Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, April 05, 2016

Khasiat Buah Tembikai

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ingat lagi, dulu arwah ayah saya suka sangat makan buah tembikai dengan nasi putih. Ala-ala macam ulam. Sedap rupanya tau! (^_^) Makan macam tu je pun sedap, buat jus pun sedap, makan dengan nasi putih pun sedap! Yang penting kena banyakkan makan buah-buahan dan sayuran supaya badan sihat dan cergas.

Oh ya, saya sangat suka baca perkongsian ilmu kesihatan, psikologi dan perkongsian umum dari DrRich DrRahimPenulisannya yang santai menjadikan ilmu kesihatan itu mudah difahami. Saya sarankan anda untuk follow FB DrRich DrRahim dan setkan See First.

Hari tu DrRich DrRahim ada berkongsi tentang kebaikan dan khasiat buah tembikai. Jom tengok apa kelebihan buah tembikai ni... (Artikel ini telah diolah mengikut kesesuaian blog saya, jika anda ingin membaca versi santai DrRich boleh klik di sini.)

Sumber gambar: http://www.healthline.com/health/food-nutrition/best-watermelon-seed-benefits

1. Mencegah Penyakit Asma - Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yg dapat mencegah penyakit asma. Kalau masa kena attack Asma, jangan makan tembikai: badan lagi sejuk, asma lagi teruk.

2. Mengawal tekanan darah daripada kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah. Ia kaya dengan lycopene yang bantu melindungi kita dari penyakit jantung. Selain lycopene, tembikai juga kaya dengan kalium. Kalium menghalang kolestrol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah.

3. Mencegah kanser - Kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan. Tembikai bantu memerangi pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Pengambilan lycopene dapat merendahkan kanser prostat pada lelaki.

4. Membantu penghadaman - Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

5. Penghidratan - Mengandungi 92% air dan elektrolit penting.

6. Mengatasi masalah keradangan - Choline dalam tembikai membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan pada atlet kerana asid amino L-citrulline yang ada dalam tembikai.

8. Tembikai baik untuk kulit kerana ia ada vitamin A, untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan kulit dan rambut agar sihat dan lembap.  Vitamin C didalamnya untuk pembinaan kolagen menjadikan struktur kulit dan rambut jadi gebu dan awet muda.

9. Melindungi mata daripada infeksi sebab tembikai ada vitaman A yang tinggi.

10. Ia mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

11. Rendah kalori - Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air, menjadikan anda mudah kenyang. Mengamalkan diet dengan tembikai juga boleh menurunkan berat badan. 

12. Mengurangkan bintik hitam pada wajah - kulit buah tembikai mampu mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya dengan mencampurkan kulit tembikai, timun serta daun lidah buaya (ketiga-tiga bahan ini dikeringkan) dan dijadikan serbuk. Campur bahan-bahan ini dengan sedikit air dan dijadikan masker. 



Perkongsian ini dari Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-6444181.

10 comments:

  1. Mmg sedap tembikai ni. Nak nak pulak Musim panas ni. Boleh buat penghilang Dahaga..

    ReplyDelete
  2. banyak khasiatnya yg lain..mkn buah/jus tembikai sebab sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya memang banyak khasiat tembikai ni kan? :D

      Delete
  3. Makan nasik putih ulam tembikai tu biasa kalau kat belah Pahang dan Terengganu. Saya pun suka makan mcm tu. Mmg combination tu memberi rasa unik.

    ReplyDelete
  4. Antara buah feberet akak ni dik...time mangandung memang buah ni je akak talan hari2...nak2 time panas2 camni dapat pulak tembikai baru keluar esbok...fuh!!! Sendiri mau ingat la...hehehe

    ReplyDelete
  5. Saya memang suka mkn tembikai ne.selalu jadikan jus tembikai tanpa gula dan susu..anak pun suka sgt minum

    ReplyDelete
  6. banyak khasiat tembikai ni kan, tak pernah lagi makan nasi dengan tembikai ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...