Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Ramadhan semakin hampir... maka ramailah dikalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak secara eksklusif risau jika susu mereka akan berkurangan. Malah ada juga yang plan nak puasa selang sehari... Opppsss... Anda tak perlu buat begitu... malah anda tak perlu risau... sebab susu memang tidak akan berkurangan walaupun anda berpuasa... malah mungkin akan berganda jika anda menjalankan ibadah puasa itu dengan betul.
Bagaimana saya menjalankan ibadah puasa ketika menyusukan Alisya dua tahun lalu?
1. Bangun sahur lebih awal - bangun sahur lebih awal dan minum banyak air suam sebelum dan selepas makan nasi/roti/oat.
2. Sediakan sup sayur atau sup ayam ketika bersahur - lebih banyak cecair yang diminum atau dimakan ketika bersahur akan mengelakkan kita dari dehydrated. Ini juga bagi mengelakkan kita dari rasa pening selepas menyusukan anak. Begitu juga bagi mereka yang memerah di office.
Susu + kurma |
4. Ketika di tempat kerja (ketika itu saya masih bekerja...) saya akan pastikan saya memerah 2 kali juga... seperti hari biasa. Biasanya saya akan perah jam 11 pagi dan 2 petang... Jika sempat sesampai di rumah saya akan perah lagi, biasanya jam 5 atau 6 petang.
5. Ketika berbuka, saya akan minum segelas air suam, sebelum makan berat (saya akan elak minum air manis, sebab air manis akan menyebabkan saya tak puas minum... kalau nak minum air manis pun saya akan minum lepas Isyak...). Waktu berbuka ni saya tak kisah sangat nak makan apa pun... Tapi awas jangan sampai kekenyangan! :p
6. Solat dan ambillah masa (walau sekejap) untuk membaca Al-Quran...
Inilah botol air kesayangan saya... |
Apa yang paling penting saya nak share dengan anda bahawa susu yang saya hasilkan pada bulan Ramadhan adalah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain... Dan... saya dapat berpuasa penuh!! Alhamdulillah...
Apa yang penting kita perlu sentiasa yakin bahawa susu itu sentiasa cukup untuk anak-anak kita... dan juga sangat penting, sentiasa ingat pada demand dan supply... Semakin banyak anda menyusukan secara direct atau perah, maka semakin banyaklah susu yang dihasilkan... :-)
So, jangan khuatir... Tempohi bulan Ramadhan dengan 'senyuman'! Tapi jika anda benar-benar tak mampu, berbukalah... Jangan sampai menyakitkan diri sendiri...
Apa yang penting kita perlu sentiasa yakin bahawa susu itu sentiasa cukup untuk anak-anak kita... dan juga sangat penting, sentiasa ingat pada demand dan supply... Semakin banyak anda menyusukan secara direct atau perah, maka semakin banyaklah susu yang dihasilkan... :-)
So, jangan khuatir... Tempohi bulan Ramadhan dengan 'senyuman'! Tapi jika anda benar-benar tak mampu, berbukalah... Jangan sampai menyakitkan diri sendiri...
Salam Ramadhan buat semua ibu yang menyusukan anak-anak secara esklusif...
Untuk bacaan lain:
Tips Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu
Untuk bacaan lain:
Tips Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu
Selamat berpuasa :)
ReplyDeleteselamat berpuasa juga Lily...
DeleteSalam Yong,
ReplyDeletekalau makan dan minum banyak air, sayur, buah rasanya no problem. Selamat berposa Yong!
betul, betul, betul... saya setuju... Selamat berpuasa juga yong... :D
Deletekakak, salam ramadhan & selamat berpuasa ^^
ReplyDelete*yup, kurma tu ibarat ubat ajaib.. makan byk2 pun x kena penyakit...
ha ah.. betul kan? InsyaAllah bertenaga walaupun berpuasa... so, makan la kurma masa sahur tu... salam ramadhan caliph shuriken... :D
Deleteselamat menyambut ramadhan kak nora..
ReplyDeletetips tuk ibu mengandung ada tak hehe :)
untuk ibu mengandung kena ambil karbohidrat dan protein ketika sahur... kalau rajin buat bubur... untuk elak dehydrate dan kontraksi... :D oat pun elok juga diambil sekali sekala ketika sahur...
Deletesalam ramadhan eita... take care ya...
a'aaa susu still ok... sy thn lps berpose ketika bf alisha...
ReplyDeletetak la susah manakan ina? yang penting kita sendiri kena lebih bersedia... in sha Allah... semuanya akan dipermudahkan...
ReplyDelete