Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam Aidilfitri,
Amboi... Kemain lama penulis blog ni "bercuti"... :P Ada yang sampai hantar email tanya kemana menghilangnya saya... Sorry la kawan-kawan blogger sekalian... Bila sehari dua dah cuti menulis... makanya berat sikit la nak mula balik...
Alhamdulillah dah pun pertengahan bulan Syawal... Sana sini pun orang masih sibuk menziarahi rakan-rakan dari sebuah rumah ke rumah yang lain... Alhamdulillah moga ikatan silaturrahim terus terjalin erat...
Tema PINK tahun ni... :D |
Buat diri saya, alhamdulillah raya tahun ni agak meriah... maklum la encik hubby bercuti seminggu dan kami beraya sakan. Bertolak ke Gombak pada malam raya dan terus masak untuk raya esoknya. (Oh ya... menu kami adalah Nasi Tomato, ayam masak merah, rendang tok, nasi impit, kuah kacang (yang ni mak lang yang buatkan... sebab kuah kacang mak lang best!) Sayangnya, tak sempat nak ambil gambar langsung sebab masing-masing sibuk. Memang tak teringat langsung! Haish!)
Raya ketiga, kami berangkat ke Marang (sebelah encik hubby). Sempat kami singgah ke pusara arwah ayah dan mak encik hubby di Cerul... Dapat la bermalam di Marang dua malam... Sambil menziarah sanak saudara sebelah encik hubby... Hari Khamis, kami sempat la singgah Kuantan untuk menjenguk pengasuh Faris dan Alisya... Seronok sangat la anak-anak bermanja dengan Mak Chu yang dipanggil "mak"... Siap mak suapkan makan lagi...! Amboi...! (Oh ya... Mak Chu masak sedap sangat untuk kami makan malam tu... ayam goreng (untuk anak-anak), ayam sambal (uish my favorite), asam pedas ikan tenggiri dan sayur... Sedap betul makan...! Terima kasih Mak Chu...) Then sempat juga saya beraya di E'wasih Homestay milik Eiyta.
Makcik Ruby dan anak-anak... Nana yang tudung biru tu.. |
Kami tak bermalam di Kuantan. So, tengah malam tu juga kami bertolak ke Gombak... Dalam jam 2.45am kami sampai ke Gombak... Alhamdulillah...
Hari Jumaat tu kami bermalas-malasan masak nasi lemak + ayam berempah untuk kawan baik arwah mak merangkap jiran sebelah rumah, yang setiap tahun singgah beraya di rumah kami, walaupun dah berpindah rumah.
Aiskrim asam boi |
Yang excitednya nak berjumpa dengan anak ketiga Cik Ruby, si Nana yang pulang beraya dari London! Oh ya, si Nana ni teringin nak makan aiskrim Asam Boi arwah mak... Mujur la saya "reti" buat aiskrim Malaysia tu... kalau tak... kesian Nana... So, sempat la Nana makan dan tapau aiskrim tu balik ke Shah Alam. (yang pastinya aiskrim asam boi saya tu tak la sesedap arwah mak buat... huhu rindu betul moment tolong mak buat aiskrim Malaysia...)
Hari Sabtu kami menziarah wan dan Mak Long di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Lama tak tidur di kampung arwah mak... So, kami bermalamlah di sana... Mak Long masak sedap tau!! Udang+kacang panjang masak lemak cili padi, ikan sambal, telur goreng dan tempoyak.. Mak ai sedap betul makan... (memang ceritanya makan sokmo la raya ni...)
So, pagi Ahad tu lepas breakfast kami bertolak semula ke Melaka, sebab esoknya encik hubby kerja. penat juga beraya tahun ni... Sebab merata kami berjalan raya... Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan kepada kami untuk menziarah sanak-saudara...
Ok, saya dah penat menaip... Cukup dulu untuk entri kali ni... InsyaAllah saya sambung lagi nanti ya! Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin... Jangan lupa PUASA 6 SYAWAL yea!
Hai Madam! Selamat Hari Raya. Mintak maaf, mintak ampun.. Hehehe :p
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Khazami... Saya minta maaf juga jika ada salah silap sepanjang mengajar dan jadi mentor awak... :D
Deleteselamat hari raya nora.. maaf zahir batin. seronok kan raya dapat jumpa sedara mara n kenalan yg dah lama tak jumpa..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak tini... Maaf Zahir Batin juga akak... tu la... family sebelah husband lagi la jarang jumpa... sekali sekala blk seronok juga...
Deleteselamat hari raya kak..seronok beraya sakan..:)
ReplyDeleteselamat hari raya Anis.. :D
Deleteooo sebelah hubby marang, trg ek.. sy kalu balik trg, biasa duk umah mak sedara dekat cendering.. :)
ReplyDeleteha ah ina... marang tu kampung arwah pak mertua... heheh...
Deletemerata ye akak beraya.dari satu negeri ke satu negeri..
ReplyDeletedone maxis=)
ye la... beraya sakan... penat pun sakan juga... huhuhu
Delete