Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, April 06, 2011

Akhirnya HEMPEDU Dibuang...

*** Entry updated 12/12/13 ***


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua rakan blogger yang singgah di blog saya tanpa ada pembaharuan post... Saya berehat setelah selesai operation pada 27 Mac 2011. InsyaAllah, selepas ini saya boleh menulis semula... Yey!! Rindu sangat-sangat pada anda semua...

Entri kali ini agak sedih & pada saya mencemaskan.. Ya, bagaimana kehidupan saya selepas ni? Hempedu saya di BUANG!!

Inilah pengalaman yang terpaksa saya lalui, bermula 21/3, (malah seminggu sebelum lagi) perut saya rasa tidak sedap.. Adakalanya terasa macam gastrik, adakalanya pula terasa sebu... Tidak pernah terfikir akan penyakit yang pernah diberitahu oleh doctor iaitu batu karang dalam hempedu akan berulang... kerana pada fikiran saya, penyakit itu akan berulang mungkin 3-4 tahun lagi, memandangkan batu-batu itu kecil dan tidak banyak..

Gambar kiri: 6 biji batu karang dikeluarkan.
Sungguh saya tak sangka, hanya dalam tempoh 7 bulan ia menyerang kembali.. Cuma kali ini sedikit berbeza. Seolah memberi klu, saya gastrik pada 21/3: lalu saya mendapatkan rawatan di klinik dan disuntik dgn ubat gastrik & diberikan MC.

Keesokkan harinya 22/3: saya mengalami demam panas, badan menggigil kesejukkan, sendi-sendi semuanya sakit, saya tak berdaya untuk berdiri lama. Lalu saya ke klinik yang sama semula, kerana terfikir terkena demam denggi. Diberikan MC selama 2 hari.

Tetapi pada malam 23/3: saya seperti kena gastrik semula, malah kali ini sakitnya sampai ke bahagian kanan belakang badan. Tidak cukup dengan itu, warna urine saya seakan merah darah. Saya cemas! Melihatkan keadaan saya, lalu en hubby mengajak saya ke hospital pakar..

"Ya benar, penyakit batu hempedu awak menyerang kembali! Tapi awak bertuah kerana hanya berguling & tidak dimasukkan ke ICU!"

Begitulah ayat yg diberikan oleh doktor.. Doktor menyarankan saya menjalankan operation membuang batu hempedu. "Hah?!?! Buang hempedu? Habis tu macam mana kehidupan saya lepas ni?"

"Macam biasa!" Itulah jawapan ringkas dari doktor berkenaan.. Sambil otak saya ligat memikirkan anak-anak.. Lebih-lebih lagi pada Alisya yg masih lagi fully breastfeed.

"Macam mana kalau saya tak nak buat lagi operation tu?"
"Terpulang pada awak. Cuma awak kena ingat, hari ni mungkin nasib awak baik sebab saya jumpa awak di sini (merujuk kepada wad biasa), bukan ICU."

Setelah berbincang dengan en hubby, akhirnya kami memutuskan untuk saya menjalani pembedahan. Pada 26/3: saya menjalani 'minor operation' membesarkan saluran hati + mengeluarkan batu karang yang tersumbat di dalam saluran tersebut. Prosedur ini dipanggil sebagai Endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP). 


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... setelah saluran hati dibuka, perut saya rasa lebih selesa... Setelah ERCP, saya sangat lapar (3 hari sebelum itu, saya langsung tiada selera makan...). Dapat juga saya habiskan separuh bubur nasi + ikan bakar.

Credit to Kak Pura: Setelah selesai operation.  







Pada 27/3: Saya  sangat berdebar-debar untuk menjalani pembedahan membuang batu hempedu. Prosedur ini pula dipanggil laparaskopik (saya sempat surf internet dan membaca pelbagai informasi tentang laparaskopik) Yea... mujur saja phone yang dihadiahkan oleh en hubby berguna pada saat-saat kecemasan ni...  

