Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, January 09, 2013

Buah Tangan Baru Dari RAM

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak akhir bulan November 2012 lagi telah digembar-gemburkan tentang "buah tangan baru" dari Ramlee Awang Murshid (RAM). Memang tak sabar dibuatnya, menantikan novel terbaru RAM berjudul AKU BERCERITA umpama menantikan buah yang dah masak tapi belum boleh petik... Aduh.. terseksa... 

Tapi hari ni penantian telah berakhir... saya dah pun dapatkan novel AKU BERCERITA tu... Dalam sakit-sakit kepala... Gagah juga membawa anak-anak ke MPH, Mydin MITC... Nak juga dapatkan novel ni ketika "ia masih panas". 

Balik rumah terus balut... tapi tak dapat peluang lagi nak baca sebab anak-anak masih aktif dan belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur... (cerita petang tadi...) makanya terpaksa simpan dulu... Mencari masa yang sesuai untuk membacanya... 

Jealous pula tengok gambar ni... RAM tandatangan buku yang di tempah oleh peminatnya melalui RAMFC... Saya pun nak juga dapatkan tandatangan RAM ni... tapi tak pe la... saya rasa saya tak boleh tunggu lama, so saya beli sendiri... Tapi oklah, saya dah pernah dapat tandatangan RAM dulu di sini... Face to face lagi... :p 

Gambar diambil dari RAMFC
Kalau difikir-fikir balik... memang dah lama saya ikut penulisan RAM ni... Memang ini adalah antara penulis novel yang saya sangat suka... Tak pernah jemu membacanya... malah setiap kali habis membaca satu novel, dah rasa rindu nak baca novel terbarunya... Serious... Tak tipu... ingat tak dulu saya cerita pasal Sunan Musafir... Habis je baca yang tu... bila tau RAM nak keluar novel AKU BERCERITA ni... saya dok baca novel-novel RAM yang lama... Kalau nak tahu apa yang bestnya novel tulisan RAM ni... Anda kena beli dan baca sendiri... 

* * *

* Sinopsis AKU BERCERITA *

Seorang pengarang novel cuba menulis naskah terbaharu. Malangnya gejala writer's block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

* * *

Ayuh dapatkan novel terbaru RAM - AKU BERCERITA dengan harga RM 25.00.

25 comments:

  1. erkkk,... ayat last tu buat saya yg meremang. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mama adam... cuba baca tgk.. mesti sambil baca tu mata meliar kiri kanan.. hhohoho

      Delete
  2. Oh... Kakcik mesti dapatkannya... :)

    ReplyDelete
  3. slm pagi sis!owh sy baru je thn lps nk jadikan koleksi semua novel RAM.br je ada 2,tp mmg penat otak baca nukilannya dlm buku 'fiksyen 302' tu.ofcemate yg pjm pun ckp pntnya otak bc novel tu.

    yelah selalu kami layan novel yg simple,kelakar n romantik,tp novel thriller perghh letih otak bila baca sbb byk flash back hehehe.x sbr nk dptkn novel terbaru ni,baca sinopsis je pun dh hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alea... buku Fiksyen 302 tu mmg letih baca tapi seronok... akak memang suka baca buku yang kena fikir ni... cinta cintun... hm.. baca juga bila dah tak de novel nak baca.. hehehe

      Eh cepat2 kumpul semua novel RAM... buat koleksi... (^_^)

      Delete
  4. madam nora saya dah habis baca dah :)
    minggu lepas saya beli best cerita dia.... :)
    nmpknya kita minta penulis yang sama
    selamat menbaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... cepatnya...!!! ala.. saya kena take time la nak baca... kalau anak2 kacau tak boleh concentrate.. hehehe

      Delete
  5. dah lama tak baca novel.....hari tu ada sekali beli, tapi sampai ke lani tak habis2 baca hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah mungkin sebab akak memang minat baca novel dari zaman remaja lagi...

      Delete
  6. mcm menarik jalan cerita... nnt dah abes baca story eh

    ReplyDelete
  7. suka juga baca novel ni..tapi novel ramli awang murshid memang best..best seller sokmo..saya nak beli, habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu... kalau dah abis nak tunggu cetakan kedua tu mmg 'bercinta' la...

      Delete
  8. ooo akak suka baca novel yer.. sy kalau baca, mulalah mengantuk.. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. memang minat baca novel dr dulu...

      Delete
  9. salam sis nora
    Maaf lama ta tak dtg sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... ha ah la... akak pun lama juga tak nyinggah blog TA...

      Delete
  10. Dedulu saya ada ikuti cerita penulisan dia, memang best, thrill, tapi sejak saya mengandung kan Nissa tu sampai sekarang saya dah tak suka baca cerita2 thriller, Tengok cerita thriller pun saya dah tak suka. Cam jadi minah bunga gitu. Dalam hati ada taman. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha ye ke? saya zaman2 dalam hati ada taman tu dah berlalu... sekarang ni suka buku2 yang banyak fikir... biar sampai letih fikir... hahaha

      Delete
  11. Macam best jer nih. Tapi tu lah, dah tak der masa nak membaca novel. Dulu slalu beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza sekarang ni tak dapat juga nak habiskan cepat...sebab anak2 kacau... ambil masa juga nak habiskan baca ni...

      Delete
  12. dah lama tak membaca novel.zaman sekolah menengah dulu suka la.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...