Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, May 21, 2013

Kurangkan Aktiviti Luar Rumah Semasa Cuaca Panas, Elak Strok Matahari - Pakar

KUALA LUMPUR, 14 (Mei) Bernama -- Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi mengelakkan terkena 'sunstroke' atau strok matahari yang menyebabkan seseorang pengsan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia, Dr H. Krishna Kumar berkata keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.

"Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan.

"Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Krishna menasihatkan kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung bagi mengelakkan mereka berasa lemah akibat cuaca panas yang seterusnya akan mengganggu pembelajaran.

Pakar perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr David Quek Kwang Leng menyarankan penghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, jantung dan buah pinggang berunding dengan pakar masing-masing bagi mengetahui cara penjagaan diri semasa cuaca panas.

"Mereka yang normal dan menghidap penyakit serius mempunyai kondisi badan yang berbeza. Maka penjagaan diri mereka juga harus lebih mendalam," katanya.

Beliau berkata jika kebiasaannya masyarakat perlu minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas orang ramai disaran minum antara satu setengah dan dua liter termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak.

Katanya selain kerap mandi untuk menyejukkan badan, penggunaan krim pelindung cahaya matahari juga dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar.

Laman web TheStar.com pada Selasa memetik Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan cuaca panas dan kering di Lembah Klang sekarang boleh dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.

Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.

"Pada masa sekarang, suhu di Lembah Klang secara purata mencatatkan 35 darjah Celcius," lapor laman web itu.

-- BERNAMA 

Nota kaki: Faris sekarang kalau balik sekolah akan minum sejug Milo atau Nescafe sejuk dengan kerap... So saya memang akan standby Milo atau Nescafe untuknya dalam peti... bila dia nak minum, dia akan ambil secawan... Alisya pun minum air suam dengan banyak (Alisya ni senang sikit nak suruh minum air suam...), kalau dia nak susu saya akan buatkan je... sebab cuaca panaskan... kita sendiri rasa kerap haus... inikan pula anak-anak kecil ni... 

Baca entri berkaitan: Cuaca Panas


34 comments:

  1. tapi nescafe boleh buat kita cepat haus lagi..huhu..kafein..so better air sejuk/kosong ja minum..huhu..dlu sebab panas la kena ruam..nw dah okay sbb standby dgn botol air depan mata..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nana... nescafe ada kafein... lagi cepat rasa haus... even air bersusu n bergula pun... tapi faris dia jenis sangat2 kurang minum air sejuk kosong or air suam... so terpaksa layankan aja.. huhuhu

      Delete
  2. Nak keluar skg ni jgn lupa pakai sunblock. Huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... i choose to stay at home je... dok bawah kipas... heheh

      Delete
  3. btul tu...rietta sendiri pown asik dahaga jer...

    ReplyDelete
  4. Mmg kena sentiasa minum air kosong banyak2...masyarakat kita mmg kurang minum....so kena pula musim panas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dr... setuju org kita kurang minum air suam...

      Delete
  5. sy ni jenis jarang minum air. la ni dlm mulut da kena pecah2 mcm ulser..ya allah skt nyerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin minum air suam... adoi.. ulser mulut mmg menyakitkan... huhu

      Delete
  6. Kena kurangkan aktiviti diluar rumah lah skrg ni.. cuaca mmg panas... kena banyak minum air masak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... yg penting mmg kena banyak minum air suam...

      Delete
  7. tapi kalau dah keje di bawah panas...

    nothing to say la kan...

    :)

    ReplyDelete
  8. kat sini pun suhu tak menentu... kejap panas, kejap hujan....
    Tapi kan, kat sini air tak payah letak dalam peti sejuk pun dah rasa macam duk dalam peti ais.... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya nur... dapat minum air suam sejuk... hehe

      Delete
  9. panas cuaca skrang..thanks for da infooo

    ReplyDelete
  10. panas kering . saya cuma sedihkan pokok - pokok saya yg tumbuh sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... panas dan kering... pokok2 kena rajin disiram... kadang tu saya pun selalu terlupa nak siram..

      Delete
  11. mmg betul kak.kl skrg panas.walaupon hujan ada juga ..

    saya pon sakit tekak, batuk, selsema

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun hujan sangat terasa bahangnya... get well soon QR..

      Delete
  12. sgt panas! bleh naik pening kepala!!!

    ReplyDelete
  13. Ada baca juga kat FB. Cuaca memang panas lah. Nak keluar pon rasa malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! duduk rumah je la... tgk tv smbl minum air suam.. huhu

      Delete
  14. samalah anak sy pun.. masuk kereta jer.. ibu nak air haus.. mesti nak air kotak laici, mmg siap² saya belikan.. tp tulahhh.. nak yg sejuk jer.. ermm .... mcm manalah selsema dgn batuk nak baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh biasalah tu masya... budak2 mmg gitu...

      Delete
  15. Anak sedara Okje kat kampung dah 2 kali pengsan...harap2 sebab panas ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...tu la yang takut tu... kalau tiba2 pengsan... :(

      Delete
  16. Tghri pn mls nk kuar lunch sbb x tahan cuaca panas!

    ReplyDelete
  17. sy pun tgh demam skrg ni. td baca kat paper psl strok haba ni terus beli 100 plus sebab nak tambah air dalam badan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...