Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Saturday, May 23, 2015

Memori: Sengkuang Calit

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Memang mengamit kenangan betul bila makan sengkuang calit ni. Last makan masa sekolah menengah dulu. Sekarang ni memang susah nak jumpa.

Beberapa minggu lepas saya ada juga berborak dengan adik beradik saya pasal sengkuang calit ni. Masing-masing tertanya-tanya, mana nak dapat. Maklum la, dulu masa sekolah memang ada orang jual depan sekolah. Sekarang ni dah bertahun tak sekolah, memang tak tahu mana nak cari la...

Nak dijadikan cerita, Alisya asyik tuntut untuk di bawa ke taman permainan di Tasik Titiwangsa ni. (Pernah pergi sekali hari tu, tapi parking penuh. Akhirnya balik je. Lepas tu tak sampai-sampai lagi sebab encik hubby jarang cuti weekend.)

Jadi saya bawalah anak-anak ke Tasik Titiwangsa petang tadi, rezeki... Anak dapat main di taman permainan, mak budak pula layan sengkuang calit! Memang asyik sangatlah makan sengkuang calit ni... tak pandang kiri kanan dah. :p

Apa yang saya perasan, yang dok membeli sengkuang calit ni bukan anak-anak, tapi mak-mak dan ayah-ayah... Masing-masing dok asyik je mengunyah sengkuang. Hehe...

Saya offer pada Faris sengkuang calit ni... terus mencebik je mukanya... Pelik sangat dia tengok sengkuang tu... Cuba kalau offer nasi, dua kali tambah dibuatnya! Bila offer pada Alisya pula, anak bertuah ni tanya apa biji-biji atas tu... Saya jawab la, "kacang... sedap ni"

"Mama ni asyik makan kacang je... sebab tu tumbuh merah-merah kat muka (jerawat). Tengok Alisya, mana ada merah-merah kat muka, sebab Alisya tak makan kacang."

Haih, tak pasal-pasal je kena 'sound' dengan budak ni... Apa-apalah nak... Yang penting, lama dah mama cari sengkuang calit ni... Hahahah...  

So, sesiapa kebetulan bawa anak-anak ke taman permainan, Tasik Titiwangsa ni, boleh la singgah di salah satu gerai berdekatan taman permainan tu, ada satu gerai yang jual buah-buahan termasuk sengkuang calit. (^_^)y

* * *

Nak dapatkan Tasbih Mini sebagai doorgift  untuk 
Majlis Pertunangan/Perkahwinan/Aqiqah/Doa Selamat? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384.


6 comments:

  1. Farah masa kecil-kecil tak berapa nak gemar makan sengkuang calit, tetapi lebih suka sengkuang kosong... heee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengkuang kosong pun sodap farah! :D

      Delete
  2. Replies
    1. mmg sodapppp anies... lama dah tak makan... hahaha

      Delete
  3. tak pernah makan dan ni first time dengar sengkuang calit

    ReplyDelete
  4. nora, sedapkan sejuk je, sampai sekarang kak ana google cari resepi sosnya tak jumpa lagi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...