Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Sunday, April 08, 2012

Renungan: 10 Pesanan Imam Shafie

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Berikut adalah 10 pesanan Imam Shafie kepada murid-muridnya serta umat Islam umumnya, sebelum kewafatannya. "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara..." 

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan  rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nangkir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup bersabar ketika dalam kesusahan.



6. Hak kepada sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kepada sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Nota kaki: Sama-samalah kita renungkan... Muhasabah diri dan perbaiki akhlak...  

21 comments:

  1. bagusnya info ini..

    p/s: terima kasih ya... jangan lupa vote mia nanti..

    ReplyDelete
  2. bila bc pesanan ni semua bt diri ini rs amat kecil..n stiasa berhutang pdNya

    follower ke 467

    ReplyDelete
  3. eLLa n aLia: sama2..

    Mia Liana: akan vote untuk Nuffnang Blogger :p

    Yumida: kan... terasa mmg sangat kecik diri ini... Thank follow

    ReplyDelete
  4. Assalmualaikum Puan Nora Karim hehe

    ReplyDelete
  5. Jai Sulaiman: Wa'alaikumsalam Jai :D

    Yana the queen & cikgu hani: sama-sama...

    ReplyDelete
  6. sama-sama kita tunaikan hak tu ye..insyaAllah, nice sharing :D

    ReplyDelete
  7. kaishin: betul... sama2 kita berusaha... insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. mna puan punya shoutbox ni huhuhu

    ReplyDelete
  9. Nice sharing dear (;
    Like like like...

    ReplyDelete
  10. Pesan yang sangat menyentuh hati,
    semoga membawa berkah untuk semua.

    ReplyDelete
  11. Jai: ha ah la... shoutbox ada problem sikit...

    Fiksyida: :D tq

    Ta'liem: moga bermanfaat buat semua... InsyaAllah.. Amin..

    ReplyDelete
  12. terima kasih kongsi..info yg bagus..:)

    ReplyDelete
  13. Subhanallah..perkongsian yang bagus. Mantop..^^..nice entri..rasa best sgt bila baca entri ni. :D..teruskan tuan blog

    ReplyDelete
  14. PB: moga bermanfaat buat kita semua...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...