Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, July 21, 2014

Cubaan Membakar Cookies Dengan Pemanggang Ajaib

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadan, 

Hari ni saya saja cuba membakar biskut raya dengan pemanggang ajaib. Sibuk nak mencuba juga semperit susu tu, sebab bahannya tak banyak...

Tapi saya tak de acuan semperit... So, suka hati saya je main tekap-tekap pakai acuan bento anak-anak macam buat lukisan... ^_^ Boleh je la...

Tak de la buat banyak... Sebab saya memang saja nak cuba membakar cookies guna pemanggang ajaib... Resipi ni saya ambil dari blog Nurbijen...

Taraaa...


First batch yang saya bakar, agak tidak mencapai piawaian.. hehehe sebab tak dapat nak agak berapa lama nak dibakar... Tapi lepas tu alhamdulillah dapat agak... Banyak juga hasil yang saya dapat dari sukatan bahan yang Nur tulis tu...

Alisya sangatlah excited tengok saya bakar kuih raya... tak habis-habis dia tanya siapa nak datang, bila nak raya... (^_^)

Saya buat biskut susu ni je la kot... sebab memang tak de perancangan nak buat biskut raya pun... Buat ni pun sebab nak test texture biskut yang dibakar dalam pemanggang ajaib tu... Pendek kata, memang ajaib la pemanggang ajaib tu... hahaha 


Nota kaki: Berapa jenis kuih raya anda buat tahun ni?!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


28 comments:

  1. Ramai dah guna pemanggang ajaib....macam best jer...

    Esok lusa dah nak raya...SALAM AIDILFITRI untuk Nora sekeluarga...Terima kasih kerana tak jemu2 singgah ke TERATAK BUNDA yang tak seberapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai bunda... org dah lama pakai pemanggang ajaib ni... saya baru terkial2 nak pakai... hihi

      Salam Aidilfitri juga buat bunda... moga raya kali ini meriah buat bunda dan anak2... Sama2 bunda... bunda lagi kerap datang ke blog saya... terharu...

      Delete
  2. Asslmkm sis..
    Nampak comel la biskut tu.. :)

    ReplyDelete
  3. wah, mmg ajaib pemanggang ajaib ni... biskut raya pun boleh guna pemanggang ni... Senang kan buat biskut ni? Banyak pula yg dapat tu... nampak comel pulak btk love mcm tu... kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la nur... sbb senang tu la nak cuba bakar dlm pemanggang ajaib ni... heheh mmg ajaib la...

      Delete
  4. saya buat 4 je kak.
    buat hok teringin nak makan.. hihi

    akak, kwn sy kan dia buat smua jenis sekut raya gna PA.sy x guna PA.
    mcm menarik jga ni. dpt jmat letrik.hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... banyaknya QR buat kuih raya.... saya buat yg ni je.. sbb baru nak test... nanti2 boleh la bakar biskut lagi dgn PA

      Delete
  5. rajin jgk buat sy langsung x buat tahun ni huhuhu.. mmg rare kat rumah tu... x sempat nak buat, bahan dah ade..

    sy x diet pun cuma x selera jer sejak akhir² ni...

    ReplyDelete
  6. sy langsung xbuat kuih apa2... oven xde... pasni boleh try la bakar dalam pemanggang ajaib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sebab tak de oven la gagah bakar dalam pemanggang ajaib ni... heheheh

      Delete
  7. mmg ajaib..semua boleh dgn pemanggang ajaib

    ReplyDelete
  8. MJ ada pemanggang ajaib tak penah terpikir nk bakar kek dengan tu..hehe
    Bila tgk rmai kwn2 masak kat situ teringin nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu la myra... saya ni pun sebab tgk org buat la saya nak try juga... hehehe

      Delete
  9. tgok resepi nurjiben tu terngin gak nak buat.tp fikirkan afia tgh lasak terus cancel..taun ni kuih semua tunjuk je.huhu

    ReplyDelete
  10. Walaupun tak nampak bentuk semperitnya, comel je saya tengok cookies bentuk love ni. Belum pernah lagi cuba buat cookies guna pemanggang ajaib. Ni dah memang ajaib betul, semua pun boleh!

    ReplyDelete
  11. semua cam ada benda ajaib ni
    saya aje belum beli
    oven pun tak ada
    sudahnya tak adalah biskut raya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan benda wajib pun ni Yana... pakai apa yang ada je pun boleh... :D

      Delete
  12. mcm mana sis guna PA ni tanpa buat biskut jd hangus ye?sy da cuba asek hangus je..

    ReplyDelete
  13. Mula2 kena panaskan PA dengan api yang sangat perlahan... bila dah panas, letak baking sheet baru letak biskut yang nak dibakar tu. Selamat mencuba... :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...