Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Saturday, July 21, 2012

Faris: Marhaban Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam Ramadhan,

Alhamdulillah, hari ini kita mula berpuasa. Moga hari pertama ini semuanya ok... Jangan fikirkan sangat jika terasa lapar or dahaga... Itu dugaan kecil buat kita, maka bertahanlah... Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah... InsyaAllah... 
 
Dah fikir nak makan apa untuk berbuka? Klik untuk info Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah.

Beberapa hari sebelum puasa ni, saya ada cakap pada Faris yang nanti dia kena berpuasa sebab dia makan selalu bertambah... Kadang-kadang sampai 3 senduk! (1 senduk sekali makan, then minta tambah lagi satu senduk... sampailah dia betul-betul kenyang) Sebenarnya saya tak kisah pun dia nak makan (tengah ada selerakan...), cuma kadang-kadang kalau saya rasa dia makan banyak sangat saya akan minta dia rehat dulu...
 
Perbualan berlaku masa saya temankan dia makan tengah hari... Perbualannya lebih kurang macam ni:

Saya: Faris kena puasa la...

Faris: Apa?! (dengan mimik muka minta explain)

Saya: Puasa... puasa tu, makan malam je... Siang tak boleh makan... tak boleh susu, tak boleh makan nasi... (terus dia stop makan nasi depan dia...)

Faris: Nugget boleh? 

Saya: Tak boleh...

Faris: Telur boleh? (sambil ketuk-ketuk bekas makan dia dengan sudu yang dia pegang)

Saya: Tak boleh... 

Faris: Aiskrim boleh?

Saya: Tak boleh... Faris tak boleh makan... tak boleh minum... Malam baru boleh makan... Baru boleh minum...

Faris: Cam mana? Nanti mati nanti cam mana? (Adeh... susah betul nak jawab..)

Saya: Tak mati... Lapar sekejap je... (Lama dia diam... dalam hati... Hm... dia dah faham kot?)

Faris: Tidur boleh? (Sambungnya.. masih tak puas hati..)

Saya: Ok, tidur boleh... (terus dia letak sudu... then dia baring kat tilam dia... saya terkedu kejap) Faris dah ke ni? Nak lagi? (dia geleng kepala..) OK, mama kemas ya... (dia terus baring dan diam...

Masa saya kemas-kemas, saya cakap pada dia:

"Faris baru lepas makankan... jangan tidur dulu, tak baik... duduk dulu... rehat..."

Faris jawab sambil jerit dan nangis:

"Semua tak boleh... Makan tak boleh, tidur tak boleh...." (dan terus meraung... Faris kalau dah meraung memang tak dengar dah cakap kita...)

Adoi la... susah juga nak explain kat budak-budak kecil pasal puasa... Dia dah meraung-raung tu saya biarkan je lah... Slowly dia akan tahu juga apa tu PUASA... Dia masih kecil, saya cuma mencuba untuk send the message... Moga nanti dia akan lebih faham...

Baca lagi kisah Faris:
Faris Insectophobia 
Faris Si Penakut
Mungkin Dah Serasi

Oh ya, lagu ni best saya suka: Rindu Ramadhan (Devotees)
Dua rangkap ni buat saya rasa tersentuh...

"Rindu... aku rindu,
Rindu pada kedatangan,
Bulan yang padanya keberkatan,
Ramadhan ya Ramadhan,

Ya Allah tolong sampaikan,
Hajatku untuk berpanjangan,
Nafasku hingga pengakhiran..."








8 comments:

  1. Salam,

    mungkin kena explain kenapa kita kena posa, pastu kebaikan posa, dan ganjaran posa. Kalau suruh jer tanpa explain sebab musabab, kita yg dewasa pun tak mau. Maaf kepoh jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong... explaination tuk budak-budak sangat berbeza dengan org dewasa... kalau org dewasa pendekatannya mudah sikit sebab org dewasa kosa katanya dah banyak.. tapi budak-budak kecil ni dia hanya familiar dengan words yang dia biasa dengar... kalau kita sebut perkataan yang dia tak pernah dengar mmg dia takkan faham... slowly la kan... :D

      Delete
  2. haha. comel la faris. nampak dia stress di situ. ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) ye la... stress dia.. kesian...!

      Delete
  3. alahaiii siannya faris... siap ckp blh mati lagi.. hihii

    InsyaAllah... lama2 nanti faris mesti paham :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kan?! kelakar je... tah pape... tu la.. .dia kecil lagi... kena slowly bgtau pasal puasa...

      Delete
  4. kalo tengokkan kelakuan anak-anak ni memang geli hati kan...macam-macam yang diorang nak tanya....heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... soalan mereka takkan pernah ada titik... lepas satu soalan... satu soalan lagi... pastu lagi.. lagi..lagi ... dan lagi... haih!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...