Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, September 16, 2012

Budi Bahasa... Kan Amalan Kita...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sedang saya ber'blogwalking' petang-petang ni, saya terdengar beberapa kali hon kereta dibunyikan... Mula-mula sekali dua... then makin menjadi-jadi pula... Saya pun cuba la intai keluar tingkap... (oh ya port saya berinternet memang dekat dengan tingkap... tak perlu bangun, saya boleh intai je.. heheh

AF saya sedang lena dibuai mimpi (mungkin sebab kepenatan beraya/bermain di rumah rakan encik hubby) So, sedikit sebanyak saya sakit hati juga mendengar bunyi hon tu... Bila saya intai, kelihatan seorang perempuan dalam umur awal 20-an, berdiri di luar kereta sambil membebel, marahkan sebuah kereta Wira yang menghalang jalan... (untuk pengetahuan, jiran saya ada membuat majlis doa selamat, disebabkan lorong di kawasan rumah saya ni agak sempit, maka parking yang tidak betul akan menyebabkan laluan terhalang...)

"Ish, apa la parking macam ni...?! Kita nak lalu pun tak boleh... Tak de akal ka?!" antara dialog remaja perempuan tu... Sambil diarahkan rakannya (yang memandu kereta tu... remaja perempuan tu duduk di seat belakang driver) untuk membuka tingkap. Sebaik saja tingkap diturunkan, remaja perempuan tu menekan-nekan hon kereta bertalu-talu... Dalam hati saya... "Eh... eh... eh budak ni..."

Apabila tiada siapa yang muncul sepanjang hon kereta dibunyikan, dia menjerit pula...

"Oi... kereta siapa ni?! Alihlah... orang nak lalu la... Dah tahu nak parking lama, parking la elok-elok..." bebelnya lagi... Beberapa orang jiran mula keluar untuk melihat apa yang kecoh sangat di luar... Saya?! Malas nak keluar, intai je dari dalam rumah... (saya boleh lihat dengan jelas, sebab kejadian betul-betul di depan rumah saya...)




"Ak ele... kalau aku tau la siapa punya kereta ni... Eii, geram aku!" 

"Tuan kereta tu ada kat majlis doa selamat tu... Habis dah pun majlis tu... Mungkin tengah makan kot?" balas seorang jiran saya... 

"Kot ye nak melantak pun... tengok la... Parking cam gini ingat kereta boleh lepas ke? Motor boleh la... Ada akal ke tak de? Menyusahkan orang betul la..." marahnya lagi... 

"Tak lama dah tu... kejap lagi keluar la tu... Pakcik pun dari majlis tu juga... memang dah selesai pun..." balas jiran saya.

Remaja perempuan tu masih lagi membebel, sambil sekali sekala hon kereta dibunyikan. Tak lama kemudian seorang pakcik muncul... 

"Maaf ye nak... Pakcik alihkan kereta ye... Minta maaf banyak-banyak," tuan punya kereta beberapa kali mengangkat tangan meminta maaf... Pakcik berusia dalam lingkungan lewat 50-an... Jalan terjingkit-jingkit, mula nak mengalihkan keretanya.

"Pakcik ni menyusahkan orang betul la... dah tau nak lama-lama melantak kat majlis tu, parking la elok-elok... Menyusahkan orang betul!" (wah marah betul budak ni...) sambil tak habis-habis membebel. Dia masuk kereta dan menutup pintu kereta dengan kuat, bila pakcik tadi start engine.

Pakcik tu tak kata apa, tapi terus-terusan meminta maaf, sambil mengalihkan keretanya... Kereta remaja perempuan tu memecut laju, apabila pakcik tadi membuka jalan, sambil drivernya menekan hon yang panjang... Beberapa orang tetamu dari majlis yang sama, menggelengkan kepala melihat gelagat remaja perempuan tu... 

Dalam hati saya, "alahai budak-budak sekarang... sabar je lah."

Nota kaki: Pakcik tu memang la salah juga sebab menghalang jalan... tapi saya rasa remaja perempuan tu perlulah lebih berhemah... nak-nak bila dia sedang berdepan dengan seorang pakcik yang setaraf ayahnya barangkali... Apa salahnya berikan sedikit rasa hormatkan...?! Hm...

18 comments:

  1. kalau baca je terasa geram,
    apatah lagi kalau betul2 berlaku depan mata.

    sungguh tidak beradab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... rasa mcm nak luku2 je kepala dia...

      ish... astaghfirullahala'zim...

      Delete
  2. tulah manusia skrg... bila dh jadi mcm tu bukan kita boleh tgur tgur alamat jadi mcm dlm paper lah... x paham kdg n manusia yg perangai mcm tu terutama budak2.. kat taman sini pun sama kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan?! tapi kesian la kat pakcik tu... :-(

      Delete
  3. aisey, bertuah giler siapa jadi suami dak pompuan tu nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... macam mana la suami dia nak didik dia nanti... Moga Allah lembutkan hati remaja perempuan tu...

      Delete
  4. hisssh xtaw hormat org tua bygkan kalo pak cik tu bapak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! tah macam mana pula layanan dia kat ayah dia... *tetiba terpikir...*

      Delete
  5. geramnya saya kak... kalau dekat nak je luku kepala dia.. sungguh kurang sopan. memalukan mak bapa je.. langsung tak hormat orang tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram... jiran2 & tetamu yang dtg majlis tu, siap berkumpul cerita pasal budak tu... sabar je la...

      Delete
  6. Assalam. Skrg Nora dah pindah ke Melaka ke? Email la saya kalau free. abdullah_zack@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam... ha ah cik zaridah... saya dah pindah melaka...

      Delete
  7. ishhh...azie pun selalu jugak kene mcm nie , kete kene block , tapi x der lah bising2 mcm nie , cuma hon jer 2 3 kali supaya tuan kereta tu paham situasi yg di alami oleh azie masa tu.

    after that siap ucap terima kasih lagi...sebab tindakan dia pantas...so senyum jelah kan...

    sabar tu kan separuh dari pada iman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la azie... kita kena la bertolak ansur... ucap maaf dan terima kasih kan bagus... lagipun kejadian tu tak lama pun... mungkin dia je yg tak sabar...

      Delete
  8. baca citer akak pun saya dah geram..langsung tak reti nak hormat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! akak masa tulis pun rasa geram je... sabar je la...

      Delete
  9. Sedih dgn remaja yg mcm ni......x hormat org langsung!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...