Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, December 24, 2012

Tips: Cara Memujuk Isteri

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebelum ni saya ada post entri punca atau sebab isteri merajuk... Dan sambungan dari entri tu, saya senaraikan kaedah yang boleh digunapakai oleh suami bagi memujuk isteri yang sedang merajuk. Senarai ini saya petik dari rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. 

1. Meminta maaf dengan bersungguh-sungguh - isteri yang merajuk memang sangat mengharapkan suaminya meminta maaf... walaupun bagi suami perkara tu tersangatlah kecil dan remeh... tapi percayalah, MAAF itu pengubat rajuk si isteri...

2. Berikan hadiah - jika berkemampuan belikan hadiah untuk si isteri... hadiah kat sini bukanlah maksud yang mahal-mahal... memadai coklat dan bunga atau kad je ke... 

3. Layan isteri lebih baik daripada biasa - manja dan belailah si isteri ketika mereka merajuk... secara tidak langsung rajuknya akan reda... 

4. Ajak isteri makan di luar - mungkin candle light dinner ke...  atau bawa isteri ke tempat-tempat yang disukainya...

5. Ajak mertua datang ke rumah bagi meraikan isteri - menghabiskan masa dengan famili sendiri merupakan terapi yang paling mujarab... apabila bersama famili sendiri, rajuk isteri akan lebih mudah dipujuk.

6. Minta tolong anak untuk memujuk - kalau suami yang memujuk tak jalan, maka bolehlah gunakan anak-anak untuk memujuk si isteri... selain famili, anak-anak akan memudahkan rajuk isteri dipujuk...

7. Bantu isteri membuat kerja-kerja rumah - ringankan tulang untuk membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Bila isteri melihat suami membuat kerja-kerja rumah, hatikan akan lebih berbunga-bunga... Selain memujuk rajuk isteri anda juga meringankan tekanan yang ditanggungnya...

8. Mainkan lagu kegemaran isteri - isteri mungkin ada lagu-lagu yang disukainya, atau mungkin lagu-lagu kenangan anda bersama si isteri, maka mainkan atau nyanyikan lagu tersebut untuk isteri... Mungkin lembut hatinya... 

Untuk pengetahuan suami-suami di luar sana, kami (isteri) memang mudah merajuk, tapi kami juga mudah dipujuk, yang penting anda tahu akan minat dan kaedah memujuk kami... (^_^)


 

14 comments:

  1. Setuju! Mmg teknik berkesan. X payah keluarkan modal banyak pun. Cuma, luangkan lebih masa je dengan isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan? asal dia nak luang masa dengan kita... kita tak merajuk dah.. hihihi

      Delete
  2. Thanks for the tips kak. Kena print & tampal ni ☺☺

    ReplyDelete
  3. sesekali merajuk nak kan perhatian sebenarnya kan...

    ReplyDelete
  4. hubby saya suka guna cara 1, 3 dan 7 :)
    Kdg2 tu yg merajuk lama, semua kerja rumah hubby buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... untungnya bila merajuk hubby nak buat semua tu... ^_^

      Delete
  5. betul betul betul hihihi.....tapi bila dah lama kawin,pepandai ler isteri pujuk hati sendiri huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha betul juga tu... suami malas nak layan... hahah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...