Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, September 21, 2012

"Potty Train": Yey, Go Alisya!!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni ada peningkatan pada Alisya... Jika semalam seharian dia gagal untuk buang air kecil di toilet... tapi hari ni separuh hari dia telah berjaya untuk melakukannya di toilet buat julung-julung kalinya...Yey!! Clap... clap... clap...

Dalam pukul 10 lebih tu ada la dia terkencing di dalam bilik... Tapi tepat jam 12 tengah hari... Ketika saya sedang masak di dapur... Alisya ajak saya ke toilet... 

"Mama, jom gi tolet (toilet), adik nak encing (kencing)ajaknya sambil tarik tangan saya... Terus saya tutup api (kebetulan lauk saya tu pun dah masak...) dan bawa dia ke toilet... Bila dia cangkung dan kencing, saya terus tepuk tangan dan puji-puji dia... Masa saya jirus air... dia cakap...

"Yes, adik kencing tolet..." Wah mesti Alisya pun bersungguh-sungguh dengan training ni... Atau mungkin juga dia nak buktikan pada abangnya yang dia pun boleh buang air di toilet.

"Pandainya Alisya kencing kat toilet... Good girl..." puji saya sambil peluk dan cium pipinya... Alisya pula tersengih-sengih sambil sesekali cakap "adik encing tolet..."
Saya terus mesej encik hubby beritahu tentang kejayaan Alisya buang air di toilet buat pertama kalinya... Hehehe secara tidak langsung saya nak share yang sedikit sebanyak saya berjaya dalam misi bagi potty training pada Alisya.
Tak lama lepas tu Faris balik dari sekolah (biasanya saya yang ambil, tapi hari ni cikgu Faris yang hantar balik, sebab kebetulan cikgu keluar awal untuk ambil anak-anaknya balik dari sekolah) Alisya terus lari ke pagar dan beritahu abangnya...

"Adik encing tolet..." sambil menunjukkan bagaimana dia buang air di toilet. 

"Taklah Ayies je kencing toilet adik tak pandai... kan mama?!" jawab Faris sambil tarik beg sekolahnya.

"Alisya dah kencing kat toilet... Dia dah pandai macam Faris..." jawab saya pula... Faris buat muka malas nak layan... (dia tak percaya la tu Alisya dah boleh kencing di tandas... sebab semalam dia saksi pada semua lokasi kencing adiknya... hehehe) Alisya sangat excited... Masa abahnya balik dari kerja pun dia beritahu perkara yang sama... 

Oh ya... dalam pukul 8.00 malam baru la Faris percaya yang adiknya dah boleh buang air di tandas... Faris dah nampak sendiri... Tapi reaksi Faris "eleh!!" 

Taktik saya umpan Alisya ke tandas... Lagu "Potty Training"

16 comments:

  1. comelll...trkenang memori 'potty training'kn eechaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronokkan?! kita dan anak... sama2 belajar benda baru... hihihi

      Delete
  2. hehe xtaw ape2 sbb blum ad anak lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. BeLLa tak pe... nanti dah kawin boleh bukak blog akak ni... tgk tips... hahahha

      Delete
  3. clap2...cepat pandai..
    js pun dulu camtu gak..4 thn ank dh pandai guna tandas..guna pampers time mlm je...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... dengan harapannya gitu la... boleh kurangkan penggunaan pampers... atau tak payah pakai langsung...

      Delete
  4. hihiii saya yg baca entry ni pun rs seronok mcm alisya.. kalu sy jd dia pun mesti semua org sy nak gtau n bangga kat diri sendiri/... hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! bukan alisya je... mama dia pun sama... abis bagi tau mak2 sedara dia semua... hahah poyo je..

      Delete
  5. Kanak-kanak sukakan pujian kan. Selalu tengok aunties bagi pujian pada anak dia eventho benda yg dibuat biasa je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fifie... bila mereka dapat pujian mereka akan rasa bangga dengan diri sendiri... lepas tu mmg mereka akan looking forward untuk sentiasa dipuji...

      Delete
  6. gud infos..dah mula rasa give up..tp baca entry ni rasa bersemangat balik..thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jgn give up... kita kena sentiasa bersemangat... bila kita bersemangat... anak2 pun akan bersemangat... btw, bila mereka gagal jgn marah... sebab itu perkara baru buat mereka... Good luck hasnizah :D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...