Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Semalam dapat surat daripada Taska Faris... Surat kebenaran untuk membawa pelajar-pelajar ke Taman Rama-rama... Lepas baca surat tu terus terfikir...
Kalau parents lain mesti macam, "Ooo bagus la lawatan ke Taman Rama-rama... pergi dengan kawan-kawan dan cikgu mesti seronok..."
Tapi saya bila habis baca surat tu terus macam... "Alamak! Kenapa Taman Rama-rama?"
Mesti pelik kenapa saya fikir macam tu kan?! Faris sebenarnya fobia pada binatang yang terbang, macam tebuan, lebah, pepatung, rama-rama dan lain-lain. Atau dalam bahasa saintifiknya insectophobia.
Dia jadi fobia pada binatang-binatang ni sejak kali pertama digigit tebuan yang sesat di dalam rumah kami (ketika di Kuantan)... Masa kena sengat tebuan tu memang Faris menjerit, menangis tak keruan (macam kena histeria)... tak lama kemudian dia muntah-muntah dan pehanya bengkak. Masa tu pula, en hubby outstation, jadi saya kena la bawa Faris sendiri ke hospital (lewat malam juga ketika tu)... Faris di'inject' dan sejak hari tu dia memang takut kepada binatang yang terbang.
"Macam mana? Nak bagi ke Faris pergi Taman Rama-rama?" tanya encik hubby.
"Kalau kita tak bagi dia pergi, sampai bila-bila la dia takut benda terbang..." jawab saya.
"Tu la..." respon encik hubby ringkas.
"Mana tahu dia pergi dengan cikgu dan kawan-kawan dia seronok pula... Biar la dia pergi kot?"
Petang tu... encik hubby beritahu yang dia dah buat bayaran untuk Faris ke Taman Rama-rama tu... Sejak dari malam tu saya sibuk cakap dengan Faris...
"Esok Faris pergi tengok rama-rama dengan cikgu, Muaz dan Taufiq ya?" (oh ya, Muaz dan Taufiq adalah BFF Faris.. :P )
"Tak nak la... tak payah... Nanti takut" jawab Faris.
"Tak takut la... rama-rama cantik tau!!" kata saya sambil menunjukkan video dan gambar rama-rama melalui handphone, saya buat begitu sehinggalah dia tertidur...
Pagi ni Faris pergi Taska, saya pula yang berdebar-debar... tak senang duduk jadinya... Asik tengok jam... kalau orang yang tak biasa... Mungkin akan terkejut bila tengok Faris menjerit dan menangis... (oh memang menakutkan!)
Tak sabar saya nak ambil dia tengah hari tu balik dari Taska... Sesampai je di Taska, terus saya tanya pada cikgu...
"Faris takut tak?!"
"Ha ah... dia takut sangat... separuh jalan je dia dah nangis... masa tengok rama-rama yang dah diawet tu, dia ok... tapi bila masuk yang hidup tu... dia menangis..." panjang lebar jawapan cikgu.
"Habis tu macam mana?"
"Dia duduk dengan driver la.... sementara kawan-kawan dia masuk dalam tu... Takut betul dia ya?" jawab cikgu...
Sampai di rumah Faris terus cerita tentang rama-rama yang terbang tu... sambil beberapa kali dia menyebut perkataan TAKUT... Lepas tu dia peluk lengan saya dan dengan nada sedih dia kata, "mama tak yah bawa Ayies tengok rama-rama eh.. Ayies takut... Nanti dia gigit nanti..."
Ala... kesiannya anak mama ni... :-(
Tips bagi anak-anak yang insectophobia:
1. Ibu bapa perlu rajin memberitahu anak-anak insectophobia ini, bahawa ada antara binatang yang ditakutinya itu adalah tidak bahaya.
2. Lukis dan sentiasa tunjukkan gambar-gambar binatang yang ditakutinya itu.
3. Untuk menangkis perasaan takutnya itu, ibu bapa perlu bersifat positif, sentiasa bersedia dan boleh mengawal keadaan. (ketika anak dalam ketakutan)
4. Fobia mereka akan mengambil masa... Maka ibu bapa perlu sentiasa bersabar dan tidak putus asa!
hoho saya gak takut sama insect,cuman saya benci sama ulat,ular dan segala jenis binatang melata.. hehe nice tips ^^
ReplyDeleteRulita: uuu saa takut juga dengan binatang yang menjalar...
ReplyDelete