Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, April 11, 2011

Seronok naik kerja semula... heee..

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Hari ni hari pertama saya bekerja setelah 3 minggu bercuti.. Wah, saya sgt excited utk dtg bekerja krn bosan berbaring di rumah... Ye la, kalau di office ada jugak kerja yg nak di buat, pastu ada juga kawan-kawan yg boleh diajak berborak.. Release la jugak tension... berbeza dgn duduk di rumah.. *mungkin sbb saya dah biasa bekerja, dan x biasa duduk di rumah lama2*

Ada 1 hari ketika saya betul2 tension duduk di rumah, saya call kakak saya *yg telah sethn lebih menjadi surirumah sepenuh masa setelah kelahiran anak sulungnya*

"Wei boringnya aku duduk rumah... Mcm mana kau boleh jadi surirumah ha? Aku baru seminggu dah boring giler!" keluh saya setelah berbalas salam. *eh dah mcm novel dah ayat nie.. Hahaha*

"La, kau buat la keje2 rumah, nyapu, sidai kain, lipat baju, masak..." balas kakak saya.

"Aku dah buat semua tu... Lamanya nak tunggu petang... Xsabar nak jumpa budak2" *merujuk kpd anak2 (faris & alisya)*

"Kau tgk la tv..." cadang kakak saya lagi..

"Semua channel aku dah tgk... Jemu dah... Aku rasa nak nangis dah duduk kat rumah cam gini." Tiba2 dgr kakak saya ketawa di hujung talian.

"Apesal ko gelak?"

"Kelakar la kau ni... Kau kan sakit, baru lepas operation... Kau pegi la tidur... Kalau tidur, xperasan masa berjalan"

"Aku dah penat baring la.. Nak lelap mata pun x boleh... Bukan boleh ngiring, bukan boleh niarap. Aku xtau la mcm mana kau boleh jadi surirumah!"

"Kau tu dah biasa bekerja, sbb tu la kau terasa... Aku ni selain jadi surirumah aku jaga Uwais... *merujuk kepada anak sulungnya* So xde la rasa masa tu panjang sgt... Buat keje rumah, sambil jaga uwais & tgk tv. Cepat je masa berlalu," panjang lebar kakak saya menjelaskan.

"Ish, xtau la aku cam mana kalau pindah KL nanti... Mati akal la aku duduk kat rumah..."

Begitu la lbh krg perbualan kami yg berlangsung selama hampir setengah jam... *termasuk cerita2 lain selain perbualan di atas, maklum la, kami dah lama x jumpa...*

Hm, nampak gayanya kena la saya fikir apa nak dibuat di rumah kalau ikut en hubby berpindah semula ke KL... Mati akal juga duduk di rumah x buat apa2. Tapi betul juga kata kakak saya, kalau dah bersilat dgn anak2, buat keje2 surirumah, mesti x perasan masa berlalu!

Oklah, saya berhenti di sini dulu... Nanti saya tulis lagi... Bye!

Oh ya... Masa saya smpi di office, ada hadiah dr Ieta dan Marhana.. :p Tq... ayat kat dalam kad kecik tu yg tak tahan... "Kak Nora, Welcome back... Amalkan gaya hidup yang sihat..." :P

P/s: seronoknya masuk keje, tapi xtau nak mula kat mana.. Maklum la dah 3 minggu tinggal kelas... Haih!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...