Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, May 01, 2015

Dah Ada Nama Penuh Pulak!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam dua beradik ni berborak sambil pegang anak-anak patung kesayangan Alisya, Ayumi dan Pidori. Tiba-tiba si abang cakap:

Abang: Nama penuh Faris, Adam Faris bin Kamarul Irwan. Nama Alisya pulak Alisya Farha binti Kamarul Irwan. Kenapa sama eh nama kita Kamarul Irwan?

Alisya: Memang la sama... Tu nama abahkan... 

Abang: Tapi nama kawan Faris bin dia lain... Ha... bukan Kamarul Irwan!

Alisya: Memang la... nama kawan Alisya pun lain jugak! 

Abang: Ha ah, peliknya! Nama penuh Ayumi apa?!

Alisya: Ayumi je...

Abang: Mestilah ada bin apa... eh Ayumi ni girlkan... kalau girl binti la...

Alisya: Tak de binti apa-apa...
Ayumi yang warna biru, Pidori yang warna putih... :D

Abang: Kalau macam tu kita letak Ayumi binti Muhammad Zulkhairi.

Alisya: (Tak jawab... sambil tu dia berfikir...) Oklah! (Sambil peluk dan cium Ayumi)

Abang: Pidori pulak! Pidori binti Muhammad Yusof. 

Alisya: Kenapa nama abah dia tak sama?!

Abang: Ye la, yang ni (Ayumi) kita beli dekat Melaka. Yang ni (Pidori) beli dekat KL! Memang la tak sama.

Lepas tu dua-dua bantai gelak terkekek-kekek. Saya yang mendengar pun sakit perut dibuatnya.

Malam sebelum tidur, saya explain kenapa nama mereka bin/binti yang sama. Macam biasa, soalan Faris punyalah banyak, sampai semua tertidur dibuatnya!

* * *

9 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha sekali sekala dgr budak2 borak mmg boleh gelak guling2...

      Delete
  2. Replies
    1. hahahaha budak2... gini la mainannya...

      Delete
  3. macam macam imaginasi budak2.. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal... budak2 gini la... heheh

      Delete
  4. Haha.. mula2 baca tadi ingatkan kawan2 anak Nora ni ada yang dari keluarga tiri.. rupa2 pasal bear diorang.. haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...