Saya mula mengumpulkan maklumat dan kekuatan untuk menghadapi pembedahan ini... Ternyata ramai juga rakan-rakan blogger yang telah menjalani operation membuang hempedu ni... sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak keseorangan... serius takut nak operate!! last operation dulu tahun 2001 -operate apendiks... Sebanyak 6 biji batu karang yang dikeluarkan dari operation tersebut... dan hempedu di bawa ke makmal untuk ujian lanjut.

Pada 28/3: Saya telah dibenarkan pulang oleh doktor... takut juga duduk di rumah... maklum la... kalau di hospital, boleh tekan button panggil nurse... kalau jadi apa-apa di rumah... cuak juga... Apa yang paling saya takut adalah kalau tersalah makan... tapi bak kata doktor: 

"Awak nak makan apa, makan je... tak de masalah... Apa je yang husband awak makan, awak boleh makan juga..."  

Tapi saya takut juga... 3-5 hari pertama mmg makan bubur + ikan tenggiri je... minum pun air suam je...

Saya warded 5 hari 4 malam, dan dalam tempoh itu juga, Alisya terpaksa tinggal dengan pengasuhnya. Kesian Alisya... Hasrat saya untuk menyusukan Alisya sepenuhnya sehingga umurnya 2 tahun seakan tidak kesampaian... Mungkin kerana ubat-ubatan yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh 5 hari ini menyebabkan susu kurang... Namun begitu saya masih belum berputus asa... 

4/4: Saya berkunjung semula ke Kuantan Specialist untuk membuka jahitan dan dressing... Alhamdulillah, semuanya kelihatan baik.. dan saya diberi MC sehingga 8/4 ini.. uish... lamanya tinggal kelas... kesian students... :-( doktor memaklumkan hempedu saya dijangkiti kuman dan terdapat beberapa biji lagi batu karang di hempedu tersebut.

Alhamdulillah, kini seminggu telah berlalu... dan saya semakin sihat... Moga selepas ni saya tidak jatuh sakit lagi... Amin... Kepada mereka yang sudi menziarah saya di hospital, terima kasih banyak-banyak: Kak Pura, Yap, Kak Zimah, Kak Nana, Kak Sara, Ieta, Maisarah, Mak Chu & Uda (Pengasuh Alisya), Diana, Aishah, Khaizal, Khalil, Nazrol, Amin dan Muiz... Diana SOST dan tidak lupa juga Puan Aishah... Terima kasih banyak-banyak... 

Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan Facebook dan blogger dan semua yang sudi mendoakan saya agar cepat sembuh... Sayang anda semua... Moga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki dan kesihatan buat anda semua... InsyaAllah... 

Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Amalan Selepas Buang Hempedu
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan

Untuk bacaan lanjut:

56 comments:

  1. k.nora, br tau cerita k.nora.. semoga semuanya ok lps ni.. take care..

    ReplyDelete
  2. owww.. ksian kak.. semua pnyakit datang dr Allah swt,tiada tangan y mmpu mnghalang pemberian nikmat maupun ujian kepada hambaNya.. redha,insyaAllah akan sihat sperti biasa.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks wani... insyaAllah selepas ni semuanya baik2 aja... :-)

    Ibnusyukran: akak redha dengan apa yg berlaku... & penyakitkan penghapus dosa... :-D & biasanya kalau kita dah sakit ni baru la kita menghargai hidup.. ye kan?

    ReplyDelete
  4. semangat madam!!!
    sorry nak melawat tapi tak berkesempatan....

    ReplyDelete
  5. ema: thanks... tak pe... insyaAllah saya dah ok... next week insyaAllah saya masuk keje semula seperti biasa... doakan saya... :D

    ReplyDelete
  6. salam...

    sy pun dah 6 bulan membuang hempedu...
    skrg masalahnye perut jadi buncit n berat badan naik bagai dipam-pam...
    mmg akan jadi mcm ni ke yek ?

    ReplyDelete
  7. saya pun tak sure... saya baru sebulan buang hempedu... tapi mmg saya perasan perut buncit... tapi berat badan saya tak la naik, masih mcm biasa...

    masa awak dulu... doktor ada ckp tak ada apa2 yang tak boleh dimakan?

    ReplyDelete
  8. salam....

