Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, July 16, 2014

Seronoknya Berkumpul Adik Beradik!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 18 Ramadan,

Sabtu lepas dapatlah kami berkumpul adik beradik di rumah pusaka arwah mak dan ayah di Gombak... Seronoknyalah bila sekali sekala berkumpul... Makan sama-sama... 

Itu pun secara kebetulan saya dan family turun KL (plan asalnya berbuka puasa dengan family encik husband... tapi tak jadi...) So, saya pun pujuk kakak saya yang duduk di Kota Puteri untuk balik ke Gombak... Bila dah confirm, kami ajak sekali abang sulung yang juga ada di Rawang. Dan tiga lagi (abang, kakak dan adik saya) yang memang tinggal di Gombak. Alhamdulillah Allah permudahkan... semuanya dapat berkumpul.

Dulu masa arwah mak dan ayah ada, memang kami ada buat satu hari dalam bulan Ramadan yang boleh adik-adik mak berkumpul. Biasanya family Pak Lang dan Pak Usu akan datang berbuka bersama. Setiap tahun, tak pernah tidak... Ah, rindu moment tu...

Sabtu hari tu, menu kami adalah, pulut kuning (sebab kakak saya yang di Kota Puteri tu teringin nak makan pulut kuning) + rendang ayam + nasi putih (kot-kot ada yang tak nak makan pulut kuning masa buka) + kobis goreng + bubur kacang hijau durian + puding buah-buahan + roti john (beli je) + buah tembikai (beli je) + air timun.

Air timun tu memang wajib buat la masa bulan Ramadan... Sebab arwah mak pun memang akan buat air timun ni kalau berkumpul adik-beradik... Rasa lebih feeling kalau buat bulan Ramadan berbanding bulan-bulan biasa... :p

Tak dan nak ambil gambar menu yang ada... sempat snap beberapa keping gambar sebelum saya makan... Dan kalau nak tahu... Hari Sabtu tu la Faris puasa penuh... Siap bangun sahur dan berpuasa sepanjang hari... tapi setiap sejam dia akan cakap, "lama lagi nak buka?" Saya cakap, "eh tak lama dah la... kejap je lagi... pegi main dengan Uwais... nanti tak la lapar..."
Faris masa berbuka tu nampak sangat keletihan berpuasa sepanjang hari...
hehe bagus Faris...!
Kakak saya dengan anaknya Raihana...
Air timun:
Sagat timun + air + air gula + masukkan ais... Siap!
Puding buah-buahan...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


22 comments:

  1. wahhhhh ramai family yg hadir, mesti mcm2 cerita yg keluar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la lia... jarang jumpa... tahun ni pun semua raya sebelah pasangan masing2... saya pun thn ni mungkin di melaka je... sbb encik hubby keje...

      Delete
  2. seronokkan dapat berkumpul adik beradik
    bukan selalu dapat peluang gitu
    bila dah dapat, memang tak akan dilepaskan =)

    ReplyDelete
  3. Serononya dapat berkumpul dan berbuka bersama adik beradik...
    Kalau saya buat air timun suka letak susu, nanti nak cuba buat yg plain mcm ni jugak... apa rasanya...
    Bagus Faris dapat puasa penuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nur.... saya xpernah pula letak susu... nak try juga la versi nur... mcm sedap je...

      Delete
  4. quality moments when family members around us..:-)

    ReplyDelete
  5. seronok kan bila ramai2 mcm nii..syokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok... sbb bkn selalu dpt berkumpul mcm ni..

      Delete
  6. mmg moment lah dpt kumpul adik beradik ...

    ReplyDelete
  7. nak try la buat air timun tu. nampak fresh..hihi

    ReplyDelete
  8. Bunda pun ada balik kampong baru2 ni...seronok berkumpul...masak sama2...pergi pasar sama2..makan sama2...tapi tulah sorang pun tak ingat nak snap gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bunda... kalau dpt jumpa adik beradik dan berkumpilul mmg seronok...

      Delete
  9. bila semua berkumpul...mmg seronok..mcm2 cerita akan keluar...

    ReplyDelete
  10. syioknya .alhamdulillah Allah permudahkan urusan akak sekeluarga
    serius sy tak pernah minum lg air timun.
    blh try nti.. thanks akak berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. QR nanti boleh try buat air timun tu... mmg best... heheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...