Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Ini first time Alisya sendiri minta dipotongkan rambut. Kalau ikutkan Alisya ni jenis yang payah nak dipotongkan rambut. Dah la tak suka ikat rambut... kadang saya yang serabut tengok rambutnya. Kalau setakat tak suka ikat tak pe lagi, tapi dia memang tak suka juga disikatkan rambut... Selalunya kusut la jadi rambutnya!
Semalam masa saya ambil dia dari sekolah dia terus cakap nak gunting rambut macam kakak Zulaikha, sepupunya. Saya pun apa lagi terus la hantar dia pergi kedai gunting rambut kat rumah ni lepas hantar Faris pergi sekolah. Kena la bertindak terus... sebab takut dia berubah fikiran pula nanti. :p
Ini adalah kedai gunting rambut yang saya biasa pergi sejak saya kecil lagi. Tukang gunting rambut tu orang yang sama tau! Umurnya pun dah 50-an... tapi tetap sama macam masa saya kecil-kecil dulu. Tukang gunting rambut ni kenal arwah mak saya, kakak-kakak saya dan juga sekarang dah kenal Alisya...
Dah dua tiga kali juga Alisya gunting rambut di sini... (kalau encik hubby yang bawa dia akan hantar Alisya gunting di saloon. Melampau tau... saya pun jarang encik hubby belanja pergi saloon :p )
Ni sebelum dan selepas... :P |
Gambar sebelah kiri tu sebelum potong rambut... kalau perasan, rambut depan dia tu, pendek sikit sebab dia gunting sendiri... Sabar je la... So, yang sebelah kanan tulah rambut baru Alisya... first time juga dia minta straight cut. Sebelum ni selalunya layer cut.
Yang kelakar tu, dia minta saya buka tingkap kereta besar-besar, sambil tengok rambut barunya di cermin sisi tu... Ayat tak sanggup nak dengar... "Comel betul la Alisya dengan rambut baru ni..." (sambil selitkan rambut di telinganya)... Kemain tau!!
nampak kemas dari yang sebelum tuh...ehehe
ReplyDeletehihi..ayat konfiden betul tu..tapi memang comel pun.. =)
ReplyDeleteNampak kemas dan senang nak jaga bagi anak-anak yang seusia Alisya... bertambah comel.
ReplyDeletetomellll je
ReplyDeleteMemang comel sangat pon....kemas je rambut camni kene dgn muka alisya tau :)
ReplyDeleteyeayy dah pendek dan cute
ReplyDeleteAlahai comeynya Alisya dengan rambut baru. Wah kira auntie tu Tukang rambut familylah ye NK. Sure penuh pengalaman di dada auntie tu, banyak kepala dah didekokan tu haha....
ReplyDeleteKalau diBOB kan rambut belah belakang lagi nampak style tau NK. Kat rumah ni pun ada budak tak suka sikat rambut, tp nak berambut panjang.....
Hihi ......Alisya ni kemain sangat tau, pandai dia bergurau dgn mama ye....
Alahai comelnya alisha dengan rambut baru..patutlah beria nk tgok cermin kan..
ReplyDeleteSamalah macam afia ni dh panjan rambutnya tapi tak nak potong..dh la kerinting lg susah nak uris..nk sikat pun payah..klu dok rumah memamg tak bersikat..huhu
Haha.... senyum sampai telinga... sikit lagi nk tumpah gelak...
ReplyDeletePun boleh lah alisya... pun boleh...
Tapi rambut dia yg layer tu mcm lg cantik...
Cuma kna rajin sikat ler dik non
lahaii comelnyaa alisyaa..
ReplyDeleteComel bila Rambut pendek. Anak saya pun tunggu masa nak di potong. Serabut panjang2 dengan berpeluh lagi
ReplyDeleteComel alisya dgn rambut baru tu.
ReplyDeletecantik n kemas..
ReplyDeleteasya pom potong rambut jugak
Confident sungguh Alisya dia nampak comel dengan gaya rambut baru. Tapi memang betul pun...
ReplyDeleteTeringat pulak saya di zaman sekolah dulu, kalau potong rambut mesti sama aje stylenya tak pernah berubah. Suka betul style tu ...