    DR just pesan kurangkn makanan yg lemak2 n minyak2....
    Ikutkn mmg kite sgt kurang mkn menda2 mcm tu...sbb time sebulan lepas operate saje ngetest mkn kuih2 raya kat umah pengantin...
    mlm tu gak muntah2 ngn angin dok pusing2 kat perut...

    ReplyDelete
  9. salam... hm... lepas saya operation hari tu, doktor cakap makan tak de pantang... saya boleh mkn apa je yg saya suka... tp saya takut juga... saya akan mkn dlm kuantiti yg sedikit, tapi kerap...

    alhamdulillah setakat ni saya tak de la sampai muntah2 kalau mkn apa2... saya juga amalkan makan epal hijau sebiji setiap hari... saya minum air suam pula lebih kurang 3L sehari... mungkin awak boleh cuba... sebab setakat ni, berat badan saya ok...

    doktor ada tak suruh awak dtg semula untuk check up? doktor saya tak ckp apa2 pun... saya pula yg risau, sbb org kata kalau dah buang hempedu, kena check up setiap 3 bulan sekali... hm...

    ReplyDelete
  10. mak saya pn mcm akak jgk.. hemnpedu di buang sbb ada 15 biji batu karang.. smoga kak cepat sembuh dan take care..

    ReplyDelete
  11. MyHeartMySoul - tq.. dah berapa lama mak operate buang hempedu? mak sihat sekarang?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, mak saya pun baru buang hempedu 2 bln lepas, tp dia buat pembedahan, buang terus keseluruhan hempedu sbb dh bengkak & batu pun dh besar sebesar bijik asam boy. selepas 2 minggu pembedahan, mak sy ade follow-up check up. luka pembedahan ok, makin pulih.

    cuma sekarang ni, dia asik sakit2 kt bawah perut dia. sy tak tau nk terangkn mcm mane, tp itu yg mak sy terangkan. akak ade rs sakit spt itu ke selepas 2 bln jalani pembedahan?

    -anak yg risau

    ReplyDelete
  13. wa'alaikumsalam plainmum... akak pun buang keseluruhan hempedu... sekarang dah masuk bulan ke-4 lepas operation. Akak ada buat entry khas untuk plainmum... moga sedikit sebanyak ia dapat membantu...

    ReplyDelete
  14. salam madam,baru sempat baca blog2 madam..madam jaga la kesihatan..saya paham perasaan orang nak kena operate ni..hehhe..saya pon 3 kali masuk dewan bedah..nasib baik minor operate je..madam jaga diri ye..kem salam pada sume..sayang madam n hope madam tak lupe saya..<3

    ReplyDelete
  15. Salam Mariah... Alhamdulillah sekarang dah sihat... moga lepas2 ni pun sihat juga... Thanks... awak pun kena jaga diri... sakit sikit2 pegi klinik juga... kalau tak 3/4 kali masuk operation theater...

    ReplyDelete
  16. boleh saya tahu link facebook puan? Saya nak tahu lebih lanjut pengalaman puan bila dibuang hempedu. Ada beberapa soalan yang saya nak tanyakan. Saya harap respon yang cepat daripada puan kerana saya sudah kekurangan masa. harap puan dapat berikan link fb puan secepat mungkin .

    ReplyDelete
  17. @cik princess: boleh hantar msg ke FB saya di http://www.facebook.com/norafizah saya akan cuba bantu mana yg boleh... :-)

    ReplyDelete
  18. hye madam nora...diana (ex-DEL)igt saye lagi x?rupe saye?saye rindu ikip..sye rindu sume lec yg byk mgajar saye kat ikip ktn..always miss all ikip friend n lecturer..

    ReplyDelete
  19. baru pas buang hempedu 6th august 2012 ritu.. tgh berpntang la ni..huhu... risau nk mkn ape..ngidam segala2 nyer..huhu..sedey muda2 dah xde hempedu =( .. my sis nurse dia kata xde ape..hempedu tu aksesori lam badan je..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Fida... selamat berpantang... jaga diri baik2... nanti akak share apa yg akak makan lepas operation yea...

