bawa makan fast food, jalan-jalan, beli mainan dan macam-macamlah permintaannya...

Encik hubby akan tunggu di depan pagar sekolah sehingga perhimpunan sekolahnya selesai... Bila dia dah masuk sekolah baru encik hubby balik. 

Hari kedua sekolah, encik hubby belikan Iron Man sebagai umpan supaya dia tak menangis lagi di sekolah... Tapi tak menjadi sebab hari ketiga dan keempat dia masih menangis. 

Hari keempat dia request untuk dibelikan jam tangan... Saya cakap, hari Sabtu saya akan belikan jika dia tak menangis lagi...

Hari kelima sebelum ke sekolah, saya cakap kalau dia pergi sekolah dan tak menangis, saya akan bawa dia ke taman... Deal... Dia tak menangis dan saya tunaikan janji... Minggu depan tak tahu la macam mana...

Semalam saya dah belikan jam tangan untuknya dan buat heart to heart discussion dengannya... Hasil dari discussion tu nampak macam dia dah mula faham kenapa dia perlu ke sekolah... (Harap-harap begitu la...)

Alisya Farha: Hari pertama tadika dia sangat excited... Lepas dah salam terus masuk sekolah tak toleh saya lagi... Saya dan encik hubby tunggu juga takut kalau-kalau dia menangis... Tapi tak de pun... Lalu kami pun beredar... Masa jemput dia, cikgu cakap Alisya menangis sekejap sebab tiba-tiba teringatkan saya... Dia tanya cikgu, "mana mama?" Alahai...

Hari kedua, dia menangis kuat masa saya hantar dia ke tadika... puas pujuk... menitik-nitik air mata... Kesian pula... saya peluk dia erat-erat dan cakap saya akan datang pukul 12.00... Cikgu cakap, lepas saya balik tu... dia berhenti menangis... encik hubby belikan mainan Hello Kitty untuk dia... Juga sebagai umpan agar tak menangis lagi...

Alhamdulillah Alisya memang tak menangis lagi sejak dapat mainan Hello Kitty tu... Cikgu pun selalu puji, kata Alisya cepat dapat apa yang diajar...

Alisya memang tak banyak karenah di tadika... yang penting saya mesti hantar dan jemput dia balik... 

Dan untuk seminggu yang pertama, macam-macam cerita yang saya kena dengar sepanjang hari... Alisya asyik bercerita tentang Adibah, Iman dan Afina... 

Manakala Faris bercerita tentang cikgu-cikgunya... (setakat minggu lepas, Faris masih belum ada kawan... sebab tak de nama kawan yang disebut lagi...) sehinggalah mereka terlelap jam 9.30 malam... 

Cerita tentang sekolah, kawan dan apa yang dibelajar di sekolah dah jadi bedtime story untuk saya... sebab saya pun akan terlelap bila mereka terlelap... :P


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


10 comments:

  1. wahh..padatnya jadual awak..kagum denga ketabahan awak and husband urus anak. Saya juga punya anak kecil berusia 10 tahun hingga 5 tahun yang bersekolah.Memandangkan saya juga bekerja, maka sejak awal bersekolah tadika, saya dan suami latih anak-anak urus diri sendiri seperti keluarkan baju kotor dari beg, isi air dalam botol minuman sendiri, kemas beg sekolah sendiri dan siapkan kerja sekolah tanpa disuruh atau tanya.Mula-mula memang susah, tetapi bila sudah dilatih dan biasa sejak hari pertama sekolah, insyAllah anak-anak akan berdikari. Jangan biasakan upah anak-anak dengan barang mainan, ia akan jadi kebiasaan dn anak-anak akn sengaja buat hal utk dapat sesuatu..skadar perkongsian..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.... bukan selalu boleh bagi mainan sebagai umpan... :) thanks sharing...

      Delete
  2. next week will be good week untuk kalian sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. macam2 ragam yeaaa si kecik nii. hehe. semoga akak dpt atur jadual dengan baik yeaa. cayok supermom!

    ReplyDelete
  4. Cmel je faris nangis..haha...semoga dipermudahkan segala urusan ye kak..selamat berhujung minggu.. :)

    ReplyDelete
  5. alahai kenapa faris nangis?kt rumah faris ni mmg manja ke?tanya tak dia kenapa tak nak pegi sekolah?kadang2 mungkin ada benda yg dia tak suka kt sekolah tu..alisya ok la makan umpan..macam faris tu kena byk psiko dia kot sbb mainan semua tak jalan nti klu selaku disogok dengan mainan jadi mudarat pulak..

    sama la kita tak dpt carik tune lagi dengan kesibukan yg melanda.semoga dipermudahkan kita dlm menguruskan anak2 yg bersekolah..

    ReplyDelete
  6. Memang ada jenis budak yg gitu NK.....kalau tak bernasib baik ada jugak yg mengambil masa yg lama utk pulih tau....tapi Faris insyaallah ok kot......doa ajelah...

    ReplyDelete
  7. Sejak anak darjah 1 ni, jadual saya pon berubah. Hari2 skang buat bekal utk anak. Makanan kat kantin skolah mahal sgt.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...