Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, October 04, 2015

Sekolah Tutup Dua Hari

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak Sabtu lalu, kelihatan jerebu semakin teruk. Asal buka pintu rumah, akan terbaulah asap yang memeritkan tekak. Sekali sekala batuk pun menjengah... Aduhai... Apa pun jaga diri baik-baik dan pastikan anak-anak minum air suam dengan banyak dan pantau mereka agar tidak bermain di luar rumah dalam tempoh masa yang lama. Klik sini untuk tips ketika jerebu.

Semua sekolah di Semenanjung Malaysia diarahkan tutup selama dua hari iaitu, pada 5 & 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa). Moga anak-anak kita baik-baik saja. Kawan-kawan yang bekerja, jaga diri ya... pakailah mask jika anda bekerja di luar bangunan. (Kesian encik hubby dan adik saya pun dah mula batuk yang teruk...)

Moga jerebu ini segera beransur pergi... (T_T)   


18 comments:

  1. kan
    makin teruk
    saya dgn rania mmg x kluar kemanamana
    berkurung j dlm rumah. tingkap pon x buka.
    ayh rania blk kja asyik ckp pedih mata, panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu ciksu... kesian kat anak2... kiaa org dewasa ni ok lagi... boleh gak tahan...

      Delete
  2. akibat jerebu tergendala aktiviti luar rumah terpaksa berkurung saja..

    ReplyDelete
  3. ngeh2.. sakan lew anak2 yang tak pi sek..
    tapi pening gak parents yang bekerja eheh..

    ReplyDelete
  4. kena kuarantin anak2. anti bodi dorang lemah banding kita. tadi baru je hujan. tapi hujan asid. bau asap jerebu tu masuk dalam rumah sesak rasa nak nafas

    ReplyDelete
  5. Kt peanang msih boleh di kawal lgi kesian kt negeri yg teruk kn...

    ReplyDelete
  6. semoga akan segera hilan musibah jerebu di negara kita ni kan Nora , amin.

    ReplyDelete
  7. Sebaik aje sekolah ditutup, okey pulak jerebu ni. Hari ni saya tengok cuaca macam elok di kawasan rumah mahu pun pejabat saya. Rugi pulak rasanya anak-anak tak bersekolah. Tapi nak buat macamanakan... bukan boleh dipredict jerebu tu nak pergi ke tidak....

    ReplyDelete
  8. Doakan semoga jerebu cepat pulih..

    ReplyDelete
  9. semoga jerebu hilang dan keadaan kembali pulih....cuti2 kalau jerebu pun tak berapa best.

    terima kasih sudi singgah ARZMOHA

    ReplyDelete
  10. makin teruk jerebu ni... anak sy dah start batuk walau jerebu tak mcm di smnjg..huhu...

    ReplyDelete
  11. Hari ni nampak dah kurangkan NK.....tulah tu kekadang tak boleh percaya sangat ni. Hari ni ok esok jadi balik....

    Alhamdulilah org dlm rumah ni belum ada yg batuk lagi. Harap harap janganlah hendaknya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Semalam dah sekolah semula..

    ReplyDelete
  13. Emm cuti sekolah dua hari haritu ada baiknya sebab sepatutnya aiman ponteng sebab kami balik jojor...ni kira syok la hari ahad tu ja dia tak sekolah

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah jerebu dah semakin reda kan...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah hari ni da nmpk matahari ;-) suka sgt pastu hujan turun

    ReplyDelete
  16. jerebu makin terukk.. kene lebih berhati hati. jaga kesihatann

    ReplyDelete
  17. Jerebu masih ada lagi ni sis. Tapi tak teruk macam sebelum nih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...