Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, December 19, 2012

Dalam Kenangan: Wan

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wan (nenek; ibu kepada arwah mak saya) telah kembali ke rahmatullah jam 10 pagi tadi... Mendapat panggilan telefon seawal subuh dari Mak Long saya di kampung, mengatakan wan tenat, setelah 4 hari terbaring dan cirit-birit. 

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan anak-anak, saya dimaklumkan Wan telahpun menghembuskan nafas terakhir di hospital Kuala Pilah. Oleh kerana encik hubby tak boleh cuti, saya dan anak-anak (ditemani kakak; yang kebetulan bercuti di rumah saya) pulang ke kampung.

Jenazah selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah atuk saya, selepas Zohor tadi... Moga arwah wan tenang di sana dan di tempatkan bersama para solihin... Moga rohnya dicucuri rahmat... Amin... Al-fatihah... Innalillahiwa innailaijirojiun... 

Next entri saya akan share pertemuan saya dengan kawan baik arwah mak saya... 

Arwah Wan (bertudung putih) ketika majlis perkahwinan kakak saya...

8 comments:

  1. Takziah sis, semoga arwah Wan di dalam lindungan Nya sentiasa.

    ReplyDelete
  2. semoga ditempatkan di sisi orang2 yg soleh

    ReplyDelete
  3. Al fatihah buat Wan Nora yang telah pergi, Moga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  4. alfatihah.. smoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...