Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,


Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua rakan blogger yang bergelar ibu, mama, mak, mummy dan umi... Dengan iringan doa, semoga anda dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur dan terus-terusan dimurahkan rezeki... Amin...

Kepada semua rakan blogger yang masih mempunyai ibu, jagalah ibu anda dengan baik seperti mana mereka menjaga anda sejak kecil. Sayangi dan kasihanilah mereka, agar mereka sentiasa rasa bertuah & bersyukur melahirkan anda...

Kepada rakan blogger yang telah kehilangan ibu, sedekahkanlah Al-Fatihah dan sentiasalah berdoa untuk ibu anda.. semoga roh mereka dicucuri rahmat... dan akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...


Bersama arwah mak.

Saya petik sedikit tazkirah yang diberikan oleh rakan sekerja, Nazlan, 2 minggu lepas... Jika kita ingin sentiasa dimurahkan rezeki, janganlah lupa kepada kedua ibu bapa kita. Makna kata, gaji bulanan kita tu (bagi mereka yang telah bekerja) tak banyak sikit... berilah kepada kedua ibu bapa kita... agar ada keberkatan di atas segala pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini... atau dalam erti kata lain... ada keberkatan di dalam rezeki yang kita terima... so bila ada keberkatan  dari kedua ibu bapa kita maka akan bergandalah rezeki kita... InsyaAllah...

Satu lagi nasihat atau terapi yang saya dengar dari segmen Alam Mistik di Radio Pahang.fm ada menyatakan, sesiapa yang mengalami penyakit sukar untuk tidur malam, mintalah keizinan dari ibu untuk meletakkan telinga di dada ibu, lalu mendengar degupan jantungnya... kerana dengan mendengar degupan jantung ibu, kita akan berasa tenang, setenang berada di dalam perut ibu ketika belum dilahirkan... dengan terapi itu, InsyaAllah anda akan mudah tidur malam tanpa perlu mengambil ubat tidur...! Subhanallah...

So... "Selamat Hari Ibu" kepada semua... Hargai dan sayangilah ibu anda... Sabda Rasulullah: Menatap wajah ibu itu, pahalanya sebesar menatap Kaabah dan membaca Al-Quran...

5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...