Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Friday, January 25, 2013

Mama Dah Solat Dhuha?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

AF kesayangan saya...
Kalau tahun lepas, setiap kali ambil Faris dari Taska, saya yang akan tanya, belajar apa tadi..., makan apa tadi..., seronok tak belajar dengan kawan-kawan... dan kemudiannya Faris akan bercerita dari A-Z dengan excitednya.

Sekarang ni, bila ambil Faris dari Tadika, tak sempat saya tanya soalan-soalan lazim tu, Faris dah tanya saya dulu... "Mama dah solat Dhuha?"

Reaksi saya?! Semestinya untuk pertama kali dulu saya rasa terkejut, sebab ditanyakan soalan seperti itu... Tapi sekarang ni saya rasa bagus juga Faris ingatkan saya untuk melakukan solat Dhuha. Sekurang-kurangnya saya tidak leka dan lalai...

"Alhamdulillah, dah..." jawab saya.

"Faris solat Dhuda dengan cikgu tadi?" tanya saya.

"Ha ah, dengan cikgu, kawan-kawan... Hafizudin sekali... Semua... Bila mama solat Dhuha? Ayies tak nampak pun!" tanya Faris lagi... pulangkan soalan untuk saya jawab.

"Kat rumah... Masa Ayies sekolah, mama solat la kat rumah..."

"La... kenapa tak tunggu Ayies?! Tunggu la Ayies lain kali..." mengeluh...

"Solat Dhuha kena buat waktu pagi... Lepas Ayies balik sekolah tak boleh dah... sebab tu Ayies kena solat dengan cikgu..."

"Pagi je boleh?!" soalnya lagi...

"Ha ah pagi... untuk dapat rezeki..." (Saya berusaha untuk menjawab setiap persoalannya... sepertimana tabahnya ibu bapa Humaira' dalam buku yang bertajuk "Begini, Sayang" dan "43 Inspirasi Mendidik Anak": yang menjawab kepada semua soalan Humaira' dengan sabar... - oh nanti la saya ceritakan isi buku-buku tersebut...)

"Rezeki? Ooo... Adik solat Dhuha?" (tak tahula dia faham ke tidak dengan maksud "rezeki" tu... tapi sebab dia tanya soalan lain... maka saya menjawab soalannya... mungkin kemudian saya akan ceritakan padanya apa itu "rezeki")

"Adik belum solat Dhuha lagi... adikkan kecil lagi..."

"Eh mana boleh... Cikgu cakap kena solat... Nanti Allah marah nanti camana?" Faris protes.

"Adik kena besar macam Ayies dulu... Nanti adik dah besar, Ayies boleh ajar adik solat Dhuha... Ok?!" saya cuba beri kefahaman dan solution pada Faris...

"Em... boleh!" lalu dia bersandar di kerusi belakang kereta... Mungkin dah puas bersoal jawab dengan saya... 

Terasa malu pula dengan Faris  kalau saya tertinggal solat Dhuha... Tadika baru Faris tu memang ajar solat Dhuha hari-hari... Baguskan?! Alhamdulillah... Kalau ada anak-anak yang dijaga sampai petang di situ pula, mereka akan diajar solat Zohor dan Asar sekali... Teringat pada banner Tadika Faris yang tergantung di simpang masuk ke Tadika tersebut: "Kami Membentuk Anak Anda Menjadi Anak Yang Soleh/Solehah" (InsyaAllah... mudah-mudahan... Amin)

Bila difikir-fikir balik, sekali sekala elok juga kena tegur dengan anak-anak... Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu bapa ni sedar akan amanah Allah dan tanggungjawab sebagai ibu bapa...

Teringat saya pada rancangan Tanyalah Ustaz yang saya tonton... Pesanan ustaz tu lebih kurang begini... "Untuk menjadikan anak-anak soleh/solehah (sedari mereka kecil sehinggalah dewasa), sentiasalah bertanyakan kepada mereka soalan-soalan ini: Dah solat ke belum?, Dah baca Quran ke belum?, hari ni dah berzikir ke belum? Dah selawat ke atas Nabi SAW?, singgah solat di masjid/surau mana?" - supaya anak akan rasa dekat dengan Allah dan Rasulnya... InsyaAllah... Jom mula sekarang!



26 comments:

  1. Wahhh... bagus lah fariz... insya allah lekat smpi besar

    ReplyDelete
  2. Teruskan Nora. Kakak rasa selagi ada peluang hidup kita cari bekalan. Syukur ada anak seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... amin... mudah2an kak...

      Delete
  3. Eeee... Petahnya Faris bercakap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha... mmg banyak cakap dah sekarang ni...

      Delete
  4. Bagusnya Faris, Insya Allah akan menjadi anak yang soleh Faris ni.

    Anak saya yang sulong pun selalu ingatkan saya tentang solat dhuha ni, biasanya kalau time berkerja saya tiada masalah untuk mengerjakannya tapi bila di rumah selalu lalai, sebab duk layan ank2 dan buat kerja rumah, kalau di tempat kerja saya boleh bersolat dhuha seawal jam 8.30 pagi tetapi kalau di rumah lari jugak hingga jam 11 hingga 12. Tapi betullah, kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... melentur buluh biar dr rebungnya... :D

      Delete
  5. Seronok baca celoteh Faris si anak soleh ni...
    Sekolah Irfan masa tadika dulu pun selalu solat dhuha..masuk pra sekolah, langsung dah tak solat dhuha... tapi rasa sayang pula sbb semua tu tak kekal hingga ke hari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu bapa memang memainkan peranan penting... moga kita terus tabah dan berusaha utk menjadikan mereka anak2 yang berakhlak... Amin... insyaAllah...

      Delete
  6. hehe..pandai anak akak..InsyaAllah, jadi anak yang soleh..Amin.

    ReplyDelete
  7. semoga faris menjadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  8. okayy. sy nk buat kat salman nanti! hehe.

    ReplyDelete
  9. as-salam.
    alhamdulillah
    seronok rasanya bila baca perbuaaln akak dan anak2.terhibur rasa hati

    ReplyDelete
  10. Bagusnya...... itulah kelebihan hantar anak kat sekolah yg ada didikan agama mcm ni.jgn tunggu anak dah baligh baru terhegeh2 kita nak anak kita belajar ilmu agama.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... alhamdulillah jumpa tadika ni...

      Delete
  11. bile anak² dah bersekolah ni.. apa yg mereka belajar mesti mereka bg tahu kt.. dan kalau blh sbnrnya mereka nak kt ajar mereka jugakkan... teguran anak² ni membina diri jugak..

    ReplyDelete
  12. alahaiii pandainya anak akak ni...!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...