      Delete
  20. Terkesima seketika pabila sy go through entri yg ini.. bertapa lalainya sy dlm memanjat syukur kpd dia yg 1 kerana tidak ada dugaan yg berat spt ini. Syukur pada Allah yg telah menemukan sy dgn Pn walau sekadar melalui blog, dr Pn juga lh sy mengikuti kisah2 kehidupan susah senang mereka2 yg tidak pernah sy terfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2, sebab sudi nak baca entri2 lama saya... moga kita terus dikurniakan kesihatan dan berada di bawah lindunganNya... Amin...

      Delete
  21. salam puan, saya baru disahkan mempunyai batu dlm hempedu, saya juga baru melahirkan anak 3 bln lalu. Saya risau jika pembedahan dilakukan baby akan terpaksa berhenti menyusu badan. Adakah puan masih menyusukan anak puan dan berapa lama proses penyembuhan selepas operation? Bolehkah kita menguruskan baby slps operation. Terima kasih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam... puan, susu memang akan berkurangan kerana kita sendiri terpaksa mengambil ubat2an... sepanjang saya warded, 2 kali saya diberikan steroid... kerana tidak tahan menanggung sakit...

      tapi apa yang saya buat, saya pam juga susu, agar sentiasa ada demand... insyaAllah kalau kita kekalkan sesi mengepam, susu tetap ada... sehingga kita selesai operation.

      kalau dengan kaedah laparaskopik... kita boleh menguruskan anak sebaik sahaja selesai pembedahah... moga segala urusan puan dipermudahkan... nanti saya akan update satu entri pasal ni ya... insyaAllah...

      Delete
    2. Sis,,slepas buang ada dpt diarhhea tak..saya pun ada, dpt ksan sjak 2010 ttpmdktor kata tk perlu buang. Sjak minggu lps, saya alami ksakitan sbyak 3 hari dan jumaat lps skali. Doktor kata risiko diarhea slps buang 90 peratus, sbb tu saya tkmo buang. Need ur opinion sbb dah experiance..

      Delete
    3. lyeza... alhamdulillah saya tidak pula mengalami diarrhea... doktor ada bagitahu kaedah pembedahan tak? sbb seingat saya... doktor yang melakukan pembedahan ke atas saya tu kata, buang hempedu dengan kaedah laparaskopik tu tak de effect langsung... mungkin lyeza boleh tanya semula pada doktor kaeadah pembedahan..

      Delete
  22. salam ..sy bru saja membuat pembedahan buang pundi hempedu ( selasa depan genap sebln)..disini sy ingin bertanya..berapa lamakah utk luka pembedahan sembuh sepenuhnya..? dan bilakah waktu yg sesuai utk mandi/ basahkan tempat luka pembedahan..? adakah sakit kalau terkena air..( sbab sampai sekrg..sy blum basahkan tempat jahitan,)paling menyedihkan..sampai sekrg sy masih blom boleh bangun sendiri (dr katil) bkn kerana sakit..tp lebih kpd takut..takut luka sakit balik..takut luka terkoyak la..lagi satu puan..bila patut sy makan seperti biasa..tunggu satu bulan atau tunggu luka jahitan btul2 sembuh atau mcmana..(utk pengetahuan puan..sekrg ni sy cuma mkn biskut dgn air milo/tea..bubur satu mggu satu kali je..) sy minta jasa baik puan..tlg reply secepatnya yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Luka 4 tebukan di perut saya sembuh sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang sebulan. Pada minggu yang ketiga, saya dah mandi seperti biasa... (setelah doktor menanggalkan dressing) dan alhamdulillah luka tidak sakit apabila terkena air.

      Walaupun kita menjalani pembedahan, kita kena bergerak seperti biasa secara perlahan-lahan. Jangan takut untuk bergerak... kalau takut luka dalam, better minum pati ikan haruan... supaya luka cepat sembuh...

      Kenapa mkn bubur seminggu sekali je? Doktor suruh ke? Boleh makan bubur+ikan tengiri/ikan bilis... makan sikit dan kerap... Nasi pun sepatutnya dah boleh makan... Makan nasi bersama sup ayam/sup sayur... insyaAllah luka pun cepat sembuh...

