Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, July 09, 2014

Ketuk-Ketuk Ramadan 2014: Kerabu Tomato

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 11 Ramadan,

Sekejapan je dah 11 Ramadan yea?! Cepat sungguh masa berlalu... Biasa bulan Ramadan memang saya akan tonton rancangan Ketuk-ketuk Ramadan. Sebab resipi yang dikongsikan Sheila Rusly dan artis-artis yang dijemput tu sangat mudah. 

Ada beberapa yang saya salin resipinya disebabkan terliur menengoknya di tv... Hahaha... Saya belum cuba lagi buat Kerabu Tomato ni... So, takde gambar. InsyaAllah nanti kalau saya dah buat, saya akan masukkan gambar hasilnya. Atau kalau ada sesiapa yang dah try resipi ni... boleh la share gambarnya di sini.

By the way, dalam rancangan tu memang tak de sukatan-sukatan... Maka kena pandai-pandai agak la yea...

Bahan-bahannya:

Tomato (hiris) - bahagian dalam tomato tu tak pakai...
Bawang besar (hiris)
Timun jepun (hiris)
Suhun (celur)
Daging (direbus dan hiris nipis)
Sos ikan
Jus limau nipis 
Gula dan garam (secukup rasa)

Bahan tumbuk: 
Cili merah
Belacan (dibakar sedikit)
Cili padi

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan sos ikan, gula dan garam (sos ikan ada masinnya, jadi boleh kurangkan penggunaan garam)

2. Pindahkan bahan tumis tadi ke dalam bekas, masukkan daging, bawang besar dan jus limau nipis. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan, tomato, timun jepun dan suhun. 

Siap untuk dihidang. Menu ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet!  Selamat mencuba... (^_^)Y


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


27 comments:

  1. Sama cam nurul, suka gak tengok ketuk2 ramadhan... sedappp juga kerabu tomato ni... leh try buat nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tah nurul.. nanti bgtau rasanya mcm mana... hahahha

      Delete
  2. owhhhh ada yer kerabu tomato... ha3 mmg koman kan sbb x pernah tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe dah tau boleh ka buat lia... heheh

      Delete
  3. Dayah pun dok layan gak cita tu . Simple . Cepat . Terliuq pulak cheq tengok .. hurmm

    ReplyDelete
  4. Wow sedapnya versi akak nie. Saya biasanya guna tomato + bawang + Bilis sikit + air limau nipis + gula garam je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laura... bkn versi akak ni... versi sheila rusly... hehehe versi laura pun sonang... boleh try..

      Delete
  5. Hah, bagus resepi ni. Tomato tu kegemaran suami saya. Kalau beli berkilo-kilo pun, dia seorang je yang makan. Boleh juga cuba kerabu tomato ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... jarang dgr org laki makan tomato ni... MD boleh la try...

      Delete
  6. bulan puasa ni mmg ramai la layan ketuk2 ramadhan kan kak..ehe

    ReplyDelete
  7. tak pernah buat lagi kerabu ,nak try buat juga lah,mesti sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try... pastu share picture yea... hihii

      Delete
  8. mesti sedap ni.. blh cuba jugak nanti

    ReplyDelete
  9. Yelah nampak mudah jer buatnyer dalam ketuk2 ramadhan tu....boleh try bila rajin nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal bunda... nmpk mudah... tinggal rajin dgn xrajin je...

      Delete
  10. kerabu tomato, first time dengar
    sedap tak?

    ReplyDelete
  11. Udah teringin pulak NK hehe....tadi pun okje tengok gak....Anzalna masak udang goreng telur masin...mcm senang gak tu gayanya...

    ReplyDelete
  12. as salam....meriahnya rumah awak sekarang...semoga success semuanya...ramadhan kali ni saya belum berkesempatan nak mengadap rancangan shila rusly tu lagi...

    ReplyDelete
  13. Jm pun suka tgk rancangan ni hari tu tgk artis jemputan mawi :-) tp x pernah nyempat salin resepi nya so leh la try kerabu tomato ni tp x masam ke eh

    ReplyDelete
  14. mmg jarang layan...ada resepi..boleh gak cuba nanti

    ReplyDelete
  15. 1st time dengar kerabu tomato ni..
    Nak cuba tapi takleh nak imagine gimana rupanya..
    Ada gambaq tak? hehe

    ReplyDelete
  16. aida x pernah tgk ketuk-ketuk ramadhan.
    sebab time tu berkejaran amik anak-anak balik skola...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...