Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, April 06, 2016

Syurga di Bawah Tapak Kaki Mama

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masa saya agak terhad lately ni, terikat dengan beberapa kerja melibatkan penulisan. Siang memang saya tak punya masa untuk menulis sebab ambil dan hantar anak sekolah. Masak dan buat kerja-kerja surirumah... (^_^) 

So, malam macam nilah baru saya ada masa untuk menulis dan blogwalking. Duduk dalam bilik, rancang dan tulis entri. Selalunya lepas Isyak baru mula. 

Sedang saya duduk di katil sambil blogwalking. Tiba-tiba Alisya masuk bilik dan terus cium kaki saya. 

Saya: Haih kenapa ni? 

Alisya: Alisya cium kaki mama.

Saya: Ye la tapi kenapa?

Alisya: Syurga di bawah tapak kaki Mama.

Saya: Macam mana nak masuk Syurga?

Alisya: Kena buat baik dengan Mama, tolong Mama, sayang Mama... Solat... macam-macam lagilah.

Saya: Pandainya... 

Soalan seterusnya ni buat saya terkedu dan sebak.

Alisya: Kalau Mama dah masuk tanah kubur, macam mana Syurga Alisya?

(InsyaAllah entri lain saya cerita tentang kenapa saya dedahkan tentang kematian pada Alisya seawal usianya 3 tahun.)

Saya: Itu perumpamaan je... Kalau Mama dah meninggal dunia, Alisya bacakanlah Al-Fatihah untuk Mama, baca Yasin... Panjangkan sedekah untuk Mama. Nak masuk syurga kena sentiasa buat baik, solat, baca Quran... Baca buku-buku agama... Kena jadi anak solehah. InsyaAllah dapat masuk syurga. Boleh?

Alisya angguk...

Saya: Nanti kalau Alisya dapat masuk syurga, Alisya tak jumpa Mama, Alisya cari Mama tau! 

Terus dia peluk saya erat-erat. 


NK
*Sebak!* (T_T)

14 comments:

  1. Melentur buluh dari rebung.. anak2 kecik lagi senang kita nak terapkan apa2 pelajaran/nilai..
    Makin comel Alisya.. Faris pun dah nampak hensom.

    ReplyDelete
  2. hmmmmm sayu...
    as at now kekadang aida pura2 mati depan ijat.
    bersungguh la dia kejut, "ibuuuu ibuuuuu mangun la"
    sambil sepak pipi aida. pukul kepala. cubit pipi...
    sedih la plak :(

    ReplyDelete
  3. semoga alisya menjadi anak yang solehah in shaa allah,amiin... :) lama nora tak muncul kan .

    ReplyDelete
  4. sangat beruntung dapat anak solehah....itupun hasil dan didikan ibu mithali

    ReplyDelete
  5. Ohh.. sebak pulak baca. Saya pun ada terangkan kat anak saya pasal kematian, masuk kubur, tapi dia belum faham nampaknya. Heheh. Umur dah 3 tahun jugak.

    ReplyDelete
  6. Lama akk tk singgah sini, salam rejab nora dan ank2.

    ReplyDelete
  7. pandai alisha..sebak sgt bila cakap pasal akhirat dengan anak2..semoga alisha jadi anak solehah.Amin

    ReplyDelete
  8. bijak nya.. =) semoga alisha membesar dgn sihat dan solehah ye.. bagus dr kecik sudah terdidik.=)

    ReplyDelete
  9. Rasa mcm dah komen....tp nape tak de? Ke awak yg lum publish NK?
    Alahai mak pun sebak tau tengok gelagat Alisya ni.... Tapi sebenarnya pendedahan awal cenggini bagus NK. Kecik kecik dah tau dosa pahala...nak tumpanglah perut sejuk ibu mengandung! Hihi...

    ReplyDelete
  10. Hohoi! Mata masuk habuk le pulak...bijak nye anak dara ko dik...sejuk perut mama dia...ni le saham dunia akhirat :')

    ReplyDelete
  11. Alamak! Last statement tu buat mata berair. Padahal baru aje huhahuha dengan kawan pejabat. Tetiba aje rasa meruntun jiwa dan sebak!

    ReplyDelete
  12. sebak baca bila sentuh tentang ini

    ReplyDelete
  13. arghhh sapa yg tgh potong bawang niiii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...