      Delete
    2. boleh email saya di nora1404@yahoo.com jika masih perlukan apa2 pandangan.... insyaAllah saya bantu mana yang patut...

      Delete
  23. Salam Pn.

    Sy pun dah buat operation buang hempedu 4 thn lepas . Masa sy kena dulu doc ckp hati sy bengkak dan saluran hempedu tersumbat . Bila dah buat operation alhamdulillah okay . Tp sejak dua menjak ni , hati sy mcm mula skt blk . Adakah penyakit ni boleh jd lg atau pun sbb sy tak control mkn ? Dan satu lg , masa Pn. buat operation tu , fully bius ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam... seperti yg doktor beritahu saya... Peratus kemungkinan penyakit ini jadi semula adalah tipis... Namun, jika kita mengamalkan cara pemakanan yg tidak seimbang, mengambil makanan dlm kuantiti yg banyak... peratusan kemungkinan menjadi tinggi... Apapun, cuba banyakkan minum air suam dan banyakkan rehat... moga kesihatan 23 lebih baik...

      ya, saya ambil gas utk fully bius ketika operation...

      Delete
  24. Kalau hempedu dah di buang, peratus kemungkinan tinggi utk jd semula tu maksud Pn. berkaitan dgn hati/jantung yg bermasalah ke ?

    Sy pun fully bius . Ada tak Pn. rasa apa2 perbezaan selepas dah operate ? I mean kesan sampingan kpd fully bius tu . Mcm tak boleh berdiri lama skt tulang blakang or ingatan semakin kurang ? Sy try cari dan tanya doc, tp doc kata semua tu tak berkaitan dgn fully bius . Tp bila sy tanya aunt sy yg juga penah fully bius, dia mengalami benda yg sama . *confius*

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak.... tak de kena mengena dengan hati/jantung... yg saya maksudkan adalah batu karang mungkin akan terbentuk semula dalam badan kita... cuma peratusnya sedikit, kalau kita lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang kita ambil...

      contohnya: kurangkan pengambilan santan or better tukar terus santan tu kepada susu cair atau susu segar... daripada ambil susu pekat, tukarkan kepada susu segar... banyakkan pengambilan serat/fiber... agar toksin dalam badan dapat dikeluarkan dan mengurangkan peratusan batu karang terbentuk lagi...

      alhamdulillah sehingga ke hari ni... saya tak pula mengalami masalah sakit belakang atau pelupa yang 23 hadapi tu... er... 23 buat open operation ke dulu? atau kaedah tebuk?

      Apa pun 23 please take care ya... kalau sakit belakang sangat... better buat full medical check up...

      ***oh ya... tak perlu la panggil saya Puan... Panggil nora je :D ***

      Delete
  25. Ooo maknanya batu dlm hempedu tu bole jd balik la kalau kita tak control mkn ? Ingatkan da lps 3 thn bole mkn apa2 je . Hmm, Mungkin toksin dlm badan byk kot . Sbb tanda2 n jaundice mcm nak ada blk *risau plak* Kalau terjd lg, adakah risikonya tggi ? Bole bwk maut ke penyakit ni ? :( *tanya mcm akak ni doc plak* hehehe

    Sy dua2, minor and major operation. Masa operation tu 8jam . Lepas operation, sy kena buat physiotherapy selama 2mggu . Sy active bnda lasak, tp lps operation bila buat activity mcm jungle trekking ke mesti lama2 nnt sakit lutut . Tak tau la effect ubat bius tu ke apa . Sbb sy bru nk msk 26thn, tp da mcm org umur 40an plak rasa sng lenguh2 bdn :( haha

    Hehe mcm tu sy pggl "akak" la . okay kan? Tehee :)

    Kalau akak tak kisah akak email sy la. sng sikit . -placidlyric23@yahoo.com

    TQ Kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi balik, kalau kita tak jaga makan dan bersenam. Jadi kena kawal makan juga atau dalam erti kata lain, amalkan gaya hidup sihat. InsyaAllah kita baik-baik saja. Amin...

      Delete
  26. Assalam.. pn sy 3.9 operation hmpedu.. sy dpt mc 2 mggu tu pn sy ygntak lma ckit cz dktor 2 ckp dlm smggu dh ok.. tp smpai skrg sy msih x ok lg.. sy prgi klinik utk smbung mc dktor tu ckp luka sy dh ok sdgkn sy msih xlrt lg nk jln.. skrg pas msuk kje kesan kt tmpt yg d tebuk tu skit.. utk pengetahuan pn sy bkerja d smpadan singapore so ari2 kje sy mengecop sy rse maybe kerana gegaran mengecop sy jd skit kt tmpt yg d tbuk ni.. sy bntu cz nk g klinik utk smbung mc msti xdpt sdgkn sy blum puluh sepnhnye.. sdih sgt2 rsenye..

    ReplyDelete
  27. As salam nora anak saya baru berusia 14 tahun..tapi ada batu dalam hempedu..kalau usia yang muda ada tak alternatif lain selain daripada pembedahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam,

      Sebelum saya menjalani pembedahan, saya ada mencuba perubatan dan rawatan homeopati... Kalau ada kesempatan boleh la cuba kaedah homeopati...

      Delete
  28. Salam sis..sy baru jumpa blog u ekoran disahkan hempedu sy sedikit abnormal..tp doktor xdpt tahu apa bnda tu...tp dinding hempedu belah atas sdikit tebal...trpksa jumpa pakar nnti....lps bc blog sis sy rs lega skit..
    Sy dok rasa prot mcm ada angin...mcm gastrik...lpastu sakit d ari2...kdg2 xsakit...tp prot mmg sebu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam... sebu perut tu mmg salah satu simptom batu hempedu... boleh dapatkan rawatan pakar... moga Allah permudahkan segala urusan rawatan dan pemeriksaan sis... take care ya..

      Delete
  29. Sy baru 2 mnggu wt operation buang hmpedu...nk tny la sakit pada pusat kite sbb kna tebuk ni bila blh elok sepenuhnye ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada tuan empunya badan... macam saya dulu 2 minggu tu lepas buka jahitan, dah elok kering...

      Delete
  30. saya puna ada batu dlm hempedu..semalam jmpa pakar bedah ..dia suruh saya pilih ..samada bk operate kah nak pantau sahaja..saya takut..xtahu nak buat kptsn...ada dua batu satu kecil n satu besar saiz 1.4cm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg doktor suggest?!

      Kalau sakit berterusan, pada saya baik operate dan buang... kalau tak berapa sakit, bolehlah cuba rawatan alternatif dulu..

      Delete
  31. Puan Nora, boleh add saya kat facebook? Saya try cari awak tk dapat..
    Rozlin Zaibidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada PM Puan. Mohon check other folder Messenger Puan yea... (^_^)

      Delete
  32. puan saya cuba cari FB puan tp tak dapat..Minta add saya di FB..Juwariyah Ahmad

    ReplyDelete
  33. salam sis nora. saya dh buang hempedu sya. nak tanya berapa lama ya pantang xboleh mkn benda yang bminyak dan seafood?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak de pantang pun bak kata doktor saya dulu. Saya pantang sendiri sebab takut kalau tersalah makan.

      Lepas sebulan operate saya dah ambil makanan berminyak dan seafood. Tapi dalam kuantiti yang sedikit.

      Cuba dulu sikit-sikit, kalau rasa sebu atau tak selesa perut, maka elakkan dulu.

      Yan penting minum banyak air suam.

      Syafakillah. Take care yea.

      Delete
  34. Salam sis nora..sy pon bru 2 mggu buang pundi hempedu secara belah perut..ada 18 batu semuanya..esok bru bkk jahitan..takat ni alhamdulillah..luka kering..utk yg ada simptom yg sama..better pgi cek cpt..insyaallah..cpt kita tau..kita xrasa sakit yg teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah, moga semuanya baik-baik saja. Betul tu, kalau ada apa-apa simptom, terus rujuk pada doktor. InsyaAllah, baru kita rasa lega betul tak?

      Jaga diri tau.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...