Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan PENYUSUAN
EKSKLUSIF? Penyusuan eksklusif adalah menyusukan anak dengan susu badan tanpa
campuran susu formula atau susu tepung mahupun air suam! Seperti yang semua
sedia maklum, susu ibu adalah susu yg terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan,
kerana semua zat yang diperlukan oleh bayi boleh diperolehi dari susu ibu.
Mungkin
ramai yang tidak faham tentang kepentingan menyusukan anak secara eksklusif (begitu
juga saya, ketika kelahiran pertama dulu). Saya menyusukan Faris selama 1 tahun
8 bulan... hebat bukan?! Tapi bukan dengan penyusuan eksklusif... Selama tempoh
itu, Faris juga diberikan susu formula, seawal dia dilahirkan... namun, akibat
campuran itu... Faris mudah terkena virus demam selsema... dia juga mudah kena
sembelit jika susu tepung ditukar (kepada jenama lain atau jenama sama tapi
peringkat umur yang berbeza). Sepanjang usia 3 tahun ini, Faris telah 2 kali
masuk wad kerana kuning dan Bronchiolitis. Dia juga sangat mudah
berjangkit demam mahupun selsema. Sebab tu untuk kelahiran kedua ini saya
bertekad untuk menyusukan anak secara eksklusif.
Persediaan
mental & fizikal amat penting... Pada bulan ke-5 kehamilan saya telah
membuat research tentang penyusuan eksklusif ini... sepanjang tempoh itu
saya masih lagi tertanya-tanya sama ada mampu atau tidak untuk melakukannya,
sehinggalah saya ketemu seorang rakan sekerja yang ketika itu sedang menyusukan
anak secara eksklusif. Dengan cerita dan pengalaman rakan tersebut, saya jadikannya
sebagai panduan & kekuatan untuk meneruskan hasrat murni saya itu.
(terima kasih banyak-banyak kepada Hartinie Abd Aziz yang banyak mbantu!)
Bagaimana
saya lakukannya ketika berpantang?!
a)
Sepanjang kehamilan saya membuat research tentang penyusuan di internet
seperti; cara penyusuan, tips, makanan yang boleh dimakan jika menyusukan,
pengalaman orang lain dan sebagainya.
b)
Hari pertama Alisya dilahirkan saya telah menyusukannya secara terus. Bagi
bakal-bakal ibu, make sure that you breastfeed your baby as early as you can.
An hour after giving birth is much more better, to stimulate the production of
milk! (saya lewat sikit kerana kekok mendukung Alisya di waktu siang...
saya mula menyusukan Alisya selepas Maghrib).
c)
Saya mendapatkan breast pump untuk menggalakkan pengeluaran susu. (Pump
2/3 jam sekali jika anak tidur, supaya akan selalu ada fresh milk.) Breast
pump yang saya gunakan adalah Spectra 3
(terdapat banyak juga jenama breast pump yang lain... tapi ikut
kemampuan saya, Spektra 3!) yang lengkap dengan cooler bag.
d)
Minggu kedua kelahiran, saya telah mengira jumlah susu yang diperlukan oleh
Alisya dalam sehari... jumlah susu yang diperlukan untuk sehari adalah lebih
kurang 18-20 oz... jika jumlah susu yang dipam lebih dari 20 oz, saya akan
menjadikannya sbg stok & masukkan di dalam freezer. (susu yang
diletakkan dalam freezer akan tahan selama 3 bulan!). Saya menggunakan
bekas dadih untuk menyimpan stok susu. (satu bekas dadih tersebut boleh
memuatkan 5 oz...) - sehingga post
ini ditulis saya telah menyimpan sebanyak 100 oz di dalam freezer untuk
digunakan pada masa-masa kecemasan.
e)
Cukup Alisya sebulan saya terpaksa mengajar Alisya untuk minum susu dengan
menggunakan botol (sebab saya bekerja & untuk memudahkan pengasuh
Alisya), saya akan menyusukan Alisya dengan botol dari jam 8 pagi sehingga 6
petang (sebab saya habis kerja jam 5.30 petang) lebih kurang 6-7 kali minum=14
oz dan akan menyusukannya secara direct
bermula jam 6.30 sehingga keesokan paginya... itulah yg saya lakukan hari-hari
sehingga habis tempoh berpantang... alhamdulillah... Alisya boleh terima
situasi tersebut.. malah dia tahu waktu bila dia perlu cari mamanya! :-)
Selamat menyusukan bayi comel anda!! :D
tq armouris... :-)
ReplyDelete