Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, April 14, 2012

Dominos Pizza: It's My Birthday!! :D

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seawal detik 12 tengah malam 14 April saya menerima pelbagai doa dan birthday wishes dari rakan-rakan baik dari phone call dan SMS, Facebook, e-mel, WhatsApp dan lain-lain  (untungnya ada ramai kawan... kerana ramai yang akan mendoakan apabila tiba hari ulangtahun kelahiran kita) Alhamdulillah, syukur... Moga kita akan terus kekal bersahabat dunia dan akhirat! InsyaAllah...

Alhamdulillah, walaupun saya tak berapa sihat hari ini... (batuk dan demam... berjangkit dari anak-anak  yang dah 3 hari batuk... mereka beransur pulih... saya pula yang "melepek"... sebab tu aktiviti blogwalking agak merundum minggu ini...) Pun begitu, saya tetap rasa bersyukur kerana setahun lagi dapat bersama-sama menjalani kehidupan dengan orang-orang yang saya sayang... (awak, awak, oh ya... termasuk awak dan awak - yang baca blog ni :p

Disebabkan en hubby bekerja hari ni... dan dengan keadaan saya yang tak berapa sihat...  Juga anak-anak yang tak berapa sihat, en hubby mencadangkan untuk memesan Dominos Pizza... (mudah... tak perlu keluar dan makanan terus dihantar ke rumah...! Oh ya, hari ni saya OFF dari membuat kerja-kerja rumah :P err.. boss boleh bagi cuti sehari lagi? Saya tak sihat :P

Ok apa yang saya kagum dengan Dominos Pizza ni... adalah sistem pesanan secara onlinenya... (pesanan melalui internet) Saya rasa ini adalah sistem pesanan online yang MUDAH dan TERBAIK! (ouh mungkin saya yang ketinggalan zaman sebab baru first time memesan Dominos Pizza secara online :p) Ok jom tengok web sitenya:




Ok, bagi mereka yang baru pertama kali nak memesan secara online, anda perlu Sign Up terlebih dulu... Ini bagi memastikan alamat penghantaran ditulis dengan jelas dan memudahkan pihak Dominos Pizza untuk memilih store mereka yang berdekatan dengan rumah anda. Oh ya, mereka menjanjikan penghantaran akan sampai di rumah anda dalam tempoh 30 minit!

  
Seterusnya anda boleh memilih menu untuk dipesan. Menariknya menu disusun dengan kemas dan memudahkan pelanggan untuk memilih menu yang bersesuaian. Nak buat Add On pun senang... Kemudian anda boleh memilih pizza mana yang berkenan. Dan boleh terus klik Add to cart untuk melihat jumlah bayaran yang dikenakan.. Oh ya, mereka tidak mengenakan caj untuk penghantaran... Betul... free delivery!! So, anda memang hanya membayar untuk makanan yang dipesan!! Bestnya...

Menarikkan?! Apa yang lebih menarik.... 


Mereka ada sistem GPS Tracker (Great Pizza Service Tracker) yang membolehkan pelanggan track apa yang berlaku pada pesanan yang telah dibuat... Serious saya sangat teruja, melihat track di atas... 7 proses di atas bermula dari pesanan sehinggalah penghantaran... Bila pizza disediakan, dibungkuskan kita boleh tahu... dengan adanya GPS Tracker ini... Ini secara tidak langsung memudahkan pelanggan untuk standby depan pintu dengan bayaran yang cukup... :p Oh ya, pesanan memang sampai dalam tempoh 30 minit seperti yang dijanjikan... Weeeeee..... :D

Saya sangat-sangat recommend kepada anda yang nak membuat pesanan food delivery (biasanya fast food la kan..) boleh la menggunakan khidmat Dominos Pizza... Anda pasti tidak kelaparan menunggu, bila sampai masih panas dan sedap! (sebab ada satu delivery tu (tak perlu sebut la kan...) dah la lambat... lepas tu... ada caj penghantaran pula! Lebih menyakitkan hati bila pesanan tak cukup atau.. lain di minta, lain pula yang dapat!  :P

Inilah pesanan kami... :P


Anda akan berpuas hati... Serious!!! Alhamdulillah... Terima kasih Allah :-)
 

17 comments:

  1. selamat hari jadi... dominos pizza... mcm sedap jer...

    ReplyDelete
  2. redlomo: sedap... try la... :D

    pink velvet: try... try... ecece dah macam duta Dominos pulak saya.. hahah

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday,.
    hehe..smpt lagi wish even late satu hari..^^

    ReplyDelete
  4. Amirah Zulhijjah: terima kasih :D

    ReplyDelete
  5. selamat hari ulangtahun akak.. -.-

    dominos ni xpenah lg order. hihihi -.-

    ReplyDelete
  6. Rafflesia: tq... :D try la order... mana tau berkenan pula... heheh

    ReplyDelete
  7. hihi..

    sambut besday best kalau dpt mkn mcm ni. hihihi sorang2 xsedap kak..=.=

    ReplyDelete
  8. Rafflesia: kena cari geng la.. hihihi

    ReplyDelete
  9. mak aih, terliur tengoknya.
    domino memg best, terbaek.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir sis.. moga panjang umur, murah rezeki, bahagia bersama keluarga, sihat dan juga tercapai apa yang diinginkan.. InsyaAllah.. Amin..

    *Sis dan anak2 moga cepat sihat :)

    aida yang baca nie pun teruja dengar sis bercerita pasal Dominos pizza.. tgk pulak gambar meleleh air liur.. tapi rumah aida diluar kawasan fast food.. huhu..

    ReplyDelete
  11. Aida: Amin..... terima kasih byk2... :D aida duduk mana?

    ReplyDelete
  12. Boleh ke order after 12 tengah malam?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...