Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Semalam kami menziarah kakak sulung encik hubby yang sedang sakit di Sunway Medical Centre. Kami bergegas pulang ke KL apabila mendapat berita Kak Nor dimasukkan ke wad pada petang Isnin lalu...
Melihatkan keadaan Kak Nor rasa sedih sangat... Ye la, selama ni tak pernah tengok dia sakit macam tu... Lebih-lebih lagi kami baru je berjumpa di Marang pada raya ketiga lalu... Memang la Kak Nor demam dan nampak tak berapa sihat... Tapi dia tetap nampak kuat, melawan sakitnya ketika tu...
Ketika kami sampai, Kak Nor baru selesai menjalani scope. Tidak berapa lama kemudian, Kak Nor dibawa turun semula untuk x-ray dan CT scan. Keadaan Kak Nor nampak sangat-sangat lemah. Mungkin kerana terpaksa menjalani pelbagai ujian/treatment bagi mengenalpasti penyakit yang ditanggungnya ketika ini. Namun sehingga lewat petang, doktor masih lagi belum dapat mengesan penyakitnya...
Moga Kak Nor tabah dan redha dalam menghadapi kesulitan ketika ini... Mudah-mudahkan kak Nor dikurniakan kesabaran oleh Allah di atas ujian ini. Moga Kak Nor cepat sembuh dan ceria seperti sediakala... Amin...

"Sesungguhnya moment yang paling indah dalam kehidupan
adalah meluangkan masa bersama orang yang tersayang
(ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dll...)
ketika sihat mereka,
kerana kita mungkin tidak akan tegar
ketika melihat mereka dalam kesakitan..."
Nota kaki: Anak kedua Kak Nor akan menghadapi UPSR tak lama lagi... Moga Adik tabah hadapi semua ni... Good luck Adik!
moga kak nor tabah dalam menghadapi ujian ini.. moga cepat sembuh juga...
ReplyDeleteAmin... thanks Syiela...
Deletemoga kak nor cepat sembuh n tabah hadapi segala ujian dariNYA..
ReplyDeleteAmin... thanks Ina... Mudah-mudahan segera sembuhnya...
Deletesemoga kak nor sembuh dan sihat...
ReplyDeleteAmin... tq Anis...
Deletemoga kak ipar akak cepat sembuh..insyaAllah..Allah permudhakan segala urusan ..amin
ReplyDeletesalam kenal
Amin... terima kasih dan salam kenal QasehnyaRania...